CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Lola Rindu Nak Jenguk Firdaus Tapi Takut Dicemuh Orang

7-7-2014 10:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19783| Komen: 150


SEREMBAN – “Lola rindu nak jumpa anak, tapi malu nak keluar kerana takut dicemuh orang.” Itu kata Lolanopita Sadi, 40, ketika menghubungi bekas pengasuh Muhammad Firdaus Dullah, Norfitri Radius, 42.


Menurut Norfitri, setiap dua hari sekali, Lolanopita atau Lola akan menghubunginya untuk bertanya khabar serta bercerita mengenai dirinya yang kini tinggal di suatu tempat tidak diketahui.


Katanya, Lola memberitahu bahawa dia kini berada di sebuah rumah perlindungan yang jauh lebih selamat jika berada di rumahnya di Taman Semarak, Nilai.


“Kali terakhir Lola telefon saya pada malam kelmarin melalui telefon awam, ketika itu saya bertanyakan di mana dia tinggal sekarang ini, namun Lola hanya memberitahu dia tinggal di sebuah tempat perlindungan di sekitar Seremban, dan berada dalam keadaan sihat.


“Lola juga meluahkan hasrat hatinya ingin bertemu serta melihat Firdaus serta anak keduanya itu, namun belum berkesempatan berbuat demikian kerana bimbang dicemuh masyarakat, memandangkan Firdaus kini masih berada di hospital,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Norfitri berkata, Lola mungkin akan bertemu dengan anak-anaknya setelah Firdaus dibenarkan keluar wad serta berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) nanti.
  
  “Lola memberitahu, sebaik sahaja dia dibebaskan pada 30 Jun lalu, dia memang berhasrat untuk melihat Firdaus, namun tidak berani kerana takut dihalang. Lagipun hospital adalah tempat awam sudah tentu ramai yang kenal dengannya akan bertindak menghinanya.


“Lola juga adalah manusia biasa yang lemah dan naif, jadi tidak hairanlah jika dia masih belum mampu berdepan dengan masyarakat, sedangkan hendak pulang ke rumah sendiri pun Lola tidak berani,” katanya.


Sehubungan itu, Norfitri berharap supaya kejadian menimpa Lola dapat dijadikan pengajaran buat dirinya, sekali gus memaafkan atas setiap kesilapan dilakukan.


“Lola mungkin ada jawapan serta sebab tertentu mengapa dia bertindak sedemikian, memandangkan sebelum ini dia merupakan seorang ibu yang penyayang,” katanya. 

11

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote a_gen2 4-7-2014 02:31 PM
Polis patut turut sama siasat husband dia.. mungkin husband dia ada mempengaruhi dia (sama ada secara langsung atau tidak) sampai dia bertindak zalim mcm tu.  Aku amat sangsi husband dia tak tahu apa2 mengenai hal ni.
Quote xtahumenahu 4-7-2014 02:32 PM
aku marah gak ngan lola nih
tp bila aku tgk berita...adik firdaus tu panggil..."mak...mak..."
aku rase patut mak die pergi jenguk...or somebody uruskan pertemuan tuh
kalo x kang ada yg kene bantai si lola nih
Quote sigila 4-7-2014 02:35 PM
Lola yg loqlaq
Quote senahsanasini 4-7-2014 02:35 PM
Bertabahla lolaaa
Quote Dzeko 4-7-2014 02:38 PM
kalau ikhlas buat apa takut nak kena cemuh.. itu kan anak ko sendiri.. apa daaaaaaa
Quote FanTasyCreaTioN 4-7-2014 02:40 PM
a_gen2 posted on 4-7-2014 02:31 PM
Polis patut turut sama siasat husband dia.. mungkin husband dia ada mempengaruhi dia (sama ada secar ...

setuju ..
sebab sblom ni .. pengasuh tu sendiri bgtau ok ja d jaga
gamba 9 bulan sblom ni pun ok ja adik tu


Quote atira 4-7-2014 02:41 PM
lebih takut di cemuh dari sayang anak?
boleh blah la
Quote cektim 4-7-2014 02:47 PM
“Lola mungkin ada jawapan serta sebab tertentu mengapa dia bertindak sedemikian, memandangkan sebelum ini dia merupakan seorang ibu yang penyayang,”



cer citer
Quote puterikhaleeda 4-7-2014 02:47 PM
xtahumenahu posted on 4-7-2014 02:32 PM
aku marah gak ngan lola nih
tp bila aku tgk berita...adik firdaus tu panggil..."mak...mak..."
aku  ...

ya.. puteri pun rasa macam tu..... Allah panjang kan umur adik ni untuk jadi pengajaran kat kita semua.... so jangan laa kita pulak menghukum mak dia.....
Quote Bell 4-7-2014 02:47 PM
cektim posted on 4-7-2014 02:47 PM
cer citer

Citer kat mahkamah nanti!

Quote kecimpret 4-7-2014 02:53 PM
sorry laaa..kalo ko tak wat salah, ko takkan peduli apa kata masyarakat..cemuh ka, hina ka yg penting dpt jumpa anak
Quote haryatie 4-7-2014 02:53 PM
cantik tudung ngan make up...
tau lak rindu..da nyesal ker..
bagus la...pasni jd la ibu yg bertanggungjwb..
Quote NIXAR 4-7-2014 02:55 PM
sayang la sgt.....ini semua lakonan semata2
Quote DayangKirana 4-7-2014 02:56 PM
entahlah..hati sang ibu..kite tak tau..
tapi aku tetap takleh terima dengan apa yang dia buat kat anak dia sampai begitu sekali..

pikirlah..tu pun nasib ditemui dalam keadaan bernyawa..buatnya dah...?

hishhh...
Quote TuntungReturn 4-7-2014 02:59 PM
Lola xpdclol
Quote sapp73 4-7-2014 03:00 PM
pedulik apa dengan cemuhan orang...gi ajelah jenguk firdaus tu,
Quote ice_sky92 4-7-2014 03:01 PM
Hmmmm, boleh percaya ke si lola ni? Satu Malaysia dh benci kau la...
Quote cmf_Strawberry 4-7-2014 03:07 PM
Heyy kalau dia betul2 sayang anak dia biar dicemuh kena baling batu pun sanggup harungi...
Quote fifie_olin 4-7-2014 03:09 PM
aku igtkan dh slamt dlm kandang jel..
tetiba plk rindu...
ms dulu knp ko seksa idop bdk tu

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.135855 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top