CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Dicuri, Dan Tukar Warna Cat!!

16-7-2014 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6923| Komen: 21

Ubah suai, tukar cat kereta curi

PONTIAN - Polis berjaya menumpaskan sindiket curi kereta di daerah ini menerusi Ops Lejang susulan penahanan empat individu di dua lokasi berasingan di sekitar Johor Bahru dan Pontian pada Selasa dan Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, hasil risikan selama seminggu, suspek utama yang menjadi dalang curi kereta di daerah ini berjaya ditangkap.


Kereta dicuri diubah suai suspek berjaya ditemui semula menerusi Ops Lejang.


“Bertindak atas maklumat, suspek berusia 24 tahun diberkas sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, dibantu anggota D6 Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan pada jam 10.30 malam Rabu lalu.

“Hasil soal siasat ke atas suspek membawa kepada penangkapan tiga lagi individu berusia 20 hingga 39 tahun pada keesokan harinya.

"Ketiga-tiga suspek ditahan di lokasi berbeza di sekitar Pontian sekitar jam 4 pagi sehingga 12 tengah hari,” katanya.

Menurutnya, penangkapan kesemua suspek membawa penemuan dua kereta jenis Corolla yang dicuri sekitar taman perumahan di daerah ini pada minggu lalu.

“Polis percaya suspek mengopek dan mengubah cat pada badan kereta dan mengubah suai kenderaan dicuri supaya tidak dapat dikenal pasti pemilik.

“Penahanan kesemua suspek berjaya menyelesaikan kes kecurian kereta yang berlaku sekitar taman perumahan di daerah ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 379A(1) dan ditahan reman selama lima hari bagi membantu siastan,” katanya.

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 14-7-2014 01:30 PM
keji btl mereka ni...........
Quote znuyul 14-7-2014 01:35 PM
mcm xberapa mewah je kereta dalam gambar tersebut
Quote toksira 14-7-2014 01:36 PM
Kereta mewah?!!

Hmm....
Quote munchkin 14-7-2014 01:47 PM
tahniah pihak polis
Quote afie_m 14-7-2014 02:29 PM
mana mewahnya....
Quote blackred99 14-7-2014 02:34 PM
ni nampak macam kereta buruk. tapi mmg jenis2 kereta yg org suka modify jd bising nak mati. so selayaknya kena curik.
Quote matchstick 14-7-2014 02:38 PM
yg dlm gambar tu ke keta mewah? kalu gitu keta aku pon kategori mewah gak la..
Quote mak_wa95 14-7-2014 02:41 PM
cari keter yang rare kut..
Quote kerunai 14-7-2014 02:49 PM
MEWAH KEPALA BANA DIA CAMTU
Quote HaifaHanna 14-7-2014 03:16 PM
Rare tu pasal mewah...














Quote kecimpret 14-7-2014 03:56 PM
toyota KE ni mmg panas dikalangan kaki drift
Quote genchi 14-7-2014 04:02 PM
adekah kete gen jugak mewah??
Quote mattzzx 14-7-2014 04:04 PM
Semuanya nak kaya dengan jalan mudah.......janji mereka banyak duit..
Quote muo1202 14-7-2014 04:07 PM
tahniah tuan polis...
Quote bangcak 14-7-2014 04:08 PM
genchi posted on 14-7-2014 04:02 PM
adekah kete gen jugak mewah??

nak merasa naik kete gen
Quote zorrro_03 14-7-2014 04:08 PM
mewah lah sgt.  
Quote uori 14-7-2014 04:09 PM
znuyul posted on 14-7-2014 01:35 PM
mcm xberapa mewah je kereta dalam gambar tersebut

hehehehe  
Quote genchi 14-7-2014 04:10 PM
bangcak posted on 14-7-2014 04:08 PM
nak merasa naik kete gen

jom... teda hal.. anytimie anywhere
Quote aliem71731672 14-7-2014 04:13 PM
tajuk tu, jangan la gempak sangat,

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-8-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.072796 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top