CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

MH17 Kotak Hitam Dianalisa Di Uk - Aziz Kapraw

23-7-2014 07:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2500| Komen: 4

Kotak Hitam Dianalisa Di UK - Aziz Kapraw
    
KUALA LUMPUR: Kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine tidak akan dibawa balik ke Malaysia untuk dianalisa.


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, mengikut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa  (ICAO), mana-mana kotak hitam yang ditemui perlu dibuka dan dianalisa secepat mungkin.

"Mengikut peraturan ia perlu dibuka secepat yang boleh. Tak wajar untuk kita simpan untuk bawa balik Malaysia dan kemudian nak hantar semula ke luar negara.

"Itu melanggar peraturan yang ditetapakan ICAO. Ia mesti dibuka dengan segera," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata, lokasi paling hampir untuk menganalisa kotak hitam ialah di United Kingdom (UK).


"Hanya ada beberapa negara yang memiliki kepakaran untuk membaca kotak hitam. Paling dekat adalah di UK.

"Oleh kerana ia berlaku di Eropah, jadi sewajarnya UK adalah salah satu lokasi sesuai untuk dibuat bacaan dengan penglibatan penyiasat antarabangsa. Malah pakar kita juga boleh sama-sama turut serta memantau proses analisa," katanya.

Ditanya sama ada Russia boleh menyertai pasukan siasatan bagi menganalisa kotak hitam MH17, Ab Aziz berkata, perkara itu akan ditentukan oleh panel siasatan antarabangsa yang dibentuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Awal hari ini dilaporkan puak pemisah Ukraine sudah menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada Malaysia.

Ia sekali gus mengakhiri misteri kehilangan dua kotak hitam berkenaan dari lokasi kejadian yang sebelum ini dilaporkan dihantar ke Moscow, Russia oleh kumpulan pemisah terbabit.

Penerbangan MH17  dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 kru.

Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=39
6

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote nobito 24-7-2014 05:31 PM
Mulayu kalau buat analisis entah2 terus terdelete semua data dlm kotak hitam...damnnnn
Quote nobito 24-7-2014 05:27 PM
Aku sendiri x yakin negara Mulayu asia ni boleh buat analisis ke atas kotak hitam tu.
Quote nurchomel 24-7-2014 10:58 AM
Kenapa muka fotografer tu camtu??
Quote jack_ainsley 24-7-2014 12:13 AM
Teringin nak tahu apa yang jadi lepas ni... harap2 no war lah... perang dekat Middle East pun banyak dah mati... takmo kat Europe plak.. Nanti melarat sampai Asia...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.075675 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top