Khalid akui sudah lakukan sehabis baik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Ketika terus dihimpit dengan desakan supaya melepaskan jawatannya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, "saya tidak boleh menyenangkan semua orang". Menulis perihal itu menerusi laman mikro Twitter miliknya, Abdul Khalid menambah, apa yang mampu dilakukannya hanyalah ".. cuba menguruskan sesuatu dengan wajar". Semalam, Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman dilaporkan memberitahu beberapa pemimpin parti itu kini tidak lagi menyokong Abdul Khalid untuk terus menjadi menteri besar. Menurut Jaafar, sikap Abdul Khalid yang sering membuat keputusan bersendirian serta membelakangkan rakan kompenan PR membuatkan mereka menolak kepimpinannya kali ini. Bahkan corak pentadbiran Abdul Khalid pada penggal kedua ini juga dikatakan tidak berubah selepas ditegur beberapa pimpinan parti sebelum ini. Ahli Parlimen Pas, Khalid Abdul Samad dan AJK Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian Online semalam secara terbuka menyatakan barisan pimpinan PR wajar bertemu bagi mencari pengganti Abdul Khalid. Menteri Besar Selangor itu pada sidang media hari ini dipetik sebagai berkata, terlalu banyak menangani isu sensitif menjadi punca timbulnya desakan supaya beliau berundur. "Ketidakgembiraan adalah perkara biasa kerana saya menangani isu yang sensitif jadi tujuannya bukan untuk mendapatkan kesukaan dan keselesaaan. "Tetapi saya hanya melakukan apa yang saya perlu lakukan dengan mengikut tata tertibnya dan undang-undang," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar pengurusan Majid dan surau negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini.
|
12
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
2
Sedih |
4
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eniliana posted on 21-6-2014 08:30 PM
melayu dan hasad dengki... berpisah teda...
hat parti mangkuk timbang tu kunun suka la parti cap ...
salimghazal posted on 21-6-2014 08:50 PM
Kita kena terima hakikat bahawa kerusi MB Selangor memang senantiasa panas, dulu dari kalangan BN da ...
ADVERTISEMENT