CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Diplomat Yang Gila Sex Mahu Rogol Wanita Warga New Zealand

10-7-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26375| Komen: 75

 Inilah wanita yg diserang secara seksual diplomat Malaysia di New Zealand



KUALA LUMPUR: Wanita warga New Zealand yang dikatakan mangsa kes serangan seksual melibatkan seorang diplomat Malaysia mendedahkan dirinya kepada umum dan meluahkan kekecewaan terhadap cara kerajaan New Zealand menangani kes tersebut.

Dalam satu temu ramah rancangan television TV3 3RD Degree, Tania Rose Billingsley, 21, berkata beliau marah terhadap tindakan kerajaannya membenarkan tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail, 38, untuk pulang ke Malaysia.

Billingsley juga mendesak Menteri Luar Murray McCully untuk letak jawatan atas kegagalannya untuk mengendalikan kes tersebut dengan baik.

“Saya mahu dia memohon maaf kerana ketidak cekapannya dalam mengendalikan situasi ini.”

“Dia asyik cuba menyalahkan dan meletakkan tanggungjawab ini ke atas pihak lain. Saya berpendapat dia tidak cuba untuk menangani isu ini. Dia patut letak jawatan.”

Pada 9 Mei, Rizalman, yang merupakan Pegawai Waran II yang ditugaskan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, didakwa mengekori Billingsley dari perhentian bas ke rumahnya di Brooklyn.

Dia dituduh memecah masuk rumah Billingsley dan cuba menanggalkan pakaiannya. Wanita itu melawan sebelum dibantu jirannya.

Rizalman, yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, ditahan oleh polis New Zealand dan dihadapkan ke mahkamah pada 10 Mei atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat merogol.

Bagaimanapun, Rizalman diberi kebenaran oleh Wellington untuk kembali ke tanah air dengan keluarganya pada 22 Mei setelah memohon kekebalan diplomatik.

Billingsley berkata dia kecewa kerana tidak diberitahu tertuduh diberi kebenaran untuk meninggalkan New Zealand.

“Saya cuma dapat tahu dia akan meninggalkan negara ini pada hari dia berlepas. Pihak polis amat membantu untuk memastikan saya dimaklumkan atas perkembangan kes tersebut, tetapi mereka juga tidak tahu apa yang boleh dikatakan dalam hal ini.”

“Saya amat kecewa dan marah kerana sejak mula lagi, saya menyatakan hasrat untuk mahu tertuduh dibicarakan di New Zealand.”

Billingsley berkata dia mengambil keputusan untuk tampil ke hadapan untuk bercakap tentang kes ini kerana mahu isu keganasan seksual di negaranya diberi perhatian dan ditangani dengan lebih baik.

“ Saya berhadap dengan penampilan umum ini, saya meletakkan satu wajah kepada mangsa dan saya akan dapat membantu menangani isu-isu berkaitan keganasan seksual di negara ini.”

" Kerana hakikatnya, keganasan seksual yang berleluasa dalam masyarakat kita menjadi bukti bahawa kerajaan masih belum menangani isu dengan usaha mencukupi,” katanya.

Rizalman, yang telah menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Mizan Tuanku di Kuala Lumpur, dijangka akan kembali ke New Zealand untuk menghadapi perbicaraan.

Menurut sumber The New Zealand Herald di hospital tersebut, situasi Rizalman kini kelihatan murung dan banyak menyisihkan diri.

Sumber itu turut menyatakan, sejak Rizalman dimasukkan ke wad sejak Selasa, individu itu dilihat tidak cukup sihat untuk diterbangkan semula ke Wellington dan mungkin memerlukan penilaian psikiatri lanjut, kata akhbar itu pada edisi Ahad, Herald on Sunday.

Akhbar itu berkata, keputusan sama ada Rizalman sihat atau tidak untuk dibicarakan bergantung kepada kerajaan Malaysia.

20

Bagus
15

Marah
14

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kekure 10-7-2014 05:59 AM
Masa nak merogol tak murung pulak.
Ingat mat saleh ni senang nak makan,boleh suka hati nak rogol..
Orang kalut nak raya,hang kalut nak kena bicara kes merogol..
Quote ultra78 10-7-2014 06:00 AM
Abang askar tewas ketika bergelut dengan perempuan berumur 21 tahun

Layaklah dihukum berat.

Quote dani-rox 10-7-2014 06:04 AM
nak plead insanity letteww, untung2 hukuman bole diringankan...
hishh... terbayang2 gambar muka miang dia kat thread satu lg
Quote peYno 10-7-2014 06:04 AM
melayu ni... sampai kat oberc kerja nak merogol

silapla nak merogol kat oberc... kat mesia boleh la.. kat mesia biasanya ppuan yg akan dipersalahkan oleh masyarakat melayu caprut...
Quote mak_wa95 10-7-2014 06:07 AM
mau nya xmurung..

dah kena tangkap dan nak dibicarakan..

kalau xkena tangkap sakan lagi bermaharajalela..

perogol harap dihukum sewajarnya..pecah rumah lagi..
Quote sueism 10-7-2014 06:08 AM
bagus betul diplomat malaysia nie kan kembang nama malaysia
memang bangga kan dapat diplomat macam tu ?
sex dan malaysia pisah tiada
Quote SissySembah 10-7-2014 06:09 AM
biasalah ummah saracen melayu caprut ini,
berangan sahaja nak kokesen, hatta pensel 2B sahaja.

kemudian cuba memperdaya kita dengan perkataan katanya beliau hebat di atas katil,
sedangkan apa yang akak pandang hanya zakar beliau bukannya cara beliau lompat di atas katil spring.
Quote magpie5672 10-7-2014 06:09 AM
The case sounds fishy...
Quote magpie5672 10-7-2014 06:09 AM
Ops the case smells fishy...
Quote SiMontel 10-7-2014 07:27 AM
hantar je la balik new zealand..dah miang sgt nak merogol kan...

ni..dok hospital nak buat test and claim..dia gila lah? cesss tak guna punya manusia
Quote zafira 10-7-2014 07:34 AM
kekure posted on 10-7-2014 05:59 AM
Masa nak merogol tak murung pulak.
Ingat mat saleh ni senang nak makan,boleh suka hati nak rogol.. ...

betul tu... ini mesti berlakon murung konon.... ptuiiii... nyampah aku dgn orang2 macam ni.... x layak dibela... sampah betul
Quote nurul_akmar 10-7-2014 07:36 AM
haih.. memalukan negara je.
Quote khairina07 10-7-2014 07:46 AM
Xpyh nk buat ujian mental lt die...ni nafsu punya pasal...hadoiii...die buat giler..murung bole lari dr kes ker...buat malu jer...xpasal2 org tuduh mat tiarap ni gatai...tp mmmg gatai pun haha pntang tgk perempuan...
Quote brownstone 10-7-2014 07:51 AM
Syukurlah kat NZ x de hudod....kalau x, ko dah bole kene hukum bunuh kot...ehhh kalau rogol kapiaq, hudod ka ta'zir?
Quote LUNCH 10-7-2014 07:53 AM
brownstone posted on 10-7-2014 07:51 AM
Syukurlah kat NZ x de hudod....kalau x, ko dah bole kene hukum bunuh kot...ehhh kalau rogol kapiaq,  ...

Kalau cukup saksi dia Islam dah kawin mesti kena baling batu hingga mati lah.
Quote kazaraf 10-7-2014 08:10 AM
magpie5672 posted on 10-7-2014 06:09 AM
Ops the case smells fishy...

terangkan lebih lanjut.

Quote zacrin 10-7-2014 08:15 AM
elok ptong je punai dia lepas tu bg dia makan
Quote cegitu 10-7-2014 08:20 AM
Murung?..Mcm dia pulak yg nak kena rogol...
Quote annehuda 10-7-2014 08:23 AM
dah ade la uols thread semcm ni. tp versi BI la. tak ingat tajuk ape. siap letak pesbuk tertuduh lg tu

cc to @NIXAR @Muntz @perang_sivil

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.070626 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top