CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Sambutan Bazaar Ramadhan Di Kuala Lumpur

8-7-2014 03:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12100| Komen: 21

Apabila tiba bulan ramadhan, satu maklumat yang cukup penting untuk diketahui iaitu jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk tahun 2014 ini. Dibawah adalah waktu berbuka dan imsak : -



Pada minggu lepas saya telah melawati beberapa bazaar ramadhan sekitar Kuala Lumpur. Antaranya ialah bazaar ramadhan Kampung Baru, Bangsar, Jalan Tar, dan Taman Melati. Bazar Ramadhan merupakan fenomena masa bulan puasa.

Bazaar ramadhan biasanya bermula dari jam 5 petang sepanjang bulan ramadhan. Biasanya umat islam akan mengunjungi bazaar selepas tamat waktu bekerja.

Selain itu bagi yang bukan beragama islam juga turut mengunjungi bazaar ramadhan, untuk mencari pelbagai jenis makanan. Jenis-jenis makanan yang terdapat di bazaar ramadhan biasanya agak istimewa dari pasar malam.

Antara makanan yang boleh didapati di bazaar ramadhan ialah :-

  • Ayam percik
  • Ayam golek
  • Kambing golek
  • Itik panggang
  • Ikan bakar
  • Popia basah/goreng
  • Otak-otak
  • Aneka kuih muih
  • Aneka Bubur
  • Lemang
  • Air tebu
  • Aneka jus buah-buahan
  • Cendol

Makanan yang menjadi tumpuan orang ramai di bulan ramadhan ini biasanya Popia,murtabak, roti john, kuih sampan dan banyak lagi. Bagi minuman pula biasanya air tebu, jus tembikai, cendol, soya panas/sejuk, air katira, dan air kelapa.

Dibawah ada beberapa gambar bazaar ramadhan sekitar Kuala Lumpur yang agak terkenal dan mempunyai gerai yang banyak.


Jalan Tar
Kelebihan: Di tengah-tengah KL. Air murah harganya.
Makanan Terkenal: Cendol dan Air Mata Kuching (RM2 sahaja)


Kampung Baru
Kelebihan: Bubur Lambuk percuma di masjid. Terdapat kira-kira 150 gerai.
Makanan Terkenal: Bubur Lambuk, Roti John, Putu Bamboo dan Air Tebu.


Bangsar Village
Kelebihan: Di depan Masjid Bangsar dan Food Court.
Makanan Terkenal: Ikan Bakar Portugis, Raja Murtabak, Rojak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Percik, Rojala.


Di Taman Melati pun tidak kurang sambutannya, terdapat lebih 40 gerai yang menghidangkan makanan yang lazat. Jum tengok gambar dibawah : -



Aneka lauk campur





Di bazaar ramadhan Taman Melati ini gerai ini adalah satu-satunya jual lemang sekali gus dengan rendang.


Selamat berbuka saya ucapkan!



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 7-7-2014 03:55 PM
raya jatuh pada bila tt?

kaka dah beli teropong



kaka harap dpt teropong anak bulan tahun ni.

kaka nak buru malam lailatul qadar.

kaka banyak dosa nak topup pahala
Quote Artemesiaa 7-7-2014 04:04 PM
Info berguna
Quote piao 7-7-2014 04:04 PM
CiliPadiSedap posted on 7-7-2014 03:55 PM
raya jatuh pada bila tt?

kaka dah beli teropong

oh tu kena tnya dia ni

[youtube]gn06EMxErzg[/youtube]
Quote piao 7-7-2014 04:08 PM
CiliPadiSedap posted on 7-7-2014 03:55 PM
raya jatuh pada bila tt?

kaka dah beli teropong

[youtube]l8BJ0Zu1wK0[/youtube]
Quote matchstick 7-7-2014 04:45 PM
Dlm pada kita duk sibuk pikir nk beli juadah apa nk buka puasa nt, ada family mkn bubur, goreng pisang dgn air kosong tiap2 hari. Aku duk terpikir ni dr smlm sejak baca thread sebelah psl bdk mati kena pukul ngan bapak sbb mtk nk keja.
Quote anees~nuhara 7-7-2014 05:10 PM
ohhh...tiap2 thn begini
Quote solstice 7-7-2014 05:25 PM
air mata kucing bazar jalan tar aku suka
Tp ada hari sabtu jer
Lokasi tengah2 bazar tu (cabang 4)
Mebi sebab guna air masak (katanya)

*Gerai tu jual air cendol skali
Quote kuchibambam 7-7-2014 06:17 PM
matchstick posted on 7-7-2014 04:45 PM
Dlm pada kita duk sibuk pikir nk beli juadah apa nk buka puasa nt, ada family mkn bubur, goreng pisa ...

kesian budak tu kan.  
Quote azrain98 7-7-2014 06:40 PM


rasa cam kat jepun pulak
Quote dellashrill 8-7-2014 12:48 AM
azrain98 posted on 7-7-2014 06:40 PM
rasa cam kat jepun pulak

Xpernah smpi jepun.. Mcm ni ke?
Quote azrain98 8-7-2014 01:00 AM
dellashrill posted on 8-7-2014 12:48 AM
Xpernah smpi jepun.. Mcm ni ke?

dorang punya celebration scenery dia mcm nih

Quote PongKang 8-7-2014 05:22 AM
yg kat jalan tar n kg baru peniaga2 byk melayu kita ke indon , myanmar?
Quote amyainsamad 8-7-2014 10:29 AM
memilih2 kalo beli lauk/kuih/air kt param..takut keracunan
Quote afie_m 8-7-2014 11:14 AM
slalu klau gi bazar yang paling menarik minat..air2 yang di jual...menarik betul
Quote piao 8-7-2014 11:47 AM
7.jpg
8.jpg
9.jpg
10.jpg
11.jpg
Quote tengokjerrr 8-7-2014 12:53 PM
matchstick posted on 7-7-2014 04:45 PM
Dlm pada kita duk sibuk pikir nk beli juadah apa nk buka puasa nt, ada family mkn bubur, goreng pisa ...

di Malaysia sebenarnya tidak menepati maksud ramadhan itu sendiri ... kalau tgk bulan ramadhan ni, segala jenis makanan melimpah ruah betul2 syurga makanan, promosi makan2 mewah di hotel dsb dan manusia belumba2 memenuhi kehendak nafsu bukan kehendak puasa itu sendiri. Kat situ pun dah hilang sifat kehambaan.

.. sdg yg miskin tetap terbiar miskin. Tetap ada yg kelaparan.

Di sebahagian negara2 bukan di Malaysia, mrk menjamu pelbagai kaum berbuka puasa, tengok budaya berpuasa di sana. gelandangan, fakir miskin dan pelbagai golongan rakyat yg lain berkongsi ruang berbuka puasa dgn makanan yg sama, berkongsi nikmat yg sama kmdn menunaikan solat berjemaah bersama2 setiap hari sepanjang ramadhan.

Kalau di negara luar sana mrk mengamalkan memperbanyakkan membuat kebajikan di sepanjang ramadhan tetapi di Malaysia mempraktikkan pelbagai juadah di pasar2 ramadhan, hotel dsbnya semua nya dlm konsep perniagaan. Apa yg ada di Malaysia lebih kepada keseronokan, hiburan dan keuntungan di dunia semata bukan melihat kpd akhirat yg kekal.
Last edited by tengokjerrr on 8-7-2014 12:55 PM

Quote boyagombak 8-7-2014 01:36 PM
tengokjerrr posted on 8-7-2014 12:53 PM
di Malaysia sebenarnya tidak menepati maksud ramadhan itu sendiri ... kalau tgk bulan ramadhan ni, ...

I LOIKE 100%
Quote epis 9-7-2014 01:46 PM
penat nak g jalan TAR mase ramadhan, serik dah rasenye, huhu..
Quote fifie_olin 9-7-2014 03:30 PM
untung kita ni duduk kat negara yg kaya dgn makanan...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.084749 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top