CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Remaja Turki Wanita Tertinggi Dunia

14-7-2014 01:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7938| Komen: 21



SAFRANBOLU, Turki - Seorang remaja di sini diiktiraf sebagai wanita paling tinggi di dunia oleh Guinness World Records dengan memiliki ketinggian 213.6 sentimeter (sm), lapor portal berita MailOnline semalam.

Remaja berusia 17 tahun itu, Rumeysa Gelgi turut menghidap sindrom weaver yang menyebabkan tubuhnya menjadi besar.

"Saya gembira menjadi seseorang yang berbeza daripada orang lain," kata Gelgi.

Wanita itu terpaksa menggunakan alat bagi membantunya berjalan kerana tubuhnya yang besar menyebabkan dia sukar untuk membuat imbangan pada badannya.

Dia menerima sijil pengiktirafan Guinness World Records di rumahnya di Safranbolu, Karabuk baru-baru ini.

Gelgi merupakan pelajar gred 11 dan tinggal di rumah bersama keluarga dan adik-beradiknya yang lain yang mempunyai ketinggian normal.

Dia juga mempunyai sepasang kasut yang ditempah khas di Amerika Syarikat.

Tubuh Gelgi tidak lagi membesar menyebabkan dia tidak akan mengatasi ketinggian lelaki paling tinggi di dunia dari Turki, Sultan Kosen yang setinggi 251sm. - Agensi

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... 2.htm#ixzz37E09UoUe
Hakcipta terpelihara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 12-7-2014 02:15 PM
Quote cicicumel 12-7-2014 03:11 PM
adakah kebetulan kedua2 laki n pompuan tertinggi dijumpai di Turki?
Quote mattzzx 12-7-2014 04:47 PM
Baru 17 tahun tapi raut muka dah berumur sangat.....
Quote saladin780 12-7-2014 05:00 PM
biasa orang2 yang tinggi2 ni (lebih 2 meter) kebiasaannya mesti ada masalah kesihatan mcm bongkok, dan physical mereka especially tang muka mcm ada deformed sikit..kenapa ya
Quote ana_w_houb 12-7-2014 09:12 PM
kesian dia muka dah macam acik- acik
Quote Artemesiaa 12-7-2014 10:33 PM
Wah tinggi betul jarang2 dapat dengar kisah wanita paling tinggi dalam dunia sepertinya
Quote Yoongie 12-7-2014 10:56 PM
Kat skola aku dulu ada sorg budak laki tu tinggi dia 203cm tu pun dah kira cam giant.
Quote degrandlite 13-7-2014 07:36 AM
Selalunya dalam case kalangan manusia2 yang tinggi lebih 2 meter (which is abnormal) disebabkan oleh over-production of growth hormone, bila ada ketumbuhan kelenjar pituitari kat otak.. sebab kelenjar ni yang merembeskan hormon pertumbuhan.
Quote liyamariska 13-7-2014 06:08 PM
kalu pompuan dah tinggi sgt, mmg susah lelaki mahu mendekati...
Quote batmana 13-7-2014 10:47 PM
liyamariska posted on 13-7-2014 06:08 PM
kalu pompuan dah tinggi sgt, mmg susah lelaki mahu mendekati...

tiap org ada jodohnye..

sebab tu kalu pandang pmpn afrika yg itam berkerak di hutan sana, masih boleh berkahwin juge dari ummah urban kat malaysia ni..

Quote batmana 13-7-2014 10:48 PM
saladin780 posted on 12-7-2014 05:00 PM
biasa orang2 yang tinggi2 ni (lebih 2 meter) kebiasaannya mesti ada masalah kesihatan mcm bongkok, d ...

sebab body je besar, tapi kekuatan tk besar

Quote cikatilia 14-7-2014 12:28 PM
tinggi sgt ni sakit



Quote mattzzx 14-7-2014 12:41 PM
cikatilia posted on 14-7-2014 12:28 PM
tinggi sgt ni sakit

Kesian kat dia...dah jadi tak normal..

Quote cikatilia 14-7-2014 12:57 PM
mattzzx posted on 14-7-2014 12:41 PM
Kesian kat dia...dah jadi tak normal..

tu la.. selalunya yg kena gini endingnya mati.. sbb sakit
With the large proportions came a host of health issues.
tumor la etc etc sbb dah besar gitu dan pembesaran abnormal..


Quote mattzzx 14-7-2014 01:03 PM
cikatilia posted on 14-7-2014 12:57 PM
tu la.. selalunya yg kena gini endingnya mati.. sbb sakit
With the large proportions came a host  ...

Betul tu.....mati awal lah berbanding dengan orang lain yang normal...

Quote cmf_conan 14-7-2014 01:11 PM
xleh bayangkan kalo pompuan ni branak..besor mana la anaknye eh
Quote asher 14-7-2014 02:24 PM
dah macam raksasa dah..
Quote Knowlee 14-7-2014 06:48 PM
dia ada penyakit.
Quote anees~nuhara 17-7-2014 07:54 AM
sayuppp je haaaa

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.058737 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top