CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis Jumpa Tulang Dinosaur Gergasi

7-7-2014 09:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25848| Komen: 256

Saintis jumpa tulang dinosaur gergasi


Buenos Aires: Beberapa bulan lalu saintis Argentina menemui tulang dinosaur gergasi. Kini mereka berharap untuk menggali keluar ratusan lagi fosil, terutama bahagian kepala dinosaur gergasi itu.
Beberapa tahun lalu, saintis menemui fosil seperti sauropod (pemakan tumbuhan gergasi dengan leher dan ekor yang panjang) di wilayah Patagonia Argentina. Disahkan bahawa kawasan pedalaman itu pernah suatu ketika dulu menjadi habitat dinosaur terbesar di muka bumi ini.

Pada Mei lalu, saintis mengesahkan penemuan rangka sauropod bersaiz gergasi seberat 80 tan dan tulang enam lagi spesis makhluk lain.

Ia menandakan satu pencapaian penting bagi paleontologis dan mendorong mereka untuk merancang lebih banyak penggalian pada musim bunga di hemisfera selatan bermula bulan September dan pada musim panas pada Disember.

Matlamatnya adalah untuk mencari tengkorak sauropod, yang mungkin ditemui sekiranya penggali berhati-hati mencarinya pada batuan untuk lebih banyak fosil.

“Apa yang kami ada dari tengkorak adalah gigi,” kata ahli paleontologi Jose Luis Carballido dari Muzium Egidio Feruglio, di bandar Trelew, 1,400 kilometer di selatan Buenos Aires.
“Mencari tengkorak adalah penting kerana tidak banyak tengkorak sauropod dari peringkat evolusi ini, kami percaya haiwan ini telah melaluinya,” katanya kepada AFP.

Sehingga kini saintis telah melihat tengkorak dari peringkat evolusi terdahulu dan kemudian yang sebelum daripada itu, kata Carballido.

Tinggalan yang ditemui tahun ini adalah dari haiwan yang berada “di tengah-tengah evolusi itu, tetapi kita tidak tahu bagaimana rupa kepalanya,” katanya.

Penemuan dinosaur terbesar yang pernah ditemui itu berlaku di estet swasta 260 kilometer di barat Trelew apabila seorang pekerja ternampak sesuatu yang sebenarnya adalah tulang paha terbesar pernah dijumpai. Tulang itu mencecah 2.40 meter panjang. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fazamania 6-7-2014 08:03 PM
jadi , punch line nya di mana??


sila cuba lagi.
Quote dauswq 6-7-2014 08:06 PM
entahnye..
ade jek sainstis melayu jumpa fosil tumbuhan baru2 ni
tak delah nak tolak kepercayaannya pun
Quote sigila 6-7-2014 08:08 PM
Leh wat sup tulang nie....
Quote SissySembah 6-7-2014 08:09 PM
saintis islam buat apa lagi sis kalau bukan kaji bom ataupun hasilkan bahan letupan.
Quote dino 6-7-2014 08:11 PM
SissySembah posted on 6-7-2014 08:09 PM
saintis islam buat apa lagi sis kalau bukan kaji bom ataupun hasilkan bahan letupan.

takpun kaji pokok pisang berbaja taik babi....
Quote airfilterkotor 6-7-2014 08:11 PM
Dia ingat saintis luar tu seme rata-rata percaya tuhan ker?
Nama si Jose Luis ni pun (di baca Ho-zae) belum tentu sembah Jesus.
Quote kakikuDibibirmu 6-7-2014 08:12 PM
laju jah dino pasal dinosaur
Quote airfilterkotor 6-7-2014 08:13 PM
Maklom ler, leluhur sendiri.
Quote Dzunnun 6-7-2014 08:14 PM
Mungkim saintis islam hendak  elak munjadi dinasor
Quote cmf_acura 6-7-2014 08:18 PM
saintis hindu buat apa pilak
Quote PongKang 6-7-2014 08:35 PM
saintis muslim pakar buat bom n serangan padu sampai diwanted cia fbi
Quote AbukRokok 6-7-2014 08:54 PM
adakah kawasan penemuan tersebut ada berpotensi untuk telaga minyak?

Quote AbukRokok 6-7-2014 08:56 PM
walaupun arab saudi punyai banyak lapangan daratan tiada pun penemuan rangka dinosaur secara besar besarandi sana.

bahkan tiada pula minat paleontologist ini melakukan eskavasi di sana
Quote dino 6-7-2014 08:59 PM
airfilterkotor posted on 6-7-2014 08:13 PM
Maklom ler, leluhur sendiri.

tmpt jatuh lgkan dikenang...
Quote dino 6-7-2014 09:00 PM
AbukRokok posted on 6-7-2014 08:56 PM
walaupun arab saudi punyai banyak lapangan daratan tiada pun penemuan rangka dinosaur secara besar b ...

puak2 arab yg kayo tu kan byk buang masa... hobi pun pelik2....
Quote True-X 6-7-2014 09:15 PM
SissySembah posted on 6-7-2014 08:09 PM
saintis islam buat apa lagi sis kalau bukan kaji bom ataupun hasilkan bahan letupan.

It pon formula Dr org Kristian atau Yahudi. ..
Quote ultra78 6-7-2014 09:15 PM
Ummah isle sudah lama jumpa rangka kaum aad




Quote True-X 6-7-2014 09:17 PM
Neeway. .dinosaur tidak pula disebut dlm Quran. ... topik ni dulu ade poremner bukak kt board MM... tapi seperti biase. .perbincangan tuh x ke mane sgt pon... too many constrain..
Quote biosfree 6-7-2014 09:18 PM
Saintis islam asik kaji nak kukuhkn iman utk berada d dunia yg kekal abadi dpd kaji kat dunia nan fana ni :lol

Lihat semua komen(256)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.043639 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top