CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Britain kerah Typhoon pintas pesawat Rusia

20-6-2014 03:39 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7523| Komen: 45


Gambar daripada Kementerian Pertahanan Britain menunjukkan jet pejuang Rusia, Sukhoi Su-27 (atas) dihampiri pesawat pejuang tentera Britain, Typhoon di ruang udara antarabangsa berhampiran negara-negara Baltik, Selasa lalu. - REUTERS

LONDON 19 Jun - Britain semalam mengerahkan empat jet pejuang Typhoon bagi memintas tujuh pesawat tentera Rusia yang didapati melakukan penerbangan berhampiran negara-negara Baltik ketika hubungan antara Barat dan Rusia terus tegang.

Seorang pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata, pesawat Rusia berkenaan dilengkapi senjata ketika berada di ruang udara NATO.

Tambah pegawai itu, tentera Rusia tidak mengemukakan sebarang rancangan penerbangan dan tidak menggunakan transponder pesawat, membolehkan mereka mengelak daripada dikesan pengawal trafik udara yang membahayakan pesawat lain.

Bulan lalu, NATO menambah bilangan pesawat pejuang di pangkalan Baltik sebagai langkah menguatkan pertahanan timur Eropah berikutan penggabungan wilayah Crimea dengan Rusia.

Kementerian Pertahanan Britain semalam dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya telah mengerahkan pesawat pejuang Typhoon kelmarin selepas empat kumpulan pesawat berasingan dikesan di ruang udara antarabangsa berdekatan kawasan negara-negara Baltik oleh pertahanan udara NATO.

Menurut kementerian itu, pesawat tentera Rusia yang dikenal pasti adalah pesawat pengebom Tupolev Tu-22, empat pesawat pejuang Sukhoi Su-27, sebuah Beriev A-50 dan pesawat pengangkut Antonov An-26 yang dilihat sedang menjalankan latihan rutin.

"Pesawat Rusia tersebut dipantau oleh jet pejuang Typhoon yang mengiringi mereka ketika dalam penerbangan," tambah kenyataan tersebut. - REUTERS






10

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
4

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epysha 20-6-2014 08:03 AM
benda ini buat aku ingat 370..
Quote batmana 20-6-2014 08:06 AM
kalu malaysia mmg dpt kesan dah.. cm mh370 tu..
cume masuk dlm log aja

lagi 2,3 hari baru reveal "kite detect dlm log ajaa. tk buat apa2, psl ni bukan pesawat tentera..."
Quote d'zeck 20-6-2014 08:20 AM
suatu ketika dahulu
sewaktu zaman perang dunia kedua,

britain banyak membantu russia dengan membekalkan
pelbagai peralatan tentera untuk menentang jerman

kini jelas teknologi russia terutamanya
dalam penghasilan pesawat2 tempur udara termaju
mula mengatasi britain
Quote nurul_akmar 20-6-2014 08:24 AM
hebat2 sungguh jet2 negara luar
Quote Omong 20-6-2014 08:27 AM
Sukhoi SU-27 tu twin tebo. . .
Quote secretservice 20-6-2014 08:33 AM
nurul_akmar posted on 20-6-2014 08:24 AM
hebat2 sungguh jet2 negara luar

spec negara pengeluar takkan sama dengan spec yg dijual pada negara lain selain negara sendiri
Quote ultra78 20-6-2014 08:36 AM
Susah betul nak faham kelebihan setiap pesawat ni. Cuba bagi contoh yg mudah difahami. Contohnya kalau typhoon tu ibarat preve, sukhoi tu ibarat almera ke



Quote Omong 20-6-2014 08:41 AM
ultra78 posted on 20-6-2014 08:36 AM
Susah betul nak faham kelebihan setiap pesawat ni. Cuba bagi contoh yg mudah difahami. Contohnya kal ...

SU-27 tu mcm prebeh
Typhoon tu kancil . . .
Quote secretservice 20-6-2014 08:41 AM
ultra78 posted on 20-6-2014 08:36 AM
Susah betul nak faham kelebihan setiap pesawat ni. Cuba bagi contoh yg mudah difahami. Contohnya kal ...

kereta tak boleh samakn dengan pesawat......die ikut block mane negara yang buat tu...jadi dalam kes ni ade 2 block saje iaitu block nato dengan block russia(dulu warsaw)

ape pun teknologi banyak amik dari saintis2 nazi oleh due2 pihak ni
Quote haji_one 20-6-2014 08:51 AM
Pesawat pejuang ni dikira melalaui generasi, contohnya generasi ke 4, 4.5..generasi ke 5..

Su30MKM, F18, F15, EF Typhoon, Rafale dll tu dlm kelas pesawat generasi ke 4 dan 4.5..kalau mcm F22 Raptor, Pakfa, F-35 yg mempunyai kemampuan utk halimunan radar (stealth) tu dlm generasi ke 5..

Dlm gambar tu, boleh nampak Su27 bawak misil R27 (medium range misile) dan R73 untuk short range misile..tak perasan plak kalau Su27 ni bawak R77 AMRAAMSKI..

Yg EF Typhoon tu tak pasti bawak misile apa..tak nampak..

Dr segi budaya dan sifat pilot tu (ni lebih kepada pendapat je la..), pesawat Ruskies sangat gila gila, kena plak waktu peperangan Within Visual Range (WVR) a.k.a dogfight..sementara pilot british plak sangat profesional dlm pengendalian pesawat dan taktikal mereka..so..kalau bertembung antara dua pilot dan jentera ni..ntah la apa jadi..
Quote haji_one 20-6-2014 09:00 AM
ultra78 posted on 20-6-2014 08:36 AM
Susah betul nak faham kelebihan setiap pesawat ni. Cuba bagi contoh yg mudah difahami. Contohnya kal ...

Pesawat pejuang ni ada 3 kelas, iaitu heavy fighter, medium fighter dan light fighter..

Kalau heavy fighter ni, biasanya pesawat tu ada definisinya dan spesifikasinya sendiri..kalau heavy fighter biasanya dua enjin, long range flight capabilities, saiz pun besar..contohnya dr varian Su30, F15,F18, Rafale, Typhoon..kalau kereta, ni semua kategori mewah la..kiranya cc 2.0 keatas la..

Then, ada medium fighter, biasanya saiznya dan kemampuannya diantara pesawat heavy dan light fighter..contohnya Mig29, F16, Grippen..ni mcm kereta segmen sedan biasa la..ni kiranya dlm cc 1.6-1.8 la kot..

Last sekali light fighter, ni biasanya untuk pesawat bersaiz kecil, banyak digunapakai utk pesawat bantuan darat, pesawat latihan, short range flight.. single engine..contohnya mcm BAE hawk dan few others lagi la..ni kiranya mcm compact car la..mcm kancil, viva, savvy dll..ni lak kiranya bawah cc 1.3 la kot..

Lebih kurang mcm tu la..dr segi analogi diantara pesawat dgn kereta tu saya pakai hentam je..

Dr segi pengoperasian setiap negara, ada negara yg memilih untuk gandingan Heavy-Medium-Light fighter, mcm negara kita (Su30MKM + Mig29N, F18D+Hawk)..singapore (F15+F16+F5)..indonesia (Su30/Su27+F16+Hawk) ada yg Medium+light mcm Thailand (F16+Hawk kalau tak silap)..
Last edited by haji_one on 20-6-2014 09:02 AM

Quote ifanonline 20-6-2014 09:06 AM
ultra78 posted on 20-6-2014 08:36 AM
Susah betul nak faham kelebihan setiap pesawat ni. Cuba bagi contoh yg mudah difahami. Contohnya kal ...

sukoi tu andartu...typhoon anak dara...
Quote secretservice 20-6-2014 09:16 AM
haji_one posted on 20-6-2014 08:51 AM
Pesawat pejuang ni dikira melalaui generasi, contohnya generasi ke 4, 4.5..generasi ke 5..

Su30MK ...

plus at the end dia pun tengok blok mane yg buat....tapi fundamental die adalah dari saintis jerman yang ambil diorang ni
Quote sekngucing 20-6-2014 09:23 AM
aku ada tgok dokumentari typhoon dibuat
mcm low class aje, hebat lg sukhoi
tp pilot dlm tu kata "inilah pesawat terhebat"
hahahah
Quote haji_one 20-6-2014 09:29 AM
secretservice posted on 20-6-2014 09:16 AM
plus at the end dia pun tengok blok mane yg buat....tapi fundamental die adalah dari saintis jerma ...

Yup..kalau tengok dr segi teknikal pun, boleh tengok each block manufacturer pun ada main idea dan idenditicalnya..contohnya Russian fighter more to rugged and robust..meanwhile block eropah dan us more detail dan fine arts..

At the end, yg membezakan menang kalah adalah kemampuan pilot, pesawat (radar, misile dll) termasuk networking mcm AWACS dll..dan last sekali..luck..
Quote secretservice 20-6-2014 09:31 AM
haji_one posted on 20-6-2014 09:29 AM
Yup..kalau tengok dr segi teknikal pun, boleh tengok each block manufacturer pun ada main idea dan ...

betul.......sekarang ni pun same2 dah pandai cuit2...macam nak jadi perang dingin balik je
Quote sapp73 20-6-2014 09:34 AM
Sistem pertahanan macam nilah yang kita nak....cepat respon bila dikesan benda asing yang mencurigakan...
Quote haji_one 20-6-2014 09:38 AM
sapp73 posted on 20-6-2014 09:34 AM
Sistem pertahanan macam nilah yang kita nak....cepat respon bila dikesan benda asing yang mencurigak ...

kalau ada pesawat pejuang yg lalu di kawasan udara kita, dgn 3 condition, satu..mmg pesawat pejuang (bukan pesawat awam), laluan penerbangan (flypath mcm menuju ke pusat pentadbiran kerajaan, empangan, lapangan kapal terbang tentera) dan diwaktu tekanan tinggi (high density situation awareness)..mmg RMAF akan scramble MKM, Miggies atau Hornet. Same goes to negara indonesia, thailand dll..

Kenapa EF Typhoon scramble pesawat, kerana kawasan negara baltik sekarang tgh hot (hubungan Rusia dgn eropah tk berapa bagus sekarang ni..), dan pesawat dr Russia terbang (ada 7 pesawat klu tak silap) dgn keadaan mencurigakan..so, ianya memenuhi 2 syarat dr 3 syarat utama utk deploy pesawat pejuang..mmg kena intercept la..
Last edited by haji_one on 20-6-2014 09:39 AM

Quote leenaz 20-6-2014 10:36 AM
kamon rusia
jadikan realiti game ace combat tu
kasi serang je britain

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.092158 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top