CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sogok Gerenti Lulus - JPJ

2-7-2014 09:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27492| Komen: 56



Belajar 10 minit, tidak perlu habiskan ujian Bahagian Dua

Kuala Lumpur: Hanya dengan sogokan antara RM150 hingga RM500, anda gerenti lulus ujian memandu tanpa bersusah payah menghadiri kelas memandu atau risau mengenai ujian dijalankan.

Itulah tawaran diberikan tenaga pengajar sekolah memandu untuk calon yang ingin mengambil lesen memandu sama ada motosikal, motosikal berkuasa tinggi atau kereta.

Untuk gerenti lulus lesen motosikal (Kelas B2) calon dikenakan bayaran tambahan RM150; motosikal berkuasa tinggi (Kelas B) sebanyak RM200 dan kereta (Kelas D) dikenakan bayaran RM500.

17

Bagus
1

Marah
11

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amizul 1-7-2014 01:04 PM
boleh try amik B full neh hahaha...
Quote mattzzx 1-7-2014 01:19 PM
Ada lagi kes Lesen TErbang?
Quote Al-Patih 1-7-2014 01:21 PM
dah berzaman...perkaro nih berlaku ....
Quote pelangisenja 1-7-2014 01:30 PM
amizul posted on 1-7-2014 01:04 PM
boleh try amik B full neh hahaha...

agak2 berapa la tu kena 'hulur' nak dt B full ni eh?

Quote otai_g 1-7-2014 01:40 PM
pelangisenja posted on 1-7-2014 01:30 PM
agak2 berapa la tu kena 'hulur' nak dt B full ni eh?

kan da ckp 200...

Quote pelangisenja 1-7-2014 02:05 PM
otai_g posted on 1-7-2014 01:40 PM
kan da ckp 200...

hahahaahha adoi, dah baca dah td, blh plak blur, p tye lagi .... sori
Quote Badut.Sarkas 1-7-2014 02:10 PM
cina memang suke terima rasuah!
Quote cmf_rambutan 1-7-2014 02:14 PM
berkurun lama benda nih... kecoh.. sejuk.. kecoh.. sejuk.. hangat2 tek ayam
Quote Simunggu 1-7-2014 02:15 PM
di mana? di mana ada? saya mau...
Quote GhostWalking 1-7-2014 02:17 PM
Patut motor bagi la diskaun
Quote cmf_rambutan 1-7-2014 02:17 PM
14 taon lepas...........

ARKIB : 27/08/2000

'Lesen terbang' didedah -- Melibatkan 100,000 lesen memandu dengan nilai suapan RM40j - BPR

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Badan Pencegah Rasuah (BPR) membongkar sindiket pengeluaran 'lesen terbang' dan 'lesen gerenti lulus' yang dipercayai terbesar di negara ini, melibatkan kira-kira 100,000 lesen memandu dengan nilai suapan RM40 juta.


Hasil 'Ops Melayang' yang dilancarkan sejak 24 Ogos lalu, BPR menahan 21 orang termasuk enam pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan seorang doktor yang disyaki menjalankan sindiket berkenaan.


Turut ditahan ialah pengusaha sekolah memandu dan orang tengah yang digelar runner. Tiga daripada mereka ialah wanita.
Sindiket tersebut menawarkan kepada pemohon lesen memandu itu bayaran antara RM400 hingga RM1,500 tanpa perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh JPJ.
Kumpulan yang beroperasi di utara Perak itu dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak lima tahun lalu melibatkan pakatan antara pegawai JPJ, pengusaha sekolah memandu dan orang tengah.
Rangkaian operasi sindiket itu turut meliputi Sabah dan Sarawak.
Serentak dengan itu, BPR meminta orang ramai yang memperoleh lesen memandu secara 'pintu belakang' itu menyerahkannya kepada badan itu dalam tempoh 30 hari mulai hari ini.


Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris dalam sidang akhbarnya di sini hari ini berkata, sindiket itu mengeluarkan lesen kenderaan yang meliputi lesen ''L'' dan lesen penuh dengan mengenakan bayaran mengikut kelas kenderaan.
Katanya, siasatan BPR menunjukkan bagi mendapatkan lesen ''L'' kelas B (motosikal), calon dikenakan bayaran sekurang-kurangnya RM400, manakala bagi lesen ''L'' kelas D (kereta) RM600 dan bagi lesen ''L'' kelas E (lori) ialah antara RM800 hingga RM1,500.
Menurut beliau, calon-calon 'lesen terbang' untuk mendapatkan lesen ''L'', tidak perlu menghadiri kursus dan menduduki ujian bertulis. Bagi pemohon Lesen Pengangkutan Barang (GDL) (Goods Driving Licence) pengesahan doktor diuruskan oleh sindiket itu.
Tambahnya, melalui sindiket itu, calon yang memohon lesen ''L'' diberi sijil menghadiri ceramah daripada sekolah memandu serta sijil kelulusan ujian bertulis undang-undang daripada JPJ serta pengesahan kesihatan oleh doktor swasta.
''Selain itu slip jawapan dan borang kehadiran calon berkenaan dipalsukan di mana butiran menunjukkan seolah-olah calon hadir menduduki ujian.
''Bagi ujian praktikal pula, pegawai JPJ akan memalsukan dokumen-dokumen seperti borang penilaian ujian memandu.
Selain 'lesen terbang', Abdul Razak menambah, sindiket itu juga menawarkan perkhidmatan mendapatkan lesen memandu yang dikenali sebagai 'lesen gerenti lulus'.
Kata beliau, untuk mendapatkan 'lesen gerenti lulus' itu, calon bagi lesen ''L'' yang menghadiri ujian bertulis akan diberi slip jawapan atau jawapan telah ditandakan.
''Ada kes calon sebenarnya tidak perlu menghadiri ujian dan digantikan oleh orang lain.
Mengulas mengenai 21 orang yang ditahan, Abdul Razak berkata, enam pegawai JPJ berkenaan masih berkhidmat di pejabat JPJ Taiping termasuk seorang pembantu tadbir dan seorang di pejabat JPJ Gerik.
''Pengusaha-pengusaha sekolah memandu yang ditahan ialah dari Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Ipoh, Cameron Highlands, Pantai Remis dan Parit Buntar,'' ujarnya.
Katanya, siasatan kegiatan sindiket itu dijalankan sejak 10 bulan lalu diketuai oleh Pengarah BPR Perak, Abu Kassim.
Beliau berkata, dalam Ops Melayang pihaknya telah menggerakkan 95 pegawainya dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Perak dan Kuala Lumpur.
Beliau menyeru orang ramai yang memperoleh lesen berkenaan supaya menyerahkannya di pejabat BPR dan diberi tempoh 30 hari bermula hari ini bagi membantu BPR.
Katanya, BPR mempunyai senarai nama dan alamat jika mereka tidak tampil mereka akan didakwa.
''Mereka boleh dituduh di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi,'' tegasnya.






Quote jofizo 1-7-2014 02:19 PM
citer berpuluh tahun dah....... xkan hilang kisah suap2 nak amik lesen nih......
Quote nebulagazer 1-7-2014 02:28 PM
Aku buat penuh moto ngn kereta..alhamdulillah...
Takdpt aku bygkan gune lesen tu g keje..da jd duit gaji tu huhuhuhu
Quote rospinki 1-7-2014 02:32 PM
patutla byk menyumbang kemalangan mati katak
Quote rospinki 1-7-2014 02:34 PM
aku dulu jpj siap oper aku nak bgi lesen terobang..aku sound jpj tu..apa ko dah penat ke tengok muka aku tiap kali tk lulussuka ati akula nak amik kelas ulang2

ala..aku fail tang parking tu je..
Quote senahsanasini 1-7-2014 02:44 PM
rospinki posted on 1-7-2014 02:34 PM
aku dulu jpj siap oper aku nak bgi lesen terobang..aku sound jpj tu..apa ko dah penat ke tengok muka ...

Sama..

aku ni failed 2 tahun kat bukit.
g test jpj je 5kali.
sampai dh ade lesen laki aku je kna bwk keta.
aku mmg xnk bwk keta, merajuk dgn bukit wpon laki iols bg keta autoo.

terasa hina gila bile jpj tu kate, kalau fail ni next week byr je 3ratus kite bg lesen..
dan2 hritu iols lulus.
Quote sidewinder 1-7-2014 02:45 PM
biasa laa org2 JPJ.....duit under table dia org punya game.......org2 JPJ ni kalu ko ikut procedure ko tgk dia nyer kerek.....
Quote ultra78 1-7-2014 02:46 PM
Teringat masa aku ambil lesen tahun 2002 dahulu..Masa tu aku ingat lesen gerenti lulus ni dah tak ada. Rupa-rupanya masih ada. Punyalah bertungkus lumus aku study (hafal) buku undang-undang jalanraya tu. Yang paling berdebar tu pastilah masa ujian praktikal. Ingatkan perfect score tapi ada jugak kesilapan..
Quote rospinki 1-7-2014 02:55 PM
senahsanasini posted on 1-7-2014 02:44 PM
Sama..

aku ni failed 2 tahun kat bukit.

ooo..sama rupanya. naik bukit siksa woo...tapi bole bole lak lepas time ujian. tang paking yg tengok cermin tu..aku dok konpuis tang agak2 tiang kat side mirror tu la..adehhh..la ni tutp mata pun bole parking dahla time tu instructor apek tua..asik2 ckp cina ngan aku.tu yg aku fail kot.

tapi igt blik..susah nk dapat lesen keta dulu2..ngan kejenya..pastu nk pi belajarnya lagi..takde org antar..keta pun takde..hargaila lesen anda

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.057438 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top