CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kanak-Kanak Oku Dirantai Di Perhentian Bas

24-6-2014 09:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9273| Komen: 34

Kanak-Kanak Oku Dirantai Di Perhentian Bas

MUMBAI - INDIA. Seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui diikat dengan rantai besi pada tiang di sebuah perhentian bas di tengah Bandar Mumbai hari ini.
Lakhan Kale, merupakan salah seorang dari 26.8 juta golongan OKU yang dibiarkan tanpa pengawasan dan penjagaan oleh keluarga mahupun pihak berkuasa di India.


Menurut banci terakhir dijalankan pada tahun 2011, jumlah tersebut bersamaan dengan 2.2 peratus dari jumlah keseluruhan rakyat India berjumlah 1.2 billion yang menghuni negara tersebut.


Menurut neneknya, Sakubai, Lakhan mempunyai masalah Cerebral Palsy dan tidak mampu mendengar dan bercakap.


“Semasa dilahirkan, dia adalah seorang bayi yang montel dan sihat, beberapa bulan kemudian, dia mengalami demam panas dan pada satu malam  dia diserang sawan.
"Sejak itu, keadaannya tidak pernah sama," ujarnya.


Menjelaskan keadaan Lakhan yang dirantai ditiang perhentian bas, Sakubai berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain dan ia dilakukan demi keselamatan kanak-kanak terbabit.

"Dia pekak dan tidak dapat mendengar jika ada kenderaan dating melintas, saya ikat dia supaya dia tidak berlari dan terbunuh di jalan raya supaya dia tidak dapat trafik beliau akan datang. Jika dia melarikan ke jalan raya, dia akan dibunuh," jelasnya lagi.

Menurut neneknya lagi, bapa Lakhan telah meninggal dunia empat tahun yang lalu manakala ibunya dan kakaknya hilang tanpa dapat dikesan.


Sakubai terpaksa menyara hidup mereka berdua dengan menjual mainan kecil dan barang perhiasan di pantai popular di tengah-tengah Mumbai, Chowpatty.


Di himpit kemiskinan, mereka berdua telah menjadikan perhentian bas tersebut sebagai tempat berteduh di mana hanya hamparan sari mampu dijadikan alas tidur dan makanan pula hanya diperoleh dari warung tepi jalan.


Menurut pihak penguasa, SA Jadhav, pihaknya akan cuba mencari pusat perlindungan buat Lakhan kerana pusat eprlindungan yang ada kini telah pun dipenuhi dengan pesakit OKU yang lain.

“Kekurangan pusat perlindungan di Mumbai adalah satu masalah yang serius dan kian meruncing, perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian,” katanya ketika ditemui oleh wartawan CNN di sana baru-baru ini.


11

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 24-6-2014 01:07 AM
Siannya. Isk isk
Quote FanTasyCreaTioN 24-6-2014 01:32 AM
walaupun d rantai ..
terurus juga keadaaan nya
Quote cmf_blingblings 24-6-2014 02:04 AM
Kawan aku kat U dulu kena polio masa kecik-kecik sampai lumpuh separuh badan tapi mak bapa dia berusaha sungguh utk masa depan dia.....dah jd lecturer dah pun
Quote devilito2 24-6-2014 05:23 PM
kesiannya....
Quote razhar 24-6-2014 05:40 PM
FanTasyCreaTioN posted on 24-6-2014 01:32 AM
walaupun d rantai ..
terurus juga keadaaan nya

kalu asyik duk cerita dari pagi sampai petang..tu tanda x terurus....
Quote munchkin 24-6-2014 05:40 PM
Yang pakaian bersih. Isi kat badan pun ada.

Yang adik firdaus tu serupa nenek yg dikurung sengaja nak bagi mati. Tinggal tulang je. Mak dia memang ibu mithali
Quote FanTasyCreaTioN 24-6-2014 05:43 PM
razhar posted on 24-6-2014 05:40 PM
kalu asyik duk cerita dari pagi sampai petang..tu tanda x terurus....

kerja kita ..
insyaAllah
takat ni terurus
arini takat surf sana sini carik idea

adik2 pun terjaga takat ni

Terimakasih mengingatkan
memang betul pun kadang meleka kan berporum ni

Quote razhar 24-6-2014 05:54 PM
FanTasyCreaTioN posted on 24-6-2014 05:43 PM
kerja kita ..
insyaAllah
takat ni terurus

tu le..kalu pi klinik..duk bercerita sampai doktor pon ngantuk......doktor jebat dah bagi obat?
Quote FanTasyCreaTioN 24-6-2014 05:57 PM
razhar posted on 24-6-2014 05:54 PM
tu le..kalu pi klinik..duk bercerita sampai doktor pon ngantuk......doktor jebat dah bagi oba ...

takat ni doktor ok ja melayan kita

Quote razhar 24-6-2014 05:58 PM
FanTasyCreaTioN posted on 24-6-2014 05:57 PM
takat ni doktor ok ja melayan kita

kira dah issue obat ye?
Quote FanTasyCreaTioN 24-6-2014 06:07 PM
razhar posted on 24-6-2014 05:58 PM
kira dah issue obat ye?

ubat tu ada pada diri kita sendiri
terpulang la nak ambik ikut arahan ka
atau nak ober dose
atau tak ambik langsung




Quote razhar 24-6-2014 06:09 PM
FanTasyCreaTioN posted on 24-6-2014 06:07 PM
ubat tu ada pada diri kita sendiri
terpulang la nak ambik ikut arahan ka
atau nak ober dose

makna nya cara obat tu kena ambik ada sikittttt susah la tu.... x de obat yang senang dan express...
Quote FanTasyCreaTioN 24-6-2014 06:17 PM
razhar posted on 24-6-2014 06:09 PM
makna nya cara obat tu kena ambik ada sikittttt susah la tu.... x de obat yang senang dan exp ...

kesusahan mengajar kita menghargai hidup

haha dah2 bang Razhar
seronok gak nyakat abang hehe
tapi adik nak away dulu dan takmo la O.T ha

tacang abang kena slash takpa
tacang abang banyak

tacang orang skit ja ni ha

Quote razhar 24-6-2014 06:20 PM
FanTasyCreaTioN posted on 24-6-2014 06:17 PM
kesusahan mengajar kita menghargai hidup

haha dah2 bang Razhar

ok,pi jirus pokok2 bunga....
Quote ~boolean 24-6-2014 06:28 PM
Syukur lah masih berbaju elok..

Gaji neneknya pasti cecah 2000 ringgit sebulan kerana mampu belikan  pakaian.

Kalau di malaysia, gaji 1900 tak mampu belikan baju anak...
Quote dewi 24-6-2014 06:34 PM
~boolean posted on 24-6-2014 06:28 PM
Syukur lah masih berbaju elok..

Gaji neneknya pasti cecah 2000 ringgit sebulan kerana mampu belik ...

kira montel gak budak ni .. tak tahap kebuluran lagi kan kan

Quote nebulagazer 24-6-2014 07:12 PM
Abihla musim oku kene kurung la kat mulaysia sehari dua ni..
Quote Risma 24-6-2014 07:53 PM
nebulagazer posted on 24-6-2014 07:12 PM
Abihla musim oku kene kurung la kat mulaysia sehari dua ni..

Ni berlaku kat india...bukan kat malaysia
Quote cubby_qt 24-6-2014 07:56 PM
Mcm ni baru alasan kukuh.. lagipon budak tu nampak sihat.. neneknya x mampu nak jaga jika dilepaskan.. kesian...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.069284 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top