CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khubah Masjid Terbang - Gambar!

10-7-2014 10:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4913| Komen: 12

Ribut landa Pohon Tanjung

RANTAU PANJANG – Sekurang-kurangnya 20 rumah penduduk di Kampung Kedai Pohon Tanjong, di sini, dan bangunan kerajaan rosak teruk akibat ribut petir yang melanda pada jam 6.30 petang kelmarin.

Selain itu, kedai, sekolah rendah dan masjid turut mengalami kerosakan pada bahagian bumbung, manakala dewan terbuka milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) ranap serta menghempap dua kenderaan yang diletakkan di kawasan itu.

Pengurus Besar PPK Alor Mas, Muhamad Azmi Che Jusof berkata, lori lima tan dan kereta Proton Saga kepunyaan Ahli Lembaga Pengarah PPK Alor Mas rosak teruk selepas dihempap tiang dewan berkenaan.




"Ini kali pertama dewan terbuka berusia lebih 25 tahun dan berasaskan kayu mengalami kerosakan teruk. Kerugian dianggarkan sebanyak RM150, 000, tidak termasuk kerosakan kereta dan lori," katanya.

Menurut Muhammad Azmi, dewan yang mencapai ketinggian lebih lima meter, lebar 30 meter dan panjang 50 meter itu digunakan untuk majlis PPK bersama petani.

"Kerja mengalihkan kenderaan di bawah runtuhan serta membaiki bumbung surau, pejabat, stor baja dan kuarters PPK akan dilakukan segera. Kos baiki bangunan dianggarkan lebih RM20,000," katanya.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Mukim Pohon Tanjong, Muhamad Mad Yusof berkata, kejadian turut menyebabkan kubah masjid berkenaan tercabut, manakala siling dan dinding masjid rosak menyebabkan air membanjiri ruang solat Muslimin dan Muslimat.

"Kos bina semula kubah masjid  dianggarkan bernilai RM12,000," katanya.

Penduduk, Che Ismail Che Abdullah, 81 berkata, dia sedang membaca surah Yasin di beranda rumah sementara mengunggu waktu berbuka puasa ketika kejadian berlaku dan mengejutkan dia serta isterinya, Fatimah Ishak, 76.

"Kami dengar dentuman kuat dari belakang rumah dan cuba lihat apa yang berlaku. Namun hujan terlalu lebat dan menyukarkan kami melihat keadaan di luar rumah.

"Sejurus selepas itu kami dapati bumbung rumah dibawa angin. Nasib baik bumbung dan siling rumah tidak runtuh," katanya.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 9-7-2014 11:35 AM
Ni rantau panjang kelantan ke rantau panjang klang sgor?

Berita kelantan mengguguli carta hari ni...
selain brazil kena lauk pagi td..
Quote itik_kuning 9-7-2014 11:47 AM
pohon tanjung tu kat pasir mas la bukan rantau panjang
Quote asher 9-7-2014 11:48 AM
itik_kuning posted on 9-7-2014 11:47 AM
pohon tanjung tu kat pasir mas la bukan rantau panjang

stendet la wartawan msia...main report jer xda cek btoi2..ikut sedap diorng jer
Quote Modngengade 9-7-2014 11:49 AM
mak aii..habis tercabut kubah
Quote MatDeghem 9-7-2014 11:51 AM
Kubah macam daun pisang kering je
Quote supernaturalee 9-7-2014 11:57 AM
karat sgt dh tu
die suruh tukar baru tu sbnrnya
Quote amon_79 9-7-2014 12:53 PM
wartawan skrg ni mcm xder kredibiliti jer... auta lebih byk dr fakta...main petik jer
Quote Cik_Andak 9-7-2014 02:10 PM
Ni sbb dari taufan jepun tu ke???
Quote airfilterkotor 9-7-2014 04:40 PM
Ingatkan berita indon tadi.
Quote LUNCH 9-7-2014 04:49 PM
Ni kalau terjadi kepada agama lain musti ada suara suara halus berkata "belum sedar lagi tuhan dah tunjukkan"
Quote liyanur 9-7-2014 04:50 PM
pun sama ingat kat indon yg airtu apa ntah yg terbang....
Quote sigila 9-7-2014 04:55 PM
Peluang duit buat kontraktor

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039110 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top