Tangani kemungkaran dengan cermat MENGGEMPARKAN... Kes dua remaja perempuan yang didakwa dirogol oleh lebih 30 individu di Ketereh, Kelantan pada 20 Mei lalu menyaksikan 21 orang didakwa. Tiga beranak turut menjadi antara suspek yang direman bagi membantu siasatan di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 29 Mei lalu. MEMERHATIKAN pola jenayah di Kelantan, timbul rasa takut dalam kala-ngan orang awam kerana negeri itu tidak lagi boleh berbangga sebagaimana pernah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat katakan 13 tahun lalu. "Di Kelantan, orang perempuan tidak dirogol, tidak berzina. Kenapa orang Kelantan tak rogol perempuan? Kerana Islam. Dia (orang Kelantan) tahu kalau duk (duduk) kat gelap pun malaikat ada, Tuhan tengok." Demikian kata beliau ketika masih Menteri Besar Kelantan yang dilaporkan akhbar pada 28 Ogos 2001. Kes rogol yang berlaku di Ketereh pada 20 Mei lalu mengejutkan seluruh rakyat bukan kerana ia kes pertama tetapi mencatatkan sejarah apabila dua remaja perempuan diperkosa secara bergilir-gilir oleh 21 lelaki berumur antara 15 hingga 32 tahun. Empat remaja lelaki bawah umur yang terbabit, seorang daripadanya berusia 17 tahun dikatakan mengaku merogol remaja perempuan berusia 15 tahun. Menurut perangkaan polis Kelantan, sepanjang lima bulan tahun ini walaupun jumlah kes menunjukkan penurunan sebanyak 1.09 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, berlaku sedikit peningkatan kepada jumlah mangsa bawah umur. Daripada 91 mangsa rogol, 84 adalah remaja di bawah 18 tahun. Sebagai sebuah negeri yang pernah digelar Serambi Mekah dan sejak 1990 menerajui konsep ‘membangun bersama Islam’ menerima tamparan hebat atas kelahiran kes jenayah rogol yang terhebat, perogol berkumpulan yang paling ramai hingga kini dan seorang perogol bersiri yang menjalani hukuman penjara paling lama. Kes rogol di Kelantan meningkat empat kali ganda pada 2013 kepada 225 kes. Berdasarkan rekod polis, antara 1996 hingga 2000, jumlah kes rogol yang dilaporkan 270 kes, yakni 44 kes pada 1996, 77 kes 1997, 61 kes 1998, 38 kes 1999 dan 50 kes 2000. Peningkatan ini berlaku atas beberapa andaian, termasuk apa yang pernah disimpulkan ramai pihak mengenai penghayatan dan amalan ajaran Islam. Kalau dilihat dari perspektif agama, rogol adalah jenayah keji yang dikutuk oleh Allah SWT dan termasuk dalam kesalahan zina. Meskipun rogol dan zina berbeza dari segi orientasi tindakan, kedua-duanya tetap dikategorikan sebagai dosa besar. Zina kebiasaannya tidak melibatkan unsur-unsur paksaan kerana dua pihak yang terbabit saling bersetuju sedangkan rogol berlaku kerana salah seorangnya dipaksa. Mengikut rekod polis Kelantan, ada kejadian zina pada asalnya bertukar kepada kes rogol apabila mangsa membuat laporan diperkosa. Kejadian itu berlaku melibatkan pasangan kekasih. Jadi apa yang pernah disimpulkan oleh bekas Menteri Besar Kelantan pada 2001 itu boleh dianggap sebagai mitos. Mitos pertama ialah seolah-olah tidak berlaku kejadian rogol di Kelantan manakala mitos kedua, perempuan Kelantan tidak akan dirogol walaupun berada dalam gelap atau tempat bersembunyi. Rekod polis membuktikan sebaliknya. Analisis trend membuktikan kerajaan negeri tidak berusaha secukupnya membangunkan nilai-nilai kehidupan yang selari dengan konsep ‘membangun bersama Islam’. Ketereh, bandar yang jaraknya sekitar 20 kilometer dari Kota Bharu. Kota Bharu telah diisytiharkan oleh kerajaan Kelantan sebagai Bandar Raya Islam manakala pihak berkuasa tempatan Ketereh dipilih sebagai model Majlis Perbandaran Islam.
|
batu kikir posted on 21-6-2014 05:23 PM
Kelantan bukan sekarang je terkenal dengan negeri darul sex ni.................sejak dari dulu lagik ...
batu kikir posted on 21-6-2014 05:23 PM
Kelantan bukan sekarang je terkenal dengan negeri darul sex ni.................sejak dari dulu lagik ...
mokcikKSKB posted on 22-6-2014 09:36 AM
Kelantan tu kecik tp rakyat ramai.satu family bebelas org.that explain why kes kat tpt dia tinggi.so ...
batu kikir posted on 21-6-2014 05:23 PM
Kelantan bukan sekarang je terkenal dengan negeri darul sex ni.................sejak dari dulu lagik ...
penduduk_bumi posted on 22-6-2014 04:38 PM
maaf le tuan hamba menjampuk...kt mna2 pun ada jenayah..lg2 da akhir zaman ni..di arab saudi yg da b ...
prettymanja posted on 22-6-2014 04:51 PM
watpe nk rogol2 segala, klate kn dkt dgn Golok, seberang sungai gie Danok.. berlambak ayam Siam mena ...
Anak_Nogori posted on 22-6-2014 04:54 PM
pasal tu plak..teringat jugak saya kata2 seorang ulamok dari Serambi Mekoh dok kecek..tu pun ada w ...
ADVERTISEMENT