Tindakan DBKL memasang palang besi menimbulkan pertikaian. Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, palang besi berkenaan dipasang bagi mengelakkan bangku orang awam tersebut menjadi tempat tidur golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Bagaimanapun katanya, tindakan itu dianggap tidak menyantuni golongan gelandangan yang menjadikan bangku tersebut sebagai tempat berehat. “Mereka sewajarnya dibantu dan bukannya dilayan sebegini. Saya amat kecewa dengan tindakan yang dibuat,” katanya kepada Sinar Harian. Lip Eng berkata, lebih memilukan, ada di antara gelandangan sanggup tidur di celah palang besi yang dipasang itu pada waktu malam untuk berehat. Jelas beliau, DBKL perlu bertolak ansur dengan golongan berkenaan. “Mereka hanya tumpang untuk tidur buat beberapa jam dan DBKL perlu bertolak ansur dalam perkara ini,” katanya. Lip Eng turut menggesa supaya DBKL menanggalkan semula besi-besi berkenaan dalam tempoh jangka masa yang terdekat. Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menerangkan, tindakan DBKL memasang palang besi di bangku-bangku awam adalah sebagai langkah percubaan bagi mengelakkan kemudahan itu disalah guna golongan gelandangan. Bagaimanapun menurutnya, meskipun begitu, golongan itu masih menggunakan bangku berkenaan sebagai tempat tidur dengan menjulurkan badan di bawah penghadang yang di pasang. “Golongan ini ada yang bermasalah mental, berpenyakit berkaitan HIV dan ada juga antara mereka yang mengalami luka teruk sehingga menimbulkan rasa tidak selesa orang ramai. “Kita mahukan pastikan kemudahan itu dapat dimanfaatkan bersama warga kota seterusnya menjadikan bandaraya Kuala Lumpur lebih berimej bersih. “Ini juga sebagai satu percubaan dan pemasangan hanya dibuat di kawasan protokol iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya masih dalam rundingan menentukan bangunan yang akan dijadikan pusat aktiviti golongan gelandangan. “Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga akan bekerjasama untuk kita menyediakan kemudahan ini, selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat,” katanya. Terdahulu, sebuah NGO yang menggelar diri mereka sebagai Dapur Jalanan Kuala Lumpur dalam kenyataannya kelmarin mengutuk sekeras-kerasnya pemasangan palang besi di bangku-bangku awam sekitar Kuala Lumpur oleh pihak DBK dan menganggap ia sebagai tindakan kejam dan tidak bertimbang rasa.
|
11
Bagus |
18
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
secretservice posted on 26-7-2014 12:01 PM
erk kan ke tu idea tengku??dan tengku tu dari parti belah mane???bukan dari belah parti yg ko sokong ...
spiderman80 posted on 26-7-2014 12:29 PM
Saya sokong DBKL buat macam tu. Saya bukan prejudis kepada golongan gelandangan, tapi kalau mereka t ...
dino posted on 26-7-2014 12:19 PM
takkan nak biar gelandang dok burukkan pemandangan kl....
lgpun byk jenis yg taknak keje....nak mkn ...
Babai posted on 26-7-2014 12:43 PM
Abis ko sokong cine tu ke AN? Kalo camtu ko ajak jela puak2 pengemis merempat (atau nama manjanya, ...
PerKasa posted on 26-7-2014 12:44 PM
YG AKU SHOR kan all pengemisdi KL
gi dok kat Pigneng biar DApig jaga
secretservice posted on 26-7-2014 12:01 PM
erk kan ke tu idea tengku??dan tengku tu dari parti belah mane???bukan dari belah parti yg ko sokong ...
SUHA posted on 26-7-2014 12:49 PM
Nampak buruk benar bangku tu lps diletakkan palang cam tu...
Apa pun tok jib kan dah janji nak buat ...
batmana posted on 26-7-2014 12:58 PM
aik..
ramai je staf dbkl
pesal tak ambush semo gelandangan, & tnkgp aja dorg klu btul2 nk banteras ...
ADVERTISEMENT