CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal Ketika Judi Waktu Solat Jumaat

23-6-2014 11:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9447| Komen: 49

Antara ayam sabung yang dirampas dalam kejadian judi sabung ayam di Kampung Kubang Panjang, petang semalam.


TUMPAT – Seorang warga emas menemui ajal akibat serangan jantung selepas melarikan diri dari serbuan polis dalam kejadian judi sabung ayam di sebuah kebun rambutan di Kampung Kubang Panjang, Chabang Empat di sini, petang kelmarin.

Mangsa merupakan lelaki Melayu berusia 63 tahun dari Pasir Mas ditemui mati pada jam 6 petang, kira-kira 150 meter dari lokasi serbuan judi sabung ayam tersebut.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, mayat mangsa ditemui di lokasi tersebut selepas anggota polis membuat pemeriksaan di sekeliling lokasi serbuan.

“Mangsa dipercayai suspek kes judi yang cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan punca kematiannya akibat serangan jantung,” katanya.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan ketika solat Jumaat berlangsung oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut menahan 19 lelaki termasuk 10 lelaki Siam dan 9 lelaki Melayu ketika leka berjudi sabung ayam di dalam kebun rambutan itu.

“Empat daripada 19 suspek yang ditangkap gagal mengemukakan pengenalan diri, kesemua lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari berakhir 24 Jun ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya,  kes ini disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 44(g) Ordinan Binatang 1953 dan Peraturan 25(1)(n) PPPN 1990.

Katanya, polis turut merampas 15 ekor ayam sabung, peralatan sabung ayam dan wang tunai RM725.

“Wang tunai dan ayam sabung itu digunakan suspek untuk dipertaruhkan dalam kegiatan judi tersebut,” katanya.


31

Bagus
23

Marah
13

Terkejut
18

Sedih
10

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Changa 22-6-2014 01:55 PM
Ummah serambi mekoh dan judi bagaikan aur dengan tebing
Quote cambaik 22-6-2014 01:55 PM
Saya bukak thread ini

sebab ianya berlaku di Kelantan.

Mana mungkin  saya berani

bukak thread keburukan negeri 9


"ahak"


Quote PEPPERMAN 22-6-2014 01:56 PM
saya tumpang simapti dengan rakyat kelate.
semakin lama semakin celaru.
mungkin ni juga balasan Tuhan kepada mereka kerana menolak kebaikan
Quote tomatome 22-6-2014 02:00 PM
ermmm da ajal sampai xleh nak ngelat da.. tapi aku lbh kesian pada nasib ayam yang disabung tu..
Quote ifanonline 22-6-2014 02:00 PM
cambaik posted on 22-6-2014 01:55 PM
Saya bukak thread ini
sebab ianya berlaku di Kelantan.
Mana mungkin  saya berani

masing2 punya minat...nak buek camno...setengah minat PR, setengah minat BN...tak bleh nak larang...gasak pi la...
Quote Anak_Nogori 22-6-2014 02:07 PM
ifanonline posted on 22-6-2014 02:00 PM
masing2 punya minat...nak buek camno...setengah minat PR, setengah minat BN...tak bleh nak larang. ...

demo selalu kecek...negeri ambo isle sokmo...dipimpin oleh ulamok..rakyat klate sokmonya takut kea tuhe..sebab demo tahu tuhe tu nampok..sebab tu maksiat kurea kat Serambi Mekoh ni...kato Nik Aziz la.

tapi ruponya..demo loni tak supo mulo..kecek sokmo je..
Quote batmana 22-6-2014 02:11 PM
alahai..

ratib nik aziz , pas pula..

Quote chinta89 22-6-2014 02:14 PM
judi ayam ni mmg wujud lagi kat kelantan.

teringat cter laga.
Quote shernazz 22-6-2014 02:14 PM
Matinya kerana ayam judi..
Quote cubby_qt 22-6-2014 05:24 PM
Jgn la famili gatai nak saman penguatkuasa yg buat operasi tu..

Quote prettymanja 22-6-2014 06:33 PM
ingt sume Umat laki2 Klate gie semayang Jemaat, kate Negeri bawah lindungan Kaabah.. huhu
Quote R2D2 22-6-2014 06:47 PM
meninggal hari Jumaat
Quote mokcikKSKB 22-6-2014 06:54 PM
Rakyat pahang/sngor judi versi casino..rakyat semekin x sedar diri di kelatan judi sabong ayam...mintak2 bung mokhtar x mati masa main judi di amereka.
Quote alinone78 22-6-2014 06:58 PM
6 petang tu time solat jumaat k
K pembuka thread duduk kat luar Malaysia
Quote ushioz 22-6-2014 07:01 PM
Ada juga yang bengap gagal kertas bm
Quote Anak_Nogori 22-6-2014 07:04 PM
alinone78 posted on 22-6-2014 06:58 PM
6 petang tu time solat jumaat k
K pembuka thread duduk kat luar Malaysia

ingat saya ni wartawan sinar harian ke?.
Quote alinone78 22-6-2014 07:11 PM
Anak_Nogori posted on 22-6-2014 07:04 PM
ingat saya ni wartawan sinar harian ke?.

Alaaa uncle..jangan bebel2
Buruk rupa
Quote Anak_Nogori 22-6-2014 07:14 PM
alinone78 posted on 22-6-2014 07:11 PM
Alaaa uncle..jangan bebel2
Buruk rupa

cuba sebelum cakap..pk dulu..

lagi huduh muka tawww.
Quote alinone78 22-6-2014 07:18 PM
Anak_Nogori posted on 22-6-2014 07:14 PM
cuba sebelum cakap..pk dulu..

lagi huduh muka tawww.

Auwhhhh topic tak alter
Copy sebijik2

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049834 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top