CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lidah Terjelir Gara-gara Virus JE

2-7-2014 05:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13821| Komen: 136

Murid disyaki JE kini keluar daripada tahap bahaya


Pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Ammar Muqrish Zulkifli, 12, yang dipercayai dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) diberi rawatan di Hospital Pantai Bayan Baru



GEORGETOWN - Muhammad Ammar Muqrish Zulkiffli, 12, yang disyaki dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) telah keluar daripada tahap bahaya dan kini dalam keadaan separa sedar.

Pakar Runding Neurologi Hospital Pantai Dr Wong Yee Choon berkata kanak-kanak itu juga ada harapan sembuh namun pertuturan dan pergerakan anggotabadannya dijangka terganggu secara kekal berikutan saraf otak yang terjejas akibat serangan virus JE.

"Kami menjangka pesakit ini mengalami antara 30 dan 50 peratus 'disability' berbanding keadaannya sewaktu normal dan sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin melawat kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital swasta, di sini hari ini.

Dr Wong berkata Muhammad Ammar Muqrish kini ditempatkan di Unit Rawatan Kritikal dan perkembangannya dipantau rapi berikutan sering diserang sawan.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di Tasek Gelugor itu koma disyaki dijangkiti virus JE dan lebih sebulan dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini.

Sementara itu Dr Afif berkata perkembangan kesihatan penduduk kampung berkenaan akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus tersebut.

Mengenai ladang ternakan babi di kawasan itu, beliau berkata pihaknya belum mempertimbangkan langkah seterusnya kerana keputusan ujian sampel darah babi di kawasan terlibat belum diketahui.

"Kami kini meningkatkan kawalan kebersihan di kawasan berkenaan di samping melakukan semburan kabus bagi menghapuskan vektor pembawa wabak itu. Selagi tiada bukti kukuh tiada tindakan boleh diambil," katanya.

Beliau berkata Kampung Selamat adalah antara kawasan penternakan babi terbesar di Pulau Pinang dan sebarang keputusan mengenainya perlu dibuat secara kolektif dengan penyertaan semua pihak termasuk Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

3

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evolutionary 2-7-2014 11:49 AM
tunggu apa lagi, tembak je la babi babi tu semua, nak tunggu sampai satu sekolah kena jangkitan ka
Quote crossfire 2-7-2014 11:52 AM
evolutionary posted on 2-7-2014 11:49 AM
tunggu apa lagi, tembak je la babi babi tu semua, nak tunggu sampai satu sekolah kena jangkitan ka

yup setuju, kat PD dulu, best tembak BABI ni
Quote kucing_gebu 2-7-2014 11:53 AM
kalau ayam bawa virus cepat je bunuh ayam2 tu...xtunggu pulak ujian darah bagai...
kena tang babi bukan main berhemah siasatannya...
Quote mjla 2-7-2014 11:54 AM
Klu selsema burung dulu abis satu nogori ayam,itik & burung kena hapuskan.

Skrg giliran babi plak.

Ada brani ker kjn negeri amik tindakan.
Quote DayangKirana 2-7-2014 11:55 AM
pertuturan dan pergerakan anggotabadannya dijangka terganggu secara kekal berikutan saraf otak yang terjejas


kesian nyer...bela la cadburry byk2 lagi..orang lain jd mangsa!
Quote MengkuduMasam 2-7-2014 11:56 AM
kecacatan kekal tuh... pergh... buleh saman nih....

aku rasa result darah babi tuh nanti mesti clean dari JE... mesti punya laaa
Quote haryatie 2-7-2014 11:56 AM
Ya Allah..kesiannya budak tu..
beri kan lah dia kesembuhan...amin..
Quote ad_hoc79 2-7-2014 11:56 AM
kesian adik ni
Quote mamasaffiya 2-7-2014 11:57 AM
nak bukti apanya
dah kata budak ni kena JE .. sah2 lah dari babi
virus JE dari mana .. betul tak
Quote girly.. 2-7-2014 11:59 AM
sian bdk ni... semoga dia cepat sembuh
Quote wak_karman 2-7-2014 12:02 PM
crossfire posted on 2-7-2014 11:52 AM
yup setuju, kat PD dulu, best tembak BABI ni

ekau ikut ke taim tu yobb...


Quote crossfire 2-7-2014 12:06 PM
wak_karman posted on 2-7-2014 12:02 PM
ekau ikut ke taim tu yobb...

masa tu ada kat PD..sempat juga ler nembok dlm 10 ekor...pakai pump gun...tahun 200o rasanya.

Quote aura77 2-7-2014 12:08 PM
DayangKirana posted on 2-7-2014 11:55 AM
kesian nyer...bela la cadburry byk2 lagi..orang lain jd mangsa!

tu la kan...patutnya org bela cadburry tu yg kena...
Quote kazaraf 2-7-2014 12:12 PM
tgk berita mlm td mmg mcm ksian sgt.. lidah dia tjelir2 tp raut wajah mcm bkn dlm kesakitan..
Quote akusukaq 2-7-2014 12:15 PM
Dapig yang mencekek badi budak melayu pulak yang separuh mati.
Quote wak_karman 2-7-2014 12:17 PM
crossfire posted on 2-7-2014 12:06 PM
masa tu ada kat PD..sempat juga ler nembok dlm 10 ekor...pakai pump gun...tahun 200o rasanya.

sepuluh ekoorr tu.....
aku terbayang style hukum tembak jee...


Quote crossfire 2-7-2014 12:17 PM
wak_karman posted on 2-7-2014 12:17 PM
sepuluh ekoorr tu.....
aku terbayang style hukum tembak jee...

tembok kepaler.....humban terus ke lubang
Quote ninjago 2-7-2014 12:18 PM
apesal org2 yg uruskan & consume babi2 tu tak kena jangkit virus JE?
Quote kegimaru 2-7-2014 12:20 PM
crossfire posted on 2-7-2014 12:06 PM
masa tu ada kat PD..sempat juga ler nembok dlm 10 ekor...pakai pump gun...tahun 200o rasanya.

skali tembak trus mampos ka..ka payah mati natang ni?

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.061536 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top