CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dengan Islam, Hati Saya Tenang'

14-7-2014 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5624| Komen: 27



KUALA NERUS – Seorang lelaki berbangsa Cina akhirnya menerima hidayah untuk memeluk Islam dan mengakui kini hatinya lebih tenang.

Menurut lelaki Cina itu, Hassan Abdullah, 48, pencariannya selama ini akhirnya menemui jalan penamat.

Malah kata Hassan, keluarganya juga tidak menghalang sebaik sahaja dia memaklumkan hasrat untuk memeluk Islam.

“Selepas buat keputusan untuk memeluk Islam kira-kira sebulan lalu, hati saya lebih tenang dan pencarian saya selama ini akhirnya menemui jalan penamat.

“Keluarga dapat menerimanya dengan baik kerana sebelum ini, ada ahli keluarga yang sudah bergelar mualaf,” katanya yang berasal dari Negeri Sembilan.

Hassan juga nyata teruja dan gembira menjalani ibadat puasa buat pertama kali dalam hidupnya, dan bertekad untuk berpuasa penuh walaupun pada permulaannya mengalami masalah kesihatan.

“Pada awal puasa, badan saya tak sihat, namun selepas beberapa hari, keadaan bertambah baik. Saya begitu seronok kerana berpuasa dengan rakan dan berbuka beramai-ramai.

“Alhamdulillah, rakan juga banyak beri bantuan dan sokongan, selain turut menerima pelbagai sumbangan sebagai orang baharu atau mualaf ini,” katanya.

Hassan juga mengakui tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri buat pertama kali dalam hidupnya, namun setakat ini belum membuat sebarang persiapan kerana masih terlalu awal.

“Saya mungkin akan mencari baju Melayu untuk menyambut Aidilfitri nanti dan sejujurnya, saya sangat teruja menanti kedatangan hari kebesaran untuk seluruh umat Islam itu nanti,” katanya yang sudah lima tahun berhijrah ke Terengganu.

4

Bagus
2

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 11-7-2014 02:56 PM
x pyh cari baju melayu, pkai baju cina pun ok...masuk islam, bkn masuk melayu oi...
Quote xtahumenahu 11-7-2014 02:58 PM
sape kata kawan felixia nih




semoga istiqamah adam
Quote orenmango 11-7-2014 03:05 PM
xtahumenahu posted on 11-7-2014 02:58 PM
sape kata kawan felixia nih

Adam mana lak ni?
Quote berun 11-7-2014 03:07 PM
xtahumenahu posted on 11-7-2014 02:58 PM
sape kata kawan felixia nih

ye la tu kan apek kira kwan la. kalu dia india aku ckp la kwn ambiga
Quote xtahumenahu 11-7-2014 03:20 PM
orenmango posted on 11-7-2014 03:05 PM
Adam mana lak ni?

eh..hassan....

pose...biase laaa
Quote ice_sky92 11-7-2014 03:22 PM
Alhamdulillah...
Quote budaktua 11-7-2014 03:40 PM
mana 1 si asan ni dlm gambo..?

Quote amyainsamad 11-7-2014 03:40 PM
tajuk xmenahan......nk jgk pai nama raisyyah rania yeap
Quote kambeng_masam 11-7-2014 03:59 PM
bluehedgehog posted on 11-7-2014 09:56 AM
x pyh cari baju melayu, pkai baju cina pun ok...masuk islam, bkn masuk melayu oi...

kira okay lagilah dia nak cari baju malayu....kalau dia cakap nak cari jubah saudi style....lagi hebat!

anyways, alhamdulillah beliau dikurniakan hidayah. Harapnya dia masuk islam bukan kerana felixia masuk islam.
Quote nolya 11-7-2014 04:04 PM
bluehedgehog posted on 11-7-2014 02:56 PM
x pyh cari baju melayu, pkai baju cina pun ok...masuk islam, bkn masuk melayu oi...

Jgn terlalu terasa hati. dia nak pakai baju melayu pun tak jadi masalah, sekadar nak rasa aura aidilfitri dlm masyarakat bangsa melayu. Takkan tak boleh.  Satu ketika dulu, keluarga Melayu yg ada anak angkat pelajar warga negara asing (pertukaran pelajar) memakaikan anak angkat mereka baju melayu semasa aidilfitri tak adelah pun sampai mencemar martabat melayu.  No harm done actually.
Quote znuyul 11-7-2014 04:10 PM
alhamdulillah
Quote bluehedgehog 11-7-2014 04:37 PM
nolya posted on 11-7-2014 04:04 PM
Jgn terlalu terasa hati. dia nak pakai baju melayu pun tak jadi masalah, sekadar nak rasa aura aid ...

memang ok pun. sekadar lawak je...
Quote bluehedgehog 11-7-2014 04:38 PM
kambeng_masam posted on 11-7-2014 03:59 PM
kira okay lagilah dia nak cari baju malayu....kalau dia cakap nak cari jubah saudi style....lagi h ...

tiada masalah pun, sekadar lawak
Quote julia5094 11-7-2014 04:39 PM
bluehedgehog posted on 11-7-2014 02:56 PM
x pyh cari baju melayu, pkai baju cina pun ok...masuk islam, bkn masuk melayu oi...

Dia pun nak beraya jugak..hi..hi..
Quote jojo67 11-7-2014 04:44 PM
kalu ikut umuq dia ni mesti dh berkahwin kan???....bini ngan anak2 x memeluk agama islam gak ka.....ni cuma tanya ja tauuu...
Quote Nape?Tak caye? 11-7-2014 04:46 PM
bukan acong ni kah?
Quote spiderman80 11-7-2014 08:42 PM
Takut lepas beliau memakai baju Melayu, beliau terpanggil untuk menjadi Riduan Tee kedua.
Quote BumpIQ 12-7-2014 04:13 AM
syukur alhamdulillah
Quote jengkoil 12-7-2014 04:21 AM
Untuk rekod:

Kat singapore, baju melayu adalah dipanggil baju kurung..ini tada kaitan dgn LGBT ..

Jiran akrab spore iaitu johor jua panggil baju melayu melayu sbg baju kurung...tapi x pasti ini refer kat baju melayu teluk belanga atau cekak muse skali...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.041790 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top