Tiket bas banyak habis dijual KUANTAN – Tiket bas ke destinasi utara dan Kelantan adalah antara paling laris dijual di kaunter tiket Terminal Sentral Kuantan di sini malah habis dijual seminggu sebelum Ramadan. Petugas di kaunter Ekspress Perdana, Nurul Asma Fudaili berkata, selain tiket di dua lokasi itu, tiket ke beberapa negeri lain termasuk Johor dan Negeri Sembilan juga turut mendapat sambutan orang ramai. Menurutnya, setiap tahun, tiket ke Kelantan dan Utara menjadi rebutan pelanggan dan habis sebelum Ramadan. “Untuk tarikh 23 hingga 27 Julai, tiket di kaunter kami sudah habis dijual. Jika ada yang mahu pulang ke kampung juga, tiket pada tarikh lain masih boleh didapati di sini. Nurul Asma berkata, buat masa ini, mereka belum dimaklumkan mengenai perkhidmatan bas tambahan untuk ke destinasi di Utara dan Pantai Timur. Katanya, kebiasaannya pengumuman akan dibuat beberapa hari sebelum raya bagi membolehkan pelanggan yang mahu pulang beraya di kampung dapat membeli tiket. “Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) selalunya mendapatkan tiket lebih awal iaitu sebelum Ramadan kerana bimbang tiada tiket di saat akhir,” katanya. Bagi penumpang bas ekspres, Mohd Husaini Abdullah, 21, berkata, dia lebih selesa membeli tiket awal kerana tidak mahu mengambil risiko beraya di perantauan jika terlewat berbuat demikian. Katanya, pengalaman pulang ke Kelantan dengan menunggang motosikal akibat ketiadaan tiket menyebabkannya lebih peka dengan pengumuman jualan tiket bas sempena hari raya. “Saya kerap mengunjungi terminal bas apabila menjelang Ramadan sejak dua tahun lalu bagi mendapat maklumat mengenai penjualan tiket ke Kelantan kerana tidak mahu menerima nasib sama,” katanya. Sementara itu, penyelia bas, Rosli Ali berkata, kebanyakan tiket ke lokasi seperti Utara, Kelantan, Johor Bharu dan Terengganu antara yang paling awal habis ketika musim perayaan. Nurul Asma menunjukkan notis pemberitahuan jualan tiket habis di kaunter Bas Ekspress Perdana di Terminal Sentral Kuantan di sini, semalam. Beliau yang berpengalaman sejak 30 tahun lalu berkata, penumpang dinasihatkan datang awal setengah jam sebelum bas bertolak bagi mengelakkan mereka ketinggalan bas. “Banyak faktor yang boleh menyebabkan penumpang ketinggalan bas. Oleh itu, mereka dinasihatkan berada setengah lebih awal sebelum bas berlepas kerana pemandu tidak akan menunggu kerana kekangan masa,” katanya. Rosli berkata, berdasarkan pengalamannya banyak perkara boleh berlaku ketika bas bertolak termasuk kelewatan penumpang tiba di terminal akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
|
9
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT