CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Nasi Bungkus Elak Dicekup Jaipk

9-7-2014 12:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5039| Komen: 22


Seorang pemilik kedai makan ditenangkan orang ramai setelah bertindak memaki hamun penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kerian ketika operasi, semalam.

BAGAN SERAI – Lebih 10 pelanggan sebuah kedai makan di Kuala Kurau, di sini lari lintang pukang sebaik premis itu diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), semalam.

Dalam keadaan kelam kabut itu, ada sebahagian pelanggan tertinggal bungkusan nasi yang dipesan gara-gara mahu mengelak diri daripada dicekup.

Operasi sama turut tegang dengan insiden kecoh apabila salah seorang pekerja kedai makan itu bertindak memaki hamun anggota penguat kuasa Jaipk yang sedang menyoal siasat pemilik.

Operasi bersama  Jaipk dan Pejabat Agama Daerah Kerian (PADK) itu, tertumpu kepada 13 kedai makan hot spot di sekitar Bagan Serai dan Parit Buntar.

Tiada sebarang tangkapan dibuat, namun operasi disertai 15 anggota itu memberi amaran lisan kepada kesemua pemilik premis dan pelanggan beragama Islam yang dikenal pasti membeli makanan secara bungkus.

Penolong Pengarah Jaipk (bahagian penguatkuasaan), Suffian Abdul Latif ketika ditemui berkata, tiada tangkapan dibuat disebabkan peniaga kini lebih cerdik memanipulasi undang-undang yang ditetapkan.

Menurutnya, kaedah menjual makanan secara berbungkus menjadi trend dalam kalangan peniaga kerana mereka menyedari had kuasa Jaipk untuk mengambil tindakan undang-undang hanya tertakluk kepada orang Islam yang memakan, meminum dan menghisap sesuatu serta-merta di tempat awam.

“Dakwaan Jaipk tidak mengeluarkan sebarang notis peniaga Islam di larang menjual makanan dan minuman sebelum jam 3 petang juga tidak benar kerana notis Pekeliling Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992 sudah diedarkan kepada semua peniaga di seluruh Perak pada bulan Mei lalu.

“Di sebalik kecerdikan peniaga mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang, mereka terlupa perbuatan mereka salah di sisi agama kerana bersubahat dengan orang yang sengaja enggan berpuasa,” katanya.

Suffian berkata, meskipun masih ada peniaga Islam yang bersubahat dengan golongan tidak berpuasa, bilangan premis terlibat di daerah Kerian semakin berkurangan berbanding tahun-tahun terdahulu.

“Pihak kami mengenal pasti beberapa premis makanan yang sebelum ini bersubahat, kini tidak lagi membuka perniagaan mereka sebelum jam 3 petang.

“Pemantauan terhadap premis makanan dan minuman yang ingkar arahan Jaipk akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Justeru, Jaipk menasihatkan peniaga jujur dengan perintah agama dan tidak bersubahat dengan golongan tidak berpuasa semata-mata mengaut keuntungan lebih kerana rezeki diterima dikhuatiri tidak berkat,” katanya.

Seorang pemilik kedai makan ketika ditemui berkata, dia terpaksa berniaga pada waktu siang di sepanjang Ramadan kerana keuntungan diperoleh lebih tinggi berbanding tempoh lain.

Menurutnya, dia tidak membenarkan mana-mana pelanggan beragama Islam makan di kedai makannya, namun tidak menolak sekiranya makanan itu dibeli pelanggan secara dibungkus.

“Kami mula niaga jam 10 pagi dan tidak benarkan orang Islam makan di premis kami.

“Cuma kalau mereka minta beli bungkus, saya tidak menolak untuk menjual. Tetapi dosa tak puasa itu depa tanggung sendiri,” katanya sewaktu disoal siasat anggota Jaipk dalam satu serbuan di sebuah kedai makan di Pekan Alor Pongsu, di sini.

Bagaimanapun, alasan pemilik kedai makan terbabit dipertikai salah seorang anggota penguat kuasa Jaipk yang menegaskan perbuatan menjual makanan dan minuman kepada pelanggan beragama Islam yang tidak berpuasa adalah satu tindakan subahat.

“Encik tidak boleh beri alasan dosa depa tanggung sendiri. Encik pun turut dapat dosa sebab bersubahat menggalakkan umat Islam tidak berpuasa,” kata salah seorang anggota penguat kuasa Jaipk kepada pemilik kedai makan terbabit.

10

Bagus
2

Marah
10

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 9-7-2014 12:29 PM
teringat cite buli kot..harun slim bchick marah penguatkuasa serbu disko die.."kata nk tlg melayu berniaga"lol
Quote zacrin 9-7-2014 12:30 PM
ni jenis peniaga sembah duit ni
Quote chinta89 9-7-2014 01:00 PM
semoga penjual tu kaya raya sb hambakan duit blipat ganda subahat dgn org tak puasa..
Quote Kidal.Kasih 9-7-2014 02:10 PM
Kenapa xditangkap kan aje mereka yg menjual dan membeli..naik van jenazah sekali..bg pengajaran pd mereka. Dh kena serbu baru tau maluu plk, dengan manusia malu tp dgn Allah?
Inikah lelaki2 yg ingin kita jadikan Ketua Keluarga/Imam dalam solat kita? Diri sendiri xterpimpin. Kalau ibadah puasa pun xmampu nak laksanakan, bagaimana ya dgn ibadah yg lain??

p/s: kalau xde permintaan tidak akan adalah pengeluaran..sama2 kita muhasabah diri
Quote Cik_Andak 9-7-2014 02:55 PM
Nak kaya cepat diorang ni...tapi tak kaya2 jugak...
Quote dragger 9-7-2014 03:10 PM
bersubahat tu.. adakah peniaga pun tak puasa skali?


Quote azrain98 9-7-2014 03:13 PM
pprt punya perangai...
Quote gula_tebu 9-7-2014 03:14 PM
dah bersalah, berdosa lagi tu, pon lagi nak maki hamun orang. dasar orang takde kesedaran nama je pakai tudung
Quote penari 9-7-2014 03:15 PM
jahil betul org perak...xnak posa
Quote kluangman 9-7-2014 03:16 PM
Kidal.Kasih posted on 9-7-2014 02:10 PM
Kenapa xditangkap kan aje mereka yg menjual dan membeli..naik van jenazah sekali..bg pengajaran pd m ...

Rasanya sebab tiada peruntukan dalam undang-undang syariah.
Undang-undang syariah ialah makan, minum dan merokok di khalayak ramai.
Jadi perkara yang terbaik ialah dengan menasihati peniaga dan pembeli.
Quote prettyuglybabe 9-7-2014 04:10 PM
gula_tebu posted on 9-7-2014 03:14 PM
dah bersalah, berdosa lagi tu, pon lagi nak maki hamun orang. dasar orang takde kesedaran nama je pa ...

setakat bertudung. bukan tutup aurat pun
Quote gula_tebu 9-7-2014 04:19 PM
prettyuglybabe posted on 9-7-2014 04:10 PM
setakat bertudung. bukan tutup aurat pun

kut la ada sedikit kesedaran huhu
Quote Kidal.Kasih 10-7-2014 11:26 AM
kluangman posted on 9-7-2014 03:16 PM
Rasanya sebab tiada peruntukan dalam undang-undang syariah.
Undang-undang syariah ialah makan, mi ...

betul jugak tu, tiada dalan peruntukan undang-undang syariah, tapikan itu kewajipan, kenapa mesti kita melanggarnya.

huurrmm..bila nafsu nak menguasai akal, dan bila iman tiada dalam dada..beginila jadinya.

xpela..jadikan pengajaran bg org2 diluar sana agar menghormati bulan yg mulia ini :-)
Quote kluangman 10-7-2014 11:35 AM
Kidal.Kasih posted on 10-7-2014 11:26 AM
betul jugak tu, tiada dalan peruntukan undang-undang syariah, tapikan itu kewajipan, kenapa mesti  ...

Biasa manusia akan create justification utk langgar undang-undang.
Dlm kes ini justifikasi dia ialah bungkus kepada org yang tak boleh berpuasa contoh sakit, musafir, perempuan dtg haid dan budak kecik.
Lagipun McD boleh je jual pun.

Quote tak_tahu 10-7-2014 11:39 AM
lenkali jgn tangkap bawak ronda dalam van jenazah. boh ateh bumbung van terus.
Quote kenarikelabu 10-7-2014 11:57 AM
AKu tgk org beli bungkus kat kepsi ngn mcD selamba je....takde sape2 check pon kt situ. Line clear. (Aku le tu)
Quote pengimbas 10-7-2014 11:58 AM
Cik_Andak: Nak kaya cepat diorang ni...tapi tak kaya2 jugak...


bukan nak kaya cepat, nak kaya sekejap.... dapat la sekejap tu kaya, nanti tahun depan kena buat lagi...
Quote Kidal.Kasih 10-7-2014 12:21 PM
kluangman posted on 10-7-2014 11:35 AM
Biasa manusia akan create justification utk langgar undang-undang.
Dlm kes ini justifikasi dia ia ...

betul..betul..betul, itu sy sokong

manusia dgn alasan mmg xboleh dipisahkan, tau xpe..McD, KFC, Pizza Hut ada, myb sbb diorg org kg..tetap nk Nasik jgk..hehe

xpela..kita sama2 muhasabah diri, perbaiki yg mana patut, kdg2 kita tergelincir jgk dalam mencari keredhaan Allah ni, perjalanan hidup kita masih panjang..sama2 saling ingat mengingati agar sama2 menuju kita dapat Syurga Allah.. amin :-)
Quote Fieza-mira 10-7-2014 12:55 PM
kluangman posted on 9-7-2014 03:16 PM
Rasanya sebab tiada peruntukan dalam undang-undang syariah.
Undang-undang syariah ialah makan, mi ...

Tapi betul ker diorang makan dikhalayak ramai?? Diorang makan sorok2 kan pun kena tangkap juga.

Tak faham apa yang dimaksudkan undang2 syariah makan dikhalayak ramai. Tengok puak2 JAIP ni pergi terjah tempat2 tersorok mencari orang yang tak puasa.

Aku tengok macam ada kepincangan dalam undang2 syariah kat msia nih. Nak tahu masa zaman Nabi & zaman sahabat ada ker polis syariah macam ni pergi mengendap orang tak puasa dan tangkap??

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051490 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top