CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Alahan Apa Anda Alami Ketika Mengandung

4-7-2014 03:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24502| Komen: 128



Saya rasa teruk – adakah ia normal?

Berasa sakit berbanding dengan "berseri-seri" pada peringkat awal kehamilan adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari. 


Mabuk hamil boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan berhenti sekejap disebabkan anda tidak boleh menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Maklumkan kepada keluarga anda bagaimana mereka boleh membantu anda – dengan cara praktikal seperti membeli-belah, memasak, menjaga anak dan melakukan kerja rumah. 

Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan. Anda mungkin tidak memberitahu sesiapa bahawa anda hamil tetapi ia amat sukar jika anda perlu sentiasa "menjaga penampilan" anda. Anda perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai kehamilan anda untuk mendapatkan sokongan dan bantuan yang anda perlukan. 

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor saya?

Adalah amat penting untuk berbincang dengan doktor anda lebih awal sebab rawatan akan menjadi sukar apabila mabuk kehamilan semakin teruk. Anda perlu berjumpa dengan doktor anda sebaik saja simptom anda menjejaskan kehidupan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah pakar perubatan hanya akan menghiraukan muntah yang teruk, kerana ini boleh membawa kepada komplikasi kepada anda dan bayi anda, dan anda mungkin perlu berehat sehingga anda berasa lebih sihat. 

Ramai doktor menganggap mabuk kehamilan adalah keadaan yang tidak serius. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kadang-kala mereka menganggar kurang kesannya ke atas wanita hamil. Kajian telah menunjukkan bahawa sesetengah wanita merasakan loya adalah lebih teruk daripada muntah, sebab jika anda muntah, anda akan berasa lega buat sementara. 

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan, anda mesti berjumpa dengan doktor anda. Anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrient. Rawatan awal akan mencegah sakit yang lebih teruk atau dimasukkan ke hospital untuk hiperemesis. 

Jika anda sedang mempertimbangkan kehamilan lagi dan anda menderita teruk sebelum ini, rawatan awal boleh membantu mengelakkannya dari berlaku lagi. 
Apa yang saya perlu lakukan untuk membantu diri saya?

Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh: 

Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.
Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.

Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.

Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.

Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.
Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. 

Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
Beritahu seseorang. 

Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda dalam forum Kehamilan kami.

Apakah rawatan perubatan yang boleh didapati untuk mabuk yang teruk?

Bagi kebanyakan wanita, perubatan adalah langkah terakhir selepas semua perkara telah dilakukan dan gagal untuk membantu. Ramai wanita enggan untuk mengambil ubat semasa kehamilan dan anda mungkin tidak mahu menjalankan sebarang rawatan perubatan untuk mabuk kehamilan sebab risau ia akan membahayakan bayi anda. 

Tetapi terdapat perubatan yang selamat dan efektif bagi mabuk kehamilan yang boleh digunakan bersama dengan pendekatan tanpa ubatan yang dicadangkan di atas. Anda boleh berhenti mengambil ubat-ubatan ini pada minggu ke-12 hingga 14 kehamilan apabila mabuk kehamilan anda sudah berkurangan. 

Terdapat sebab sejarah kenapa anda tidak pernah dengar atau diberikan sebarang ubat, walaupun untuk mabuk kehamilan. Talidomida yang digunakan untuk merawat mabuk kehamilan pada akhir tahun 1950-an dan awal 1960-an telah menyebabkan kecacatan kelahiran. Tragedi ini membuatkan doktor lebih berhati-hati atau tidak mahu mempreskripsikan ubat dan syarikat perubatan tidak mahu memasarkan apa-apa kepada wanita hamil. Kesannya ialah sehingga kini, tiada ubat yang diluluskan khas untuk digunakan semasa kehamilan. 

Tetapi kesan talidomida telah menyebabkan ubat yang digunakan semasa kehamilan terpaksa menjalani ujian yang sangat ketat. Ubat piridoksina (vitamin B) dan antihistamina boleh membantu wanita yang mengalami mabuk kehamilan dan mempunyai jejak rekod keselamatan yang cemerlang dalam kehamilan. Tetapi bukan mudah untuk mendapatkannya. 

Antihistamin atau penghalang H1 (H1 blocker)
Terdapat banyak bukti menunjukkan bahawa antihistamin iaitu ubat yang menghalang pengeluaran histamina semasa reaksi alahan, boleh membantu melegakan loya dan muntah semasa kehamilan. Antihistamina selalunya menyebabkan pening dan lebih baik diambil pada waktu malam. 

Sebagai contoh, di UK, ubat yang selalu dipreskripsikan untuk mabuk kehamilan adalah Promethazine (jenama Avomine) dan Cyclizine (jenama Valoid). 

Vitamin B6 (piridoksina)
Wanita yang mengalami mabuk kehamilan yang teruk mempunyai tahap vitamin B6 yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin ini ini boleh membantu mabuk kehamilan tanpa memberi kesan sampingan. Walaupun ia boleh dibeli di kaunter, anda perlu meminta preskripsi daripada ahli obstretik anda. Dos yang dicadangkan untuk mabuk kehamilan ialah 10-25mg piridoksina, tiga atau empat kali sehari. Sesetengah pil yang boleh dibeli di kaunter adalah lebih kuat daripada ini dan kajian tidak melihat pada keselamatan atau keberkesanan dos yang lebih tinggi. 

Multivitamin kehamilan berkualiti tinggi boleh mengurangkan simptom dalam sesetengah wanita. Tetapi anda harus beringat bahawa mengambil vitamin dan mineral semasa kehamilan adalah satu bentuk rawatan perubatan dan pastikan anda berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa. 

Kombinasi antihistamin dan vitamin B6
Beberapa kajian menunjukkan bahawa kombinasi antihistamina dan vitamin B6 memberikan kesan yang lebih baik daripada diambil berasingan. Walaupun tidak terdapat kombinasi yang boleh didapati di Malaysia, anda boleh mengambilnya berasingan. 

Seperti biasa, anda perlu berbincang dengan pakar obstretik anda sebelum memulakan sebarang bentuk rawatan. 

Fenotiazina dan ubat yang berkaitan
Jika anda mengalami muntah yang teruk, anda mungkin dipreskripsikan dengan prochloreparazine (stemetil) atau metoclopramide (maxolon) jika antihistamina tidak berkesan. Ubat-ubatan ini memang berkesan tetapi bukti keselamatannya kurang kukuh daripada antihistamina. Ia boleh membawa kesan sampingan termasuk pergerakan yang tak terkawal. 

Kortikosteroid
Ubat ini (seperti deksametason) mungkin dipreskripsikan selepas minggu ke-12 kehamilan sebagai jalan terakhir bagi wanita yang mengalami hiperemesis yang tidak bertindak balas terhadap rawatan lain. 

9

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tssy 22-6-2014 11:21 AM
Takde apa2 alahan atau mengidam pelik2

Alhamdulillah. ...easy pregnancy n easy delivery.

Quote gusikuberdarah 22-6-2014 07:22 PM
akak aku elegik bau mekap..eyeshadow,maskara,bedak compact semua dia buang..tengok je pon xboleh,terus loya..
Quote siputsedut 23-6-2014 08:13 AM
bau sabun basuh kain....dengan shower cream...uwekkkkkkkkkkkkkkkkk kecuali lifebuoy yang tutup hijau...dengan sabun TOP warna hijau/biru..itu je the least aku boleh terima..yang lain...uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote star_anisse 23-6-2014 08:27 AM
xleh bau asap rokok, downy & kopi kuat (tongkat ali, kacip fatimah). bila g opis je muntah berbekas2 sbb ada bau ketiga2 benda ni. xleh nk halang...
Quote montok89 23-6-2014 09:44 AM
alahan lain xdak la sgt ok ja,
cuma mengidam nak makan western ja
Quote lolali 23-6-2014 10:49 AM
xleh bau masak. uweekkk bau tumis2 tu. mmg rasa nak pengsan.
Quote fuzzyfuzzy 23-6-2014 01:13 PM
alhamdulillah..aku tak de alahan yg teruk..bau-bauan pon okay je rasanya..
setakat pening2 lalat n loya sket tu ada la...cuma tak de la muntah hari2...
Quote aloyah89 23-6-2014 04:27 PM
hhee. alah mcam tu pun ada.
dapat baby boy ke gurl?
Quote aloyah89 23-6-2014 04:28 PM
gusikuberdarah posted on 22-6-2014 07:22 PM
akak aku elegik bau mekap..eyeshadow,maskara,bedak compact semua dia buang..tengok je pon xboleh,ter ...

mcam tu pun ada. heheh.
dapat baby boy ke gurl?
kot la xsuka makeup ni org ckap baby boy.
Quote aloyah89 23-6-2014 04:29 PM
lolali posted on 23-6-2014 10:49 AM
xleh bau masak. uweekkk bau tumis2 tu. mmg rasa nak pengsan.

sama la mcam kakak ipor saya.
Quote aloyah89 23-6-2014 04:30 PM
montok89 posted on 23-6-2014 09:44 AM
alahan lain xdak la sgt ok ja,
cuma mengidam nak makan western ja

perghhh..
ngidam high taste punya, hahaha.
Quote aloyah89 23-6-2014 04:31 PM
star_anisse posted on 23-6-2014 08:27 AM
xleh bau asap rokok, downy & kopi kuat (tongkat ali, kacip fatimah). bila g opis je muntah berbekas2 ...

hahha. kopi kuat xleh bau.
pelik gk ni alah.
Quote montok89 23-6-2014 04:38 PM
aloyah89 posted on 23-6-2014 04:30 PM
perghhh..
ngidam high taste punya, hahaha.

Tula pasai boleh kata kerap makan burger ja,
skali skala xpala kalu slalu ngidam parah gak hahahah
ni dok ngidam nak makan pizza hut plak xtau bila nak mendapatnya
Quote aloyah89 23-6-2014 04:44 PM
montok89 posted on 23-6-2014 04:38 PM
Tula pasai boleh kata kerap makan burger ja,
skali skala xpala kalu slalu ngidam parah gak h ...

skang tgah mengandung ker?
congratsss

nak jimat wat sendiri la.heheww
Quote lolali 23-6-2014 04:46 PM
oh lupa. kwn office cousin dia teringin nak gigit tayar bas. setiap ari nmpak bas dia asyik ckp nak nak..so dah xthn sgt and ksian husband dia bw g terminal bas, ckp2 dgn driver. driver tu pelik tp phm la org mengandung kan. wife dia gigit la. lps tu dah abes bersalin,wife dia rs cm bodoh gila. hahahaha lps tu asyik kena bahan je.
Quote gusikuberdarah 23-6-2014 06:06 PM
aloyah89 posted on 23-6-2014 04:28 PM
mcam tu pun ada. heheh.
dapat baby boy ke gurl?
kot la xsuka makeup ni org ckap baby boy.

memula pon kitorg ingtkan baby boy..sekali kuar baby girl pulak...ni.mesti baby girl brutal ni..haha..
Quote gusikuberdarah 23-6-2014 06:07 PM
lolali posted on 23-6-2014 04:46 PM
oh lupa. kwn office cousin dia teringin nak gigit tayar bas. setiap ari nmpak bas dia asyik ckp nak  ...

wohaa...yg ni lg dasat..
Quote mizahanan 23-6-2014 08:39 PM
Akak mengandung xleh mkn yg masam2, mkn je trus demam. Pastu 9blnla x mkn nasi, kalu mkn je trus termuntah, mkn roti je lah.
Suke mkn buah tembikai, 1 biji besar tu buleh abis. Ptg je mesti flat, pagi ok ajer.
Quote khairina07 23-6-2014 11:08 PM
Ank first...aku ok jer...yg ank second ni...muntah2...gatal2...kepurihan byk...

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.052145 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top