CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Cerai Muda

4-8-2014 10:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12322| Komen: 75




TIDAKLAH manusia itu berkahwin demi penceraian. Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta pasti ingin dipertahankan waima masalahnya setinggi gunung mencakar awan. Baik pasangan muda mahupun dewasa, perkahwinan semestinya medan menguji kesetiaan dan keutuhan kasih sayang.

Perkahwinan juga mengajar manusia mengunci nafsu terhadap banyak perkara yang tidak mampu kita lakukan secara bersendiri. Bagi yang memandang ujian itu suatu tusukan positif dalam diri, pasti melihat perkahwinan sebagai platform melengkapi di antara satu sama lain.

Anehnya, kepincangan tetap juga berlaku. Puluhan tahun sekalipun perkahwinan itu dibina, manusia sering tewas dengan percaturan hidup sendiri. Jika sudah tersurat olehNya perpisahan, maka yang bermula dengan keindahan, akan ternoktah jua.. .

Dewasa ini, pasangan muda sering memilih tindakan mudah iaitu mengakhiri perkahwinan pada awal usia. Kebanyakannya berpendapat; untuk apa ditunggu lagi jika sudah tidak sehaluan. Di tunggu sehingga tua pun, jika sudah tiada jodoh, tidak guna juga. Bernarkah telahan itu?

Isu kahwin-cerai dilihat seperti semudah menyalin pakaian. Jika mahu, ia dipakai. Jika tidak mahu, ia dibuka dan dibuang jauh-jauh. Kemudian bila rindu, merujuk semula. Tiada penyelesaian.

Kalau dikaji kadar penceraian di Malaysia, memang  wajar untuk kita berasa gusar. Anda mungkin tiada contoh daripada kalangan keluarga terdekat dan saya berdoa mudah-mudahan anda pembaca semua dijauhkan daripada cabaran berumah tangga sehingga membawa kepada penceraian ini. Kita masih boleh belajar dan ambil iktibar daripada berita-berita yang terpapar di akhbar mahupun di media elektronik.

Merujuk kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009, kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku setiap hari.

Usaha WOW untuk mendapatkan statistik terbaharu dari jabatan itu tidak berhasil apabila pegawai dihubungi memberitahu kebimbangan angka dan statistik penceraian tersebut disalah tafsir sesetengah pihak. Kami menghormati pendapat itu.

Justeru, apakah penyelesaiannya? Mari kita selongkar rahsia hati mereka yang melaluinya. Baik lelaki mahupun perempuan, tentu ada sebab mereka memilih jalan demikian. Ikuti pengakuan mereka dan pendapat umum dalam isu ini.



14

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 3-8-2014 01:51 PM
Cerai sebab suami panas baran

Saya baru bercerai kira-kira dua tahun lalu. Masa itu umur saya baru 27 tahun. Semasa berkahwin saya memegang status isteri kedua, manakala bekas suami dengan isteri pertamanya mempunyai lima anak.

Hasil perkahwinan selama empat tahun, kami dikurniakan seorang cahaya mata.

Sebenarnya punca kami bercerai kerana dia seorang yang panas baran. Saya dan anak sering dipukulnya, biarpun hanya kerana kesalahan kecil.

Mungkin dia buat begitu untuk lepaskan tekanan apabila ada masalah.

Anak masa itu baru berusia tiga tahun pun sanggup dipukulnya. Apalagi saya memang selalu kena sepak dan terajang. Pernah satu hari pipi saya bengkak, manakala gigi saya patah ditamparnya.

Sejak itu, saya lari rumah kerana tak sanggup hidup bersama dengannya lagi.

Saya reda dengan ketentuan ini, mungkin ada hikmah di sebalik apa berlaku. Sekarang saya jaga anak seorang diri tanpa 'makan hati'.

Hidup menjanda tambah masih muda memang banyak dugaan dan 'gangguan'. Apa pun saya sentiasa berdoa jika ada jodoh dipertemukan dengan lelaki lebih baik yang dapat membimbing saya dan anak.

HANNAH MUHAMMAD, 36, SHAH ALAM
Quote Anak_Nogori 3-8-2014 01:52 PM
Kehadiran orang ketiga

Tak tahu mana silapnya... Kehidupan kami sekeluarga yang dulunya bahagia berubah secara tiba-tiba kerana kehadiran orang baharu dalam hidup suami. Semuanya bermula apabila suami terlibat dalam perniagaan jualan langsung (MLM).

Jika dulu suami begitu mengambil berat keadaan saya dan anak-anak tetapi setelah dua tahun terlibat sepenuh masa dalam MLM, dia berubah sekelip mata.

Ceritanya begini, setelah suami berkenalan dengan seorang wanita yang terlibat sama dalam MLM perangainya mula berubah. Saya tidak mahu berfikiran negatif kerana sebelum itu suami menyatakan hubungannya sekadar adik dan abang angkat. Malah saya juga turut mengenalinya.

Tidak sangka hubungan adik angkat itu bertukar menjadi serius sehingga suami mula lupa akan tanggungjawabnya. Anak-anak pun mula bertanya mana ayah? Hampir menitis air mata setiap kali menjawab pertanyaan mereka.

Saya berasakan lagi lama berdiam diri semakin menjadi-jadi perangai suami. Dek kerana tidak mahu memendam perasaan akhirnya saya bertanya secara terus kepada suami. Saya tidak mahu anak-anak terus bersedih.

Suatu hari ketika suami pulang ke rumah saya mengajukan persoalan yang sudah lama terbuku di hati. Semasa memberi penjelasan saya mula mengesyaki suami menyembunyikan sesuatu. Rupa-rupanya dia telah berkahwin dengan adik angkatnya di Thailand tanpa pengetahuan saya.

Keadaan agak tegang pada waktu itu sehinggalah perkataan yang tidak mahu di dengar oleh mana-mana wanita berkahwin keluar dari mulut suami.

Saya reda dan menerima pengakhiran perkahwinan ini. Mungkin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kini kehidupan saya dan anak-anak makin bahagia walaupun sayalah yang menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak.
Quote Anak_Nogori 3-8-2014 01:52 PM
'Kami tidak lagi sehaluan'

Makin kupendam perasaan di hati, makin itulah jiwa memberontak.

Aku tidak mahu terusan dihantui dosa tidak menghormati suami. Biarpun secara zahir tidak nampak aku seperti tidak menghormatinya, namun hatiku sering mengutuk tindakannya terhadap aku.

Anak-anak mungkin terlalu kecil untuk memahami, namun aku terpaksa gagahkan diri memberitahu duduk sebenar apabila ayah mereka jarang pulang ke rumah dan asyik bertanya ke mana ayah mereka pergi. Sampai bila aku harus bohongi mereka dengan alasan kerja... kerja... kerja...

Suamiku bukan kaki pukul, jauh sekali baran, namun satu kekurangan dia yang aku terpaksa terima semasa kami diijabkabul dahulu adalah dia tidak ada kerja tetap.

Tetapi dia ada berjanji untuk memastikan kehidupan kami sempurna walaupun tidak bekerja tetap. Aku pula yakin sahaja sementelah aku juga bekerja dan gaji agak lumayan.

Awalnya suami rajin cari pendapatan dengan bisnes kecil-kecilan menjual baju T, namun setahun selepas itu, dia mula buat 'perangai' beralasan susah dapat customer, terpaksa melepak saja di rumah. Sejak itulah segalanya kutanggung, termasuk keperluan anak-anak yang masih kecil.

Pernah suatu ketika aku tegur perangainya, namun dia menuduh aku mengungkit, kenapa dari dulu aku tak tolak pinangannya. Kejadian ungkit-mengungkit ini selalu berakhir dengan pertengkaran besar boleh dikatakan setiap hari.

Aku kira terlalu panjang untuk diceritakan di sini, namun bolehlah aku beritahu, keadaan ini buat aku stres, kerja mula merosot dan pernah dapat teguran daripada majikan. Aku perlu bangkit, jika aku dibuang kerja bagaimana pula nanti, lalu aku buat keputusan paling mengejutkan keluarga beritahu mereka aku memfailkan cerai. Kini sudah hampir setahun aku turun naik mahkamah menunggu keputusan.

Zulia, 26, Johor
Quote tupaiterbang 3-8-2014 01:55 PM
maka jualan produk kacip fatimah terus laris...

Quote TuntungReturn 3-8-2014 01:59 PM
jadik janda ni susah..pompuam sendirj x nk tlg janda,lgik dihina ade la...
Quote CiliPadiSedap 3-8-2014 04:37 PM
tupaiterbang posted on 3-8-2014 01:55 PM
maka jualan produk kacip fatimah terus laris...

makan kacip fatimah kalau badan cm dugong pun suami lari cari lain.  
Quote tahanlasak 3-8-2014 06:05 PM
kalau nk bdn begetah jogging pun ok juga ....cuba dulu sebulan mesti begetah punya....
Quote roblucci 3-8-2014 06:17 PM
TuntungReturn posted on 3-8-2014 01:59 PM
jadik janda ni susah..pompuam sendirj x nk tlg janda,lgik dihina ade la...

pompuan yg dah kawen selalu jeles dgn janda yg gojes takut laki depa terpikat
Quote alesandra 3-8-2014 06:24 PM
kesimpulannya apa?
Quote ajinomotonosuga 3-8-2014 06:31 PM
semua nya salah jantan !!

toksah nak spin2 laa..toksah nak mengader2..seme nya salah jantan, salah lelaki !!

seoang ketua mesti berani menerima tanggungjawap atas apa berlaku di bawah kuasa nya!

Quote cowey 3-8-2014 06:33 PM
cerai muda la, sume pandai2 skrg..

dulu ape2 rujuk org tua..
Quote cmf_premierleag 3-8-2014 06:49 PM
Cerai muda sbb kene bela biawak hidup lagi bagus drpd hidup dgn laki yg malas kerja
Quote airwaves 3-8-2014 06:56 PM
Anak_Nogori posted on 3-8-2014 01:52 PM
'Kami tidak lagi sehaluan'

Makin kupendam perasaan di hati, makin itulah jiwa memberontak.

Mcm banyak pulak aku jumpa kes suami bergantung pada isteri sebagai tunggak kewangan utama keluarga. Kalau suami tu kerja pon, mcm isteri yang lebih lumayan pendapatannya. Di kuar nmpk bahagia la, aku wonder apa perempuan tu rasa bila dia lagi berkuasa dari suaminya.
Quote TuntungReturn 3-8-2014 07:10 PM
airwaves posted on 3-8-2014 06:56 PM
Mcm banyak pulak aku jumpa kes suami bergantung pada isteri sebagai tunggak kewangan utama keluarg ...

duit suami duit isteri,duit isteri duit isteri..renung2 kn lah
Quote TuntungReturn 3-8-2014 07:10 PM
alesandra posted on 3-8-2014 06:24 PM
kesimpulannya apa?

janda tidak merbahaya, mereka perlu dikasihi
Quote brums08 3-8-2014 07:13 PM
Lelaki pelindung wanita,seharusnya membantu wanita yg teraniaya.
Quote batmana 3-8-2014 07:15 PM
TuntungReturn posted on 3-8-2014 07:10 PM
duit suami duit isteri,duit isteri duit isteri..renung2 kn lah


Patutnya isteri kalu jenis gaji besa dari somi. Kenala pi Kawin datuk2 tansri2 jadi bini no.  3,4 ke apa..
Pilihlah lelaki yg baya abah korang, atuk korang yg ade byk harta tapi masih ade tenaga batin.

Ni tidak, pi Kawin ngn lelaki yg soleh . sebaya. Keje kecil. Pstu ngumpat dlm forum. 'nyesal kawin ngn laki gaji rendah dri dia'

Sendiri sah2 bahlol. Salahkan org lain plak. Ape kene acu pistol ke masa nikah dlu? Last edited by batmana on 3-8-2014 07:17 PM

Quote TuntungReturn 3-8-2014 07:32 PM
batmana posted on 3-8-2014 07:15 PM
Patutnya isteri kalu jenis gaji besa dari somi. Kenala pi Kawin datuk2 tansri2 jadi bini no.  3, ...

dh kene hasut ngn kawan2..kawan2 suma laki keje setaraf,laki die plak keje rendah dri die..majlis2 segan nak bawak laki,takot org sindir,pas tu mula la ngungkit kt laki yg gaji die tinggi,bnyk bantu keluarga...
Quote becir 3-8-2014 08:20 PM
batmana posted on 3-8-2014 07:15 PM
Patutnya isteri kalu jenis gaji besa dari somi. Kenala pi Kawin datuk2 tansri2 jadi bini no.  3, ...

Ini sindrom 'asalkan berlaki'. Takut kene keji andartu tak laku and what not.

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.074437 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top