CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Gangguan Bekalan Air Bermula Hari Ini

26-6-2014 04:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12411| Komen: 145


Gangguan Bekalan Air Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR 26 Jun - Lebih 700,000 rumah di sekitar wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan hari ini, berkata gangguan ini berikutan pengeluaran air terawat dari loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan air tinggi di kawasan itu.

SYABAS menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana bergantung kepada bilakah loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.

SYABAS akan terus menggerakkan lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan tetapi bantuan itu amat terhad serta tidak mampu menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan terlibat, katanya.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blastoff 26-6-2014 03:35 PM
Kerajaan perlu istihar darurat kot kat selangor ?
Quote Cik_Andak 26-6-2014 03:37 PM
Tadah air hujan la.....heehehehee
Quote mizahanan 26-6-2014 03:37 PM
Blk kg la ini macam...
Quote blastoff 26-6-2014 03:37 PM
Cik_Andak posted on 26-6-2014 03:37 PM
Tadah air hujan la.....heehehehee

Hujan kat negara lain , nak tadah camne .
Quote blastoff 26-6-2014 03:39 PM
mizahanan posted on 26-6-2014 03:37 PM
Blk kg la ini macam...

Itu la, mana mungkin rakyat bley survive tanpa air langsung plak , yang menggerunkan adalah tak tau bila nak ada balik tu .

Quote ~anya~ 26-6-2014 03:39 PM
Anya balik skolah ini ntah ada air atau tidak ini....
Quote duniaku85 26-6-2014 03:41 PM
kata selangor nk ambk air tasik putrajaya
Quote mizahanan 26-6-2014 03:42 PM
blastoff posted on 26-6-2014 03:39 PM
Itu la, mana mungkin rakyat bley survive tanpa air langsung plak , yang menggerunkan adalah tak ta ...

Yelah ada masalah kite cari mak lah... mengadu sambil mengabihkan ayor beliau hehe
Quote blastoff 26-6-2014 03:43 PM
~anya~ posted on 26-6-2014 03:39 PM
Anya balik skolah ini ntah ada air atau tidak ini....

Dah lah tak dak air , tak dak lori tangki plak mai hantar sebab terhad sangat , uish kerajaan M'sia kena istiharkan selangor kawasan bencana la gini .

Quote blastoff 26-6-2014 03:45 PM
duniaku85 posted on 26-6-2014 03:41 PM
kata selangor nk ambk air tasik putrajaya

Itu la, selagi depa tak isytiharkan selangor kawasan bencana selagi tu semua melente je. Kerajaan M'sia kena wujudkan plan emergency now, panggil semua menteri duduk bincang lah tindakan segera apa boleh di ambil .

Quote haryatie 26-6-2014 03:46 PM
susah la mcam ni...
planet mana nak pegi...
Quote rdzaccess 26-6-2014 03:46 PM
aku tengok bangla cuci kereta tak der masalah pun ... banyak jer dia cuci kereta ..
Quote duniaku85 26-6-2014 03:47 PM
blastoff posted on 26-6-2014 03:45 PM
Itu la, selagi depa tak isytiharkan selangor kawasan bencana selagi tu semua melente je. Kerajaan  ...

klau dulu empangan yg kontrovosi tu siap..rasanye tak de la teruk mcm ni
Quote rdzaccess 26-6-2014 03:48 PM
Air dirawat yang kurang . .  
Quote blastoff 26-6-2014 03:49 PM
duniaku85 posted on 26-6-2014 03:47 PM
klau dulu empangan yg kontrovosi tu siap..rasanye tak de la teruk mcm ni

kisah yang lama jangan di kenang , yang pergi takkan kembali
Quote iman_aly 26-6-2014 03:50 PM
hadoooiii... susah laaa mcm niii
Quote mizahanan 26-6-2014 03:50 PM
Mcm nak hujan, ada bunyi guruh... hujan hujanlah
Quote duniaku85 26-6-2014 03:50 PM
blastoff posted on 26-6-2014 03:49 PM
kisah yang lama jangan di kenang  , yang pergi takkan kembali


naseb la..sape suh tak pikir masa depan.
kan rakyat yg merana.
Quote blastoff 26-6-2014 03:54 PM
mizahanan posted on 26-6-2014 03:50 PM
Mcm nak hujan, ada bunyi guruh... hujan hujanlah

Kalau hujan pun tak masuk kat sungai lah, tak kena empangan lah , rakyat memasing nak tahan guna pe air hujan tu lagipun rasanya satu baldi tak penuh di musim kemarau ni kalau hujan ?

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.048998 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top