|
Charlie atau nama umumnya kumbang Rove mempunyai toksin yang boleh menyebabkan penyakit kulit atau radang selaput mata ‘dermatitis linearis’, malah boleh mengancam nyawa jika mengalami alahan teruk. Serangga yang turut dikenali sebagai ‘semut kayap’ itu dilaporkan banyak merayap di asrama pelajar kolej terbabit semenyebabkan ramai pelajar mengalami simptom berkenaan. Zul berkata, dia terkena toksin serangga itu seminggu lalu ketika tidur dan akibatnya beberapa anggota badanmya luka melepuh selain bengkak mata kiri. “Sepanjang tiga semester belajar di sini, ramai rakan terkena racun serangga berkenaan, namun ini kali pertama saya mengalaminya. Nasib baik luka itu sembuh selepas seminggu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
|


:lol..hasil pengalaman kecik2 redah hutan..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.348800 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.