GUA MUSANG 22 Julai - Akibat tidak serik berpakaian seperti perempuan, penyanyi dikir barat tersohor Kelantan, Kajol terpaksa melupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini apabila dia dihukum penjara enam minggu dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini. Kajol atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Jeffri, 28, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah berlagak seperti perempuan dengan memakai baju perempuan berwarna hitam, bercoli hitam, bersubang serta membawa beg tangan di tapak ekspo Felda Aring 6 di sini kira-kira pukul 11.45 malam, 7 Mei lalu. Hakim Syarie, Zubaidi Sulaiman memutuskan demikian setelah mendapati pemuda itu tidak serik dan melakukan kesalahan tersebut sebanyak tiga kali dalam tempoh empat tahun. Zubaidi berkata, hukuman kali ketiga ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada tertuduh untuk memperbaiki diri serta insaf dengan perbuatan yang dilakukan. "Perbuatan yang dilakukan berulang kali oleh kamu ini adalah perbuatan songsang dan dilaknat oleh Allah SWT. Saya menyeru kamu bertaubat kerana kamu sebagai seorang selebriti telah menonjolkan imej buruk dan boleh mendorong kepada penyakit sosial dalam kalangan masyarakat," kata beliau. Beliau memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai hari ini. Ketika pertuduhan dibacakan oleh Pembantu Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Kamarulzaman Mohamad, tertuduh yang mengambil nama aktres Bollywood, Kajol sebagai nama gelarannya kelihatan menangis teresak-esak sebelum membuat pengakuan bersalah. Mohd. Hafiz didakwa mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya. Terdahulu, Kajol yang masih belum berkahwin memohon hukuman denda diringankan dengan alasan dia merupakan tempat bergantung untuk menyara keluarganya yang susah. Bagaimanapun, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Ramlee Abd. Rahman membantah alasan yang dikemukakan oleh Kajol dan berpendapat perbuatan yang dilakukan itu sungguh aib sebagai seorang Islam. Kajol mempunyai dua rekod lampau bagi kesalahan sama dengan kali pertama dia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pada 2010 manakala kesalahan kedua, dia turut didenda RM1,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 2011.
|
27
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
9
Sedih |
10
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Cik_Andak posted on 23-7-2014 03:18 PM
Nama sedap Hafiz Jeffri..tapi knp boleh jadi Kajol....
robertocarbos posted on 23-7-2014 03:30 PM
Pakai kopiah pun bro,
tapaya lah macam mendade semacam jek
-electrifying- posted on 23-7-2014 03:39 PM
aku ske tgk video dia nyanyi lagu madah berhelah kt utube.
rilek n maintain je mase high note. terb ...
ADVERTISEMENT