CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Azwan Ali Dedah Dibayar Ribuan Ringgit Hanya Untuk Job Memaki Hamun

11-7-2014 03:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16984| Komen: 117


Asal sebut saja nama beliau, pasti ramai yang rasa meluat dan menyampah mendengarnya. Manakan tidak, semua orang tahu yang selebriti bernama Azwan Ali. terkenal dengan jolokan mulut laser, lancang dan tak habis-habis bikin kontroversi. Tak kurang juga dilabel sebagai suka mencari publisiti... murahan.

Setiap kali Azwan Ali mengundang atau menimbulkan kontroversi, beliau pasti akan diselar dan dilemparkan dengan pelbagai tohmahan oleh masyarakat yang muak dengan kelakuannya. Namun dalam pada ramai yang membenci beliau, figura berusia 47 tahun ini masih mampu meneruskan hidup sebagai artis.

Biarpun pernah namanya seakan sepi dan agak lama tidak muncul di kaca televisyen, tetapi kata Azwan Ali, dia tidak pernah putus rezeki.


"Sudah 25 tahun saya jadi artis. Allah itu Maha Mengatur semuanya. Saya pernah naik, saya pernah jatuh. Tapi disaat sy jatuh, saya tak terduduk. Orang saja anggap yang saya terduduk. Saya tahu pada ketika itu, musuh-musuh saya semua bertepuk tangan.

"Tapi hakikatnya orang tak tahu yang rezeki saya tidak pernah putus. Bila agak lama saya tidak muncul di mana-mana program TV, orang bertanya pada saya, "Kau dah lama tak keluar tv. takde job eh, kau buat apa? Memang itu soalan yang berbisa untuk saya telan.

"Saya akui saya memang pernah tidak dapat apa-apa tawaran. Tapi Allah Maha Kaya. Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para peserta MasterChef Selebrti untuk musim dua tahun lepas. Untuk job itu saja, saya dibayar ribuan ringgit.

"Pihak Astro siap bagi saya Astro On The Go lagi. Saya tak perlu susah-susah nak ke Astro, nak keluar TV. Saya duduk rumah jer, duit masuk. Malah program-program saya seperti Sembang Teh Tarik mendapat rating yang tinggi.

"Jadi saya tak kisah, kalau orang tak suka, benci dan menyampah dengan saya, saya tak peduli semua itu", katanya ketika ditemui pada Sidan Media Program-program Astro

Sempena Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bertempat di hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, malam tadi.

Sementara itu diminta mengulas mengenai kenyataannya yang menghina juadah di bazaar Ramadan hingga mencetuskan kontroversi, Azwan Ali berkata, makiannya itu bukan ditujukan kepada semua bazaar Ramadan yang ada tetapi kepada satu saja kawasan kerana terlalu marah dan berasa tidak puas hati apabila kuah murtabak yang di beli di sebuah bazaar didapati telah basi.

Menerusi laman Twitternya Azwan telah menulis dengan berbunyi, "juadah yang dibelinya di bazaar ramadan most rasa macam sampah".

Hinaan itu, telah membangkitkan kemarahan dikalangan para perniaga bazaar. Malah telah diugut oleh para peniaga bazaar yang menyatakan mereka mahu mencincang beliau hidup-hidup sekiranya beliau menjejakkan kaki ke mana-mana bazaar sekalipun.

"Saya tak tujukan pada semua bazaar, saya tulis kebanyakan. Dan walaupun saya diugut, kononnya mereka (para peniaga bazaar) mahu cincang saya hidup-hidup, saya tak takut.

Pada Sabtu ini saya akan menyertai TV9 memeriakan bazaar ramadan di Aeon Melaka.

"Saya akui sikap saya yang terlalu lancang di media sosial banyak memberi pengajaran kepada saya. Seperkara yangg saya belajar, masyarakat kita di tak boleh ditegur secara direct.

"Sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua. Tapi kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan saya, tak mengapalah. Selama ini apa saja tindak tanduk saya terutama di laman sosial hanyalah kerana mau mempertahankan kenyataan saya", katanya.

Dalam perkembangan lain, Azwan Ali memaklumkan beliau akan berangkat ke Mekahh bagi menunaikan ibadah umrah pada 21 Julai ini. Ia merupakan umrah kali ke-7 beliau.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jula7 10-7-2014 09:09 AM
alahai..kira lakonan le masa masterchef tu?
Quote jula7 10-7-2014 09:10 AM
kira drama ke hidup mu selama ni ajwan oi?
Quote lululun 10-7-2014 09:13 AM
bosan lah tengok dia ni. sila la pergi ke mana2 yang aku tak nampak.
Quote CrowneGlory 10-7-2014 09:15 AM
Walau dia lancang aku ttp trhibur kalau dia ada kat mana2 rcgan...
Quote cloudy_83 10-7-2014 09:15 AM
posing muka camtu teringat kat austin power
Quote tricomonas 10-7-2014 09:15 AM
maki maki orang pun dia dah nak pi umrah kali ke 7..korang mampu??????
Quote MsCinderella 10-7-2014 09:17 AM
"Saya akui sikap saya yang terlalu lancang di media sosial banyak memberi pengajaran kepada saya. Seperkara yangg saya belajar, masyarakat kita di tak boleh ditegur secara direct.

brapa kali nak belajar la azwan oiii...asal ada org hentam saja menyesal2...pastu p Umrah...
Quote kentel 10-7-2014 09:18 AM
tricomonas posted on 10-7-2014 09:15 AM
maki maki orang pun dia dah nak pi umrah kali ke 7..korang mampu??????

tertanya-tanya..
Quote cloudy_83 10-7-2014 09:19 AM




Quote azie.dz 10-7-2014 09:19 AM
tadak tulis pon..di bayar tuk maki...ekekeke

ke ai yg tak reti read between the lines kali ni keh keh
Quote kentel 10-7-2014 09:21 AM
"Saya akui sikap saya yang terlalu lancang di media sosial banyak memberi pengajaran kepada saya. Seperkara yangg saya belajar, masyarakat kita di tak boleh ditegur secara direct.

SEDAR PUN LANCANG...TAPI TAKNAK PLAK TAUBAT...DEQ, SBB MULUT TU PUN BOLEH TENTUKAN KITA NI AHLI SYURGA KE NERAKA
...kata orang lah...
Last edited by teky on 11-7-2014 09:20 AM

Quote tucenmeow 10-7-2014 09:25 AM
azie.dz posted on 10-7-2014 09:19 AM
tadak tulis pon..di bayar tuk maki...ekekeke

ke ai yg tak reti read between the lines kali ni keh ...

adalah tulis u...cer baca btul2...astro byr utk mastercheo selebriti...
Quote reenz013 10-7-2014 09:25 AM
maki hamun org pun dpt bayaran ek...
Quote tomet05 10-7-2014 09:26 AM
cakap macam pakai lutut kan
Quote amyainsamad 10-7-2014 09:28 AM
diva AA maki hamun org dulu 1,2 ari nk raya, dia akan bedrama airmata mtk ampun bagai
Quote seri_mawr 10-7-2014 09:28 AM
azie.dz posted on 10-7-2014 09:19 AM
tadak tulis pon..di bayar tuk maki...ekekeke

ke ai yg tak reti read between the lines kali ni keh ...

"Saya akui saya memang pernah tidak dapat apa-apa tawaran. Tapi Allah Maha Kaya. Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para peserta MasterChef Selebrti untuk musim dua tahun lepas. Untuk job itu saja, saya dibayar ribuan ringgit."

ni ha...dia di bayar ribuan ringgit..
Quote chekshu 10-7-2014 09:29 AM
kesian - ada pelajaran tapi tak de otak
sanggup hilang maruah diri - harga diri hanya kerana duit....

Quote cikatilia 10-7-2014 09:33 AM
MsCinderella posted on 10-7-2014 09:17 AM
"Saya akui sikap saya yang terlalu lancang di media sosial banyak memberi pengajaran kepada saya. Se ...

masyarakat kita di tak boleh ditegur secara direct

dia direct ke indirect ke langsung xleh tegur
trus mencerca meneraka
then lagak victim pastu gi umrah pusing balik


Quote Yoongie 10-7-2014 09:35 AM
ada jugak pekerjaan ni jangan nanti ada pulak job ni kat jobstreet / jobmalaysia udah la ye

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.240251 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top