CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Perokok Tegar Kantoi Di Bulan Yang Mulia

9-7-2014 03:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7251| Komen: 43

Kantoi merokok di bulan puasa

ROMPIN – Seorang pekerja sebuah bengkel kenderaan di Tanjung Gemok, dekat sini, bertindak melarikan diri ketika diserbu penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Rompin selepas perbuatan menghisap rokok sambil bekerja berjaya dikesan.

Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri ketika dikejar penguat kuasa dari Paid Muadzam Shah dan Pekan dalam Ops Ramadan itu.

Kadi daerah Rompin, Adnan Mamat berkata, seorang penguat kuasa yang cuba menghalang suspek melarikan diri turut dikasari.

“Beberapa penguat kuasa yang membuat intipan awal mengesan suspek yang tidak berpuasa menghisap rokok ketika sedang membaiki kenderaan dan seterusnya serbuan dibuat.

“Suspek melarikan diri setelah menyedari kehadiran penguat kuasa dan lebih mengejutkan apabila suspek bertindak mengasari seorang penguatkuasa yang cuba menghalangnya serta berjaya meloloskan diri,” katanya.

Dalam situasi berasingan di Bandar Kuala Rompin, sebuah kereta jenis Perodua jenis Myvi berwarna Ungu dikesan berada di belakang sebuah restoran dipercayai sedang membeli makanan namun bertindak memecut laju kenderaan selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.





Menurut Adnan, jika suspek berjaya ditangkap dan disabitkan kesalahan boleh didakwa mengikut Undang-undang Negeri Pahang Enakmen Jenayah Syariah 2013 atas kesalahan tidak menghormati Ramadan yang boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya.

Dalam pada itu, beberapa restoran turut diberi amaran keras kerana dikesan mempamerkan makanan seawal jam 11 pagi.

“Ini secara tidak langsung mendatangkan keraguan kerana beroperasi terlalu awal namun ketika serbuan dibuat tiada kelibat pembeli di restoran berkenaan.

“Bagaimanapun, penguat kuasa bertindak mengarahkan peniaga menyimpan semula makanan dan menutup kedai selain memberi amaran keras,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 9-7-2014 12:09 PM
teringat dulu ade yg merokok dlm bas time bulan posa, terus drebar halau turun...

padan muka
Quote zacrin 9-7-2014 12:46 PM
payah la kalo jenis xpuasa sebab xtahan rokok ni
Quote cammie1711 9-7-2014 01:14 PM
Husband aku salah sorg perokok tegar
aman-aman je puasa...
Yang penting jgn carik pasal, kalu tak konpem naik angin
tak dapat merokok otak jadi wengggg sket
Quote Al-Patih 9-7-2014 01:20 PM
berkerja keras pegawai PAID.....
Quote salimrock 9-7-2014 01:25 PM
esok2 kalo 27-28 Ramadhan aku nak balik kg...aku nak musafir...kalo tak posa kena tangkap gak ke?
Quote jengkoil 9-7-2014 01:29 PM
cammie1711 posted on 9-7-2014 01:14 PM
Husband aku salah sorg perokok tegar
aman-aman je puasa...
Yang penting jgn carik pasal, kalu tak  ...

Mungkin perkara yg sama berlaku kat kawan aku...
tapi dia pikir sebab kekurangan air..
tu yg hangin satu badan...anak...bini..even bos pun bleh kena maki nga dia time pose...
Quote jengkoil 9-7-2014 01:34 PM
salimrock posted on 9-7-2014 01:25 PM
esok2 kalo 27-28 Ramadhan aku nak balik kg...aku nak musafir...kalo tak posa kena tangkap gak ke?

Teringat pengalaman kawan aku time musafir...
time berenti kat kedai runcit kat pekan, buat buat tanya "ni kat mana ni? "...

Malu malu nak beli stok makanan ...rokok...
nak tunjuk yg dia tgh musafir laa teww.

gua kontoniu je pose gua..tapi paling goyang skali time membe gua gigit buah pear dalam keta...sound juicy gile time tu...
malam bila dah sampai kat umah. gua tak puas ati...terus gi beli buah pear yg paling besar kat supermarket. ..
Quote cammie1711 9-7-2014 01:35 PM
jengkoil posted on 9-7-2014 01:29 PM
Mungkin perkara yg sama berlaku kat kawan aku...
tapi dia pikir sebab kekurangan air..
tu yg han ...

takde makna kurang air..
tu pasal kurang oksigen kt otak sbb x dapat sedut sepam dua...
cer tgok kalau lepas buka posa, segar bugar terus


Quote jengkoil 9-7-2014 01:38 PM
cammie1711 posted on 9-7-2014 01:35 PM
takde makna kurang air..
tu pasal kurang oksigen kt otak sbb x dapat sedut sepam dua...
cer t ...

Huhuhu....mungkin laa... org kalo ketagih memang lain mcm... uhuhuhu...
Quote salimrock 9-7-2014 01:39 PM
jengkoil posted on 9-7-2014 01:34 PM
Teringat pengalaman kawan aku time musafir...
time berenti kat kedai runcit kat pekan, buat buat  ...

tp aku rasa jabatan agama bg kelonggaran time2 akhir ramadhan...lebih2 yg musafir..tp penah 1 masa diorang saja je ambush stesen bas jalan ipoh, kat situ kan ramai drebar bas, dah tentu diorang musafir...
Quote HaifaHanna 9-7-2014 01:44 PM
cammie1711 posted on 9-7-2014 01:14 PM
Husband aku salah sorg perokok tegar
aman-aman je puasa...
Yang penting jgn carik pasal, kalu tak  ...

Same la hubby kami...



Nk ckp kne lembut gittuw...
Lg pulak kami kerja 1 tempat..
Nk suro die buat satu-satu benda, mlm dh bgtau, dh siapkan jadual die...
Tp kdg-kdg kesian jugak, tgh pns, kerja kasar..angkat berat...tghari biase half an hour je tdo, skang dh jadik 2 jam..


Quote jengkoil 9-7-2014 01:47 PM
salimrock posted on 9-7-2014 01:39 PM
tp aku rasa jabatan agama bg kelonggaran time2 akhir ramadhan...lebih2 yg musafir..tp penah 1 masa ...

Mungkin istilah musafir zaman moden ni bila berada dlm kenderaan...bleh isap rokok, minum air kat dlm keta..

zaman nabi, sahabat mungkin xde sape nak tangkap kalo para musafir brenti kat kebun tamar...hampar tikar dan menikmati ruksah puasa..

tapi kalo compare musafir naik unta tgh panas pdg pasir nga naik keta aircond full blast..baik kontiniu je pose tu...buat penat nak ganti je...
Quote cammie1711 9-7-2014 01:52 PM
HaifaHanna posted on 9-7-2014 01:44 PM
Same la hubby kami...

Khenn... dorg ni mmg sgt2 sensitif time bulan posa
bertabah la kita ye...
mudahan lepas ni tergerak hati dorg nak berenti merokok kan..
Quote FanTasyCreaTioN 9-7-2014 01:53 PM
jengkoil posted on 9-7-2014 01:34 PM
Teringat pengalaman kawan aku time musafir...
time berenti kat kedai runcit kat pekan, buat buat  ...

hhahaha punya la dendam tu

Quote FanTasyCreaTioN 9-7-2014 01:54 PM
cammie1711 posted on 9-7-2014 01:35 PM
takde makna kurang air..
tu pasal kurang oksigen kt otak sbb x dapat sedut sepam dua...
cer t ...

setuju..
sebab ramai ja kengkawan lelaki yang merokok ngaku ..
bila berbuka ..
rokok dulu d capai

Quote FanTasyCreaTioN 9-7-2014 01:55 PM
salimrock posted on 9-7-2014 01:39 PM
tp aku rasa jabatan agama bg kelonggaran time2 akhir ramadhan...lebih2 yg musafir..tp penah 1 masa ...

hahahha abang Salim
banyak la alasan semata2 nak merokok

Quote jengkoil 9-7-2014 01:58 PM
FanTasyCreaTioN posted on 9-7-2014 01:53 PM
hhahaha punya la dendam tu

Sampai skrg aku terbayang mcm mana kwn aku tu menganjing..
depan muka aku dia gigit buah pear tu..
dgn bunyi ranggup..air terpercik dari buah tu time dia gigit (tak tau kalo air liur dia)..
dah laa tgh hari panas time tu...keta plak aircond x sejuk. ..

tuhan saja yg tau
Quote FanTasyCreaTioN 9-7-2014 02:03 PM
jengkoil posted on 9-7-2014 01:58 PM
Sampai skrg aku terbayang mcm mana kwn aku tu menganjing..
depan muka aku dia gigit buah pear tu. ...

air liur dier tu ..
caya lah
air liur auto akan terpercik ..kalo yang nak d suap tu sodap mengikut situasi keadaan..
panas ke ...
masam ke ..
perghhh!~

nasib baik dia tak santai2 makan limau kasturi d sumbat asam boi



mau kena bunuh on the spot ha

Quote jengkoil 9-7-2014 02:20 PM
FanTasyCreaTioN posted on 9-7-2014 02:03 PM
air liur dier tu ..
caya lah
air liur auto akan terpercik ..kalo yang nak d suap tu sod ...

Mula mula aku xpaham apa cite asam boi nga limau kasturi ni...

nasib ada kwn aku ni tlg explain...kawan yg sama alasan hangin satu badan sebab xcukup air hahahhaaa...pdhal xleh isap rokok. ..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.189851 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top