BANTING - “Aku kena tembak!” itu luah seorang lelaki yang dikenali sebagai Shukor yang dipercayai terkena peluru sesat di Jalan Jugra, Taman Banting Baru, petang semalam.
Adik mangsa, Norasliyana Othman, 28, menceritakan semula kejadian itu, abangnya bersama dua lagi individu termasuk tunangnya yang dikenali sebagai Iqbal menaiki sebuah kereta Honda City dalam perjalanan ke pekan Banting kira-kira jam 4.45 petang. “Saya dimaklumkan oleh Iqbal, abang yang duduk di bahagian belakang memberitahu dia kena tembak, pada mulanya Iqbal yang sedang memandu kereta menyangka abang iparnya itu bergurau. “Apabila Iqbal menoleh ke bahagian belakang mendapati dahi abang berdarah dan terdapat kesan peluru di dahinya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, pada ketika itu keadaan Shukor lemah, Iqbal segera menghantar abang iparnya ke Hospital Banting untuk rawatan.
“Abang kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru tersebut,” katanya. Keluarga mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Banting. Berita mengenai kes itu kemudian menjadi viral di laman sosial sejak petang semalam. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penembak sudah ditangkap dan senapang angin yang digunakan telah dirampas. |
princess_happy posted on 31-7-2014 11:42 AM
kluar rumah pun dah takut skrg nih...kretip sungguh depa nih...patut hantaq p gaza nun...
sekngucing posted on 31-7-2014 12:27 PM
harap2 bnyak lagi penembak spt ini
AMIN
ADVERTISEMENT