CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Anak Kurung Ibu Supaya Mati Kelaparan

19-6-2014 06:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13838| Komen: 68


BEIJING – Seorang wanita berusia 90 tahun dikurung di dalam sebuah bilik tidur dengan harapan dia akan mati kebuluran oleh anaknya sendiri, lapor akhbar MailOnline semalam.

Wanita malang itu, Xiaoming Tsui bagaimanapun terselamat selepas hampir sebulan cuma bergantung kepada air minuman dan bubur bijirin yang dibaling melalui tingkap oleh jiran-jiran ketika anak-anaknya keluar.

Tidak tahan melihat nasib warga emas di kampung Yangjuan di Hunan itu, salah seorang jirannya yang tidak menyatakan namanya menghantar mesej kepada pasukan polis melalui internet.

Sebaik menerima laporan itu, pihak polis melakukan serbuan di rumah berkenaan.

Perkataan pertama yang diluahkan oleh wanita itu ialah: “Tolong beri saya makan.”

Berikutan serbuan itu, seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki wanita itu kini berhadapan dengan tuduhan cubaan membunuh.

“Wanita itu sakit dan bagi menghilangkan masalah mereka untuk menjaga, anak-anaknya cuba mengurungnya di dalam sebuah bilik dengan harapan dia akan mati kelaparan.

“Mereka tidak memberikan makanan dan mereka memberitahu dia tidak memerlukan bilik mandi, malah tidak sesiapa dibenarkan untuk berjumpanya,” kata seorang jurucakap polis.


Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanacinta 18-6-2014 11:51 PM
kurang ajar punya anak...perangai terlampau materialistik...
Quote lan_86 19-6-2014 12:19 AM
gila punya anak.takde mak tak wujud ko kat dunia ni!
Quote naina 19-6-2014 12:47 AM
China..mak pon di biar kelaparan
at least msia letak kt umah kbjikan
tu pon dh dihina
Quote asfaz 19-6-2014 01:30 AM
kesian tol aku tgk nenek ni...gila cadbury tol ank2nyer
Quote lnakass 19-6-2014 01:51 AM
Astaghfirullah, sampai kurus kering maknya. Sedih aku tngk
Quote anees~nuhara 19-6-2014 07:59 AM
kejam betul!!!
Quote fifie_olin 19-6-2014 08:00 AM
tggl tulang ngn kulit je...pjg umo beliau...
klo tau ank dia camni...baik dipijak2 jek ms kecik
Quote intriQue 19-6-2014 08:08 AM
I wonder wht did the mom do? Sampai mcm tu skali anak2 tergamak buat kat mak sendiri?
Quote myakayina 19-6-2014 08:13 AM
klu aku berjiran dgn dorg mmg aku bunuh je anak2 nenek ni.. bagi mkn racun jer..sial sangat perangainya..
Quote MYviHaZz 19-6-2014 08:32 AM
zalimnya layan mak sampai camtu sekali...
Quote jamilah 19-6-2014 08:39 AM
kejam betul
Quote cik_penguin 19-6-2014 09:17 AM
myakayina posted on 19-6-2014 08:13 AM
klu aku berjiran dgn dorg mmg aku bunuh je anak2 nenek ni.. bagi mkn racun jer..sial sangat perangai ...

Kalau aku, tanam hidup, letak kerengga banyak2 dalm tu..labah2 besar...atau rendam dalam air panas. Fuh bestnye
Quote kikuri 19-6-2014 09:33 AM
ya ampun...sampai kering kontang maknya tak makan...
Quote iman_aly 19-6-2014 09:38 AM
ya Allah sampai kurus mcm gitu...
Quote syafarah_2k 19-6-2014 09:40 AM
stupid pny anak..
kecik2 mak bela bg makan..
dah beso buat mak cenggini plak
haiyoooh!
Quote amyainsamad 19-6-2014 09:41 AM
CHINA.....apa yg xde/xbuat



kesian nenek ni
Quote Cik_Andak 19-6-2014 09:51 AM
Nasib la bukan kat Malaysia...Kalau jadi kat Malaysia kasi rejam itu anak ramai2...

Quote cikatilia 19-6-2014 09:53 AM
mohon kurung anak dia pulak

Quote cikmi 19-6-2014 10:15 AM
keringnya hati anak2 dia

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059081 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top