Gambar hiasan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fuad Latiff, berkata sepanjang tempoh itu, 15,122 kemalangan dilaporkan berlaku di lebuh raya, Jalan Persekutuan, jalan bandaran dan pelbagai jalan lain. “Sejak 12 hari dilaksanakan (Ops Selamat), 195 kematian dilaporkan dengan 32 kematian (16 peratus) berlaku di kawasan Ops Selamat. “Baki 163 kematian (84 peratus) berlaku di luar kawasan operasi dengan penunggang motosikal paling ramai maut iaitu 112 kematian, diikuti mereka yang menaiki motokar sebanyak 48 kematian,” katanya ketika dihubungi, semalam. Fuad berkata, daripada 167,456 saman yang dikeluarkan, 2,319 saman dikenakan ke atas pesalah trafik yang menggunakan lorong kecemasan dan 1,316 saman atas kesalahan memotong garisan berkembar. “Saman maksimum RM300 dikenakan ke atas pemandu yang melakukan kesalahan memotong di lorong kecemasan. “Jika pesalah trafik itu ditahan ketika melakukan kesalahan, mereka perlu membayar saman serta- merta,” katanya. Sementara itu, Fuad berkata, seramai 20,081 orang awam membuat laporan sebagai pemberitahuan akan meninggalkan rumah masing-masing untuk bercuti Aidilfitri dengan mengisi borang Maklumat Balik Kampung bagi memudahkan polis membuat rondaan dan pemantauan. “Sepanjang Ops Selamat, 44,669 rumah dipantau oleh anggota kami yang melakukan rondaan berkala untuk memastikan tiada kejadian jenayah seperti pecah rumah,” katanya.
|
airfilterkotor posted on 4-8-2014 11:24 AM
jdt sebijik.
pulau pipel belah sselatan sebijik.
pulau pipel original sebijik.
kecimpret posted on 4-8-2014 11:31 AM
keta ummah caprut yg aku sempat snap & emel ke JPJ..jap lg dpt la surat cinta
kecimpret posted on 4-8-2014 11:31 AM
keta ummah caprut yg aku sempat snap & emel ke JPJ..jap lg dpt la surat cinta
airfilterkotor posted on 4-8-2014 11:35 AM
plat P dengan J tak kira laa dorang pandu nampak macam berhemah kaa, aku tetap berhati-hati.
Set ...
ADVERTISEMENT