CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Suami Pukul Isteri Dengan Pengisar

1-7-2014 12:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14916| Komen: 122

Gambar hiasan


Kuala Terengganu: Berang kerana isterinya mahu bekerja di Kuala Lumpur, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak membaling mesin pengisar ke arah tengkuk isterinya itu sehingga cedera dan mungkin lumpuh dalam kejadian di Gong Badak, di sini, kelmarin. 

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 30-an menghubungi abangnya jam 8 malam dan meminta mengambil anaknya di rumahnya.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, abang mangsa berusia 38 tahun dan tinggal di Kuala Berang, segera ke Kuala Terengganu untuk menjemput anak saudaranya.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, anak mangsa menghubungi bapa saudaranya dan memaklumkan ibunya sudah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas bergaduh dengan bapanya.

Terkejut dengan kejadian menimpa adiknya, si abang segera ke HSNZ, Kuala Terengganu sebelum dinasihatkan pihak hospital membuat laporan polis memandangkan kecederaan dialami adiknya serius,” katanya.


Sumber berkata, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara suami isteri itu selepas mangsa dikatakan mahu bekerja di Kuala Lumpur.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai jurujual dikatakan berang dengan permintaan mangsa sebelum bertindak membaling mesin pengisar ke arah tengkuk mangsa sehingga cedera.

Mangsa yang mungkin lumpuh akibat kejadian itu masih dirawat di hospital sama,” katanya.

Susulan kejadian itu, abang mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada abang mangsa dan suspek sudah diberkas beberapa jam selepas laporan dibuat.

Sementara itu, Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan suspek yang berusia 34 tahun direman empat hari bermula semalam sehingga 3 Julai depan untuk siasatan lanjut.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 1-7-2014 08:46 AM
Gambar Hiasan : Pengisar tihihhiih
Quote jengkoil 1-7-2014 08:50 AM
Brand tidak dinyatakan?
Quote afie_m 1-7-2014 08:52 AM
mmg seriuslah kalau dah boleh mengakibatkan lumpur...suami ni awat....x boleh bawa.bincang ke...
Quote zach2008 1-7-2014 08:55 AM
Kalau bagi brand tentu ramai yg nak beli.
Kualiti terjamin untuk perang suami isteri.
Quote pichee 1-7-2014 09:01 AM
yg isteri nk keje kt kl tu nper..x cukup ke keje kt tgnu tu...ngade2 nk keje kt KL plak..jauh2 ngn suami..sje cr pasal.
Quote gede-bab 1-7-2014 09:01 AM
apa punya bodoh laki dia tu...kalau tak izin mana isteri boleh pi kerja KL....ni main baling pengisar pulak...
Quote Loxlaxman 1-7-2014 09:03 AM
Apesal pengisar ... lesung batu dah tak de ke skrg ni?
Quote mikasa 1-7-2014 09:05 AM
Mesti ada menda yg berlaku atau isteri cakap sesuatu sampai laki dia baling menda tu ni.

Quote jengkoil 1-7-2014 09:13 AM
Loxlaxman posted on 1-7-2014 09:03 AM
Apesal pengisar ... lesung batu dah tak de ke skrg ni?

Laki x larat nk angkat lesung batu...puasa...dh laaa isteri x kejut sahur....

hahahaha.... .#speku+pitenah
Quote gaara_X 1-7-2014 09:13 AM
pergh!!...dulu orang baling ngan lesung....skang baling blender plak....hehehehee
Quote redz85 1-7-2014 09:14 AM
kesian nya.. tak pasal pasal dah lumpuh..
Quote aurora273 1-7-2014 09:15 AM
Kalo bini tu lumpuh.. Hazabedah la ko nk menjaga..
Quote ~anya~ 1-7-2014 09:17 AM
pichee posted on 1-7-2014 09:01 AM
yg isteri nk keje kt kl tu nper..x cukup ke keje kt tgnu tu...ngade2 nk keje kt KL plak..jauh2 ngn s ...

Kalau kat ganu takde peluang pekerjaan...yang ada di kl... pergilah kl... Sedangkan berbondong2 penduduk luar bandar datang ke kl setiap hari untuk cari kerja... mereka itu semua ngengade kah?
Quote nurul_akmar 1-7-2014 09:22 AM
kalau wife dia lumpuh, laki dia jaga ke? ke laki dia lari g kl, cari rezeki
Quote True-X 1-7-2014 09:25 AM
Sib bek pengisar...kl lesung batu atau batu giling..bile mati..
Quote True-X 1-7-2014 09:26 AM
Lelaki ni sakit mental. .. kursus kawen failed mendidik anger management. .. byk kali terbukti kursus kawen failed
Quote iman_aly 1-7-2014 09:27 AM
bongoknya....
Quote skymania 1-7-2014 09:33 AM
Smpi sebabkan lumpuh... Mcm parah je.. Choii sngt lakinya...
Quote noor2 1-7-2014 09:36 AM
Bila tak de duit...bini mintak ..marah bini..siap baling ke muka..thread mana tah...bila bini nak bantu keje yg Lebih baik ..hempuk pulak...kesian dpt laki sengkek. ..perangai pun terlebih sengkek

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.154430 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top