CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maybank Antara Bank Paling Kukuh Di Dunia!

4-7-2014 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6806| Komen: 44



KUALA LUMPUR:Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi mengukuhkan reputasinya dalam landskap kewangan global yang semakin berdaya saing dengan mengekalkan kedudukannya sebagai antara 20 bank paling kukuh di dunia pada tahun ini.

Maybank menjadi satu-satunya bank Malaysia dalam senarai 20 Bank Paling Kukuh Di Dunia, suatu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi negara dan bank tersebut, menurut majalah 'Bloomberg Markets' keluaran Julai/Ogos 2014.

Hang Seng Bank Ltd, satu daripada institusi kewangan terulung di China Hong Kong dan dimiliki oleh HSBC Holdings Plc, merupakan bank paling kukuh di dunia, menurut ranking tahunan oleh 'Bloomberg Markets.

Isu ini menyenaraikan bahawa Maybank sekali lagi dalam senarai antara 20 bank terkukuh dunia untuk tahun kedua berturut-turut. Sebanyak 97 bank dinilai di peringkat global.Maybank merupakan bank keempat terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah aset lebih RM578 bilion setakat 31 Mac 2014. 

Jumlah depositnya sebanyak RM396 bilion.Bank-bank Asia menerajui dalam senarai itu berdasarkan laporan dengan lapan daripada 21 bank paling kukuh merupakan bank Asia.Bagi mengenal pasti bank-bank terkukuh dunia, penerbitan itu menggunakan fungsi Saringan Ekuiti (EQS) di Bloomberg Professional Service untuk mendapatkan senarai bank-bank awam dan swasta dengan jumlah aset US$100 bilion atau lebih sehingga 1 Mei.


Kriterianya termasuk Tahap 1 kepada aset berwajaran risiko, aset tidak memberi keuntungan kepada jumlah aset, rizab kerugian pinjaman kepada aset tidak memberi keuntungan, deposit kepada pembiayaan dan kecekapan apabila kos berbanding hasil diambil kira.
20

Bagus
22

Marah
19

Terkejut
20

Sedih
18

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bell 4-7-2014 07:39 AM
Tahniah. Kereta aku dan bini aku semua pakai loan maybank. Mudah lulus....semudah ABC..
Quote Perutkaembong 4-7-2014 08:11 AM
macai2 dap: bank untung billion2, tapi masih ada org homeless yg perlu makan free....untung bank kene bagi sama rata kat rakyat malaysia! bank hak rakyat bukan hak pak dia!

hakikatnya??

ko punye "pemimpin" duduk rumah besar, duit juta2 dalam bank masuk wikileaks semua, gelak ketawa je dgn menteri2, korang yg menggelupur. patut di spay dan neuter saja kah youalls?
Quote Bell 4-7-2014 08:16 AM
Perutkaembong posted on 4-7-2014 08:11 AM
macai2 dap: bank untung billion2, tapi masih ada org homeless yg perlu makan free....untung bank ken ...

Mulakan dulu dgn Public Bank dan Hong Leong bank - untung kasi balik dekat rakyat. Aku nak tgk jadi ke tidak...

Quote kentel 4-7-2014 08:23 AM
tapi maybank bukan mahal ke interest dia kalau nak hire-purchase kereta...
Quote Bell 4-7-2014 08:26 AM
kentel posted on 4-7-2014 08:23 AM
tapi maybank bukan mahal ke interest dia kalau nak hire-purchase kereta...

Murah jer. Tahun 2009 aku dpt 2.36% ajer.

Quote kentel 4-7-2014 08:30 AM
Bell posted on 4-7-2014 08:26 AM
Murah jer. Tahun 2009 aku dpt 2.36% ajer.

tu 2009...skrg 2014 kot loceng..hahaha...
Quote fifie_olin 4-7-2014 08:31 AM
aku igt nk maybnk nya cc le...byk point leh dpt
Quote mizahanan 4-7-2014 08:36 AM
susah wooo nak dpt keje kt maybank
Quote Bell 4-7-2014 08:41 AM
kentel posted on 4-7-2014 08:30 AM
tu 2009...skrg 2014 kot loceng..hahaha...

Interest naik arahan bank negara, bukan maybank...

Quote Bell 4-7-2014 08:42 AM
fifie_olin posted on 4-7-2014 08:31 AM
aku igt nk maybnk nya cc le...byk point leh dpt

Ambik la - maybank ikhwan. No annual fees. Cash deposit machine merata-rata - senang nak bayar...Bukak sekali maybank2u.
Quote Bell 4-7-2014 08:43 AM
mizahanan posted on 4-7-2014 08:36 AM
susah wooo nak dpt keje kt maybank

Bank yg superb hanya ambik calun yg superb. Mcm petronas la. Kalau fresh grad pointer rendah sorry la nak dpt...

Quote sayawifenikmie 4-7-2014 08:44 AM
fifie_olin posted on 4-7-2014 08:31 AM
aku igt nk maybnk nya cc le...byk point leh dpt



.. sila ambil yg double cards ... visa + amex atau master + amex .. yg amex tu ... dapat point 5x ganda dari visa & master.


Quote Bell 4-7-2014 08:45 AM
sayawifenikmie posted on 4-7-2014 08:44 AM
.. sila ambil yg double cards ... visa + amex atau master + amex .. yg amex tu ... dapat point ...

Maybank kasi aku amex tp aku pulang balik. Card byk sgt. Amex punya annual fee mahal!

Quote sayawifenikmie 4-7-2014 08:50 AM
Bell posted on 4-7-2014 08:45 AM
Maybank kasi aku amex tp aku pulang balik. Card byk sgt. Amex punya annual fee mahal!


... uikssss ... ada annual fee bagai kah? memang ada kena bayar yg gomen tu rm50 setahun .. itu sahaja .... akak MC + amex platinum ..  annual fee kalau depa caj pun.. boleh call dan depa akan refund ...  cumanya .. tak semua kedai yg terima cc akan terima amex ...  yg akak cakap ni amex cc tau ... bukan yg debit tu ... akak setia ngan mbb cc since zaman batu ....  

Quote Cik_Andak 4-7-2014 08:54 AM
Bank rimau dah mengaum....
Tahniah...
Quote BeeHaa 4-7-2014 09:01 AM
Bell posted on 4-7-2014 08:43 AM
Bank yg superb hanya ambik calun yg superb. Mcm petronas la. Kalau fresh grad pointer rendah sorry ...

Staff sgt superb kan..sampaikan svc nye slow melow mcm pejabat pos !
Quote Bell 4-7-2014 09:05 AM
BeeHaa posted on 4-7-2014 09:01 AM
Staff sgt superb kan..sampaikan svc nye slow melow mcm pejabat pos !

Slow ker? Aku tgk semua urusan laju jer. Aku apply loan kereta sat jer approve. Slow tu kalau data tak complete....

Quote Bell 4-7-2014 09:06 AM
sayawifenikmie posted on 4-7-2014 08:50 AM
... uikssss ... ada annual fee bagai kah? memang ada kena bayar yg gomen tu rm50 setahun .. itu  ...

Annual fee RM400. Bila aku nak kensel baru dia cakap boleh kasi free. Tp aku kensel jugak la. Takde keperluan. Kad dah byk sgt. Visa maybank ajer kita ada 2.

Quote rospinki 4-7-2014 09:08 AM
Yeah maybank. .berkurun lama aku ngan maybank ikatan masih bersemi.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.069125 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top