CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bayi 14 Bulan Koma Pengasuh Di Tahan Untuk Siasatan

11-8-2014 10:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10894| Komen: 38

Kuala Lumpur: Pengasuh bayi berusia 14 bulan yang koma selepas didakwa terjatuh dari kerusi di Flora Damansara, Petaling Jaya, ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pengasuh itu ditahan untuk membantu siasatan lanjut kes berkenaan.
Katanya, polis akan mengambil keterangan pengasuh terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam kejadian Khamis lalu, ibu mangsa Nor Anis Shafarina Sani, 22, membuat laporan polis selepas mengesyaki anaknya Nurain Damia Mohamad Naqiuddin didera dan mendakwa sebelum ini ada kesan lebam pada bayi itu.


Gambar hiasan

Susulan itu, bayi berkenaan dimasukkan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas tidak sedarkan diri dan disahkan doktor mengalami pendarahan otak selepas didakwa pengasuhnya terjatuh dari kerusi.

Nor Anis Shafarina berkata, dia dihubungi pengasuh jam 7 malam hari kejadian yang memaklumkan, anaknya terjatuh ketika duduk di atas kerusi di pusat asuhan berkenaan.

Menurutnya, pakar perubatan mengesahkan anaknya mengalami pendarahan dalam otak dan perlu menjalani pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya.

Dia yang bekerja di sebuah restoran di Damansara, di sini, mengesyaki anaknya berkemungkinan didera pengasuh berdasarkan keadaan anaknya sebelum ini mempunyai kesan lebam di pipi dan kedua-dua kaki.

Katanya, bayi perempuannya sudah dua bulan diletakkan dalam jagaan pengasuh berusia 30-an itu dan wanita itu turut menjaga seorang lagi kanak-kanak lelaki.


3

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LEGENDARY 10-8-2014 02:37 PM
sebut pasal koma ni aku ade kisah menyayat hati yang ingin aku kongsikan bersama .. sadis weh, memang sadis... moga kisah aku ni dijadikan pengajaran.

kira2 4 hari lepas, perut aku memulas, tahi dalam perut aku kata dia nak keluar... lalu aku menuju ke tandas untuk melepaskan tahi yang minta dilepaskan tu...

sebaik aku di dalam tandas, aku mula menanggalkan seluar aku dan menggantungkan ia ke dinding.. lalu aku mencangkung bersedia untuk berak...

selesai aku melepaskan semua banduan2 tahi yang terperangkap di dalam perut itu, kemudian aku membuka paip dan paip getah yang panjang untuk mencebuk, tapi secara tiba2 seekor lipas keluar dari celahan lubang air tandas.

aku terkejut, lalu aku sungguh marah dan aku simbah pili air dan aku jirus lipas itu sambil duduk mencangkung..  berguling-guling lipas itu aku jirus selama 3 minit tanpa henti. aku lihat lipas itu sungguh menderita minta diri dilepaskan dan mulai lemah. Namun tidak terdetik langsung perasaan belas kasihan di dalam hati ini.

kemudian aku membasuh lubang bontot aku srta membasuh tangan menggunakan sabun cecair dan mengepam tandas.

Masih tidak berpuas hati dengan lipas itu dan belum sempat aku memakai kembali seluar, aku terus menyambung menyimbah air dari paip getah yang ku picitkan di bahagian depan bagi ia menjadi deras dan hebat!

Aku terus menyimbah air menggunakan paip getah dengan asyik dan seronoknya sambil bergelak ketawa melihat lipas itu berguling2 kesakitan akibat air yang deras dan memeningkan akibat terguling tidak henti.
Ia berlanjutan sehingga 15 minit.

Aku lihat sungguh kasihan lipas itu, dan ia mula berhenti bergerak, jadi aku telah membuat keputusan untuk terbalikkan badan lipas itu pula. Tetapi rupa2nya lipas itu masih hidup. Tetapi atas belas kasihan, aku biarkan lipas itu tersiksa menggelupur kerana badan terbalik. Lalu aku mencapai seluar dan memakainya kembali dan keluar ke tandas.

Keesokann harinya, aku lihat lipas itu masih hidup di dalam tandas, lalu aku terus simbah air dan biarkan ia berguling2 dan lemah lagi, kemudian aku biarkan badannya kembali terbalik.


keesokan harinya lagi, aku lihat lipas itu masih lagi hidup, namun kali ini agak lemah, lalu aku simbah lipas itu lagi. Kali ini lebih lama, kira2 30 minit. kemudian aku terbalikkan kembali lipas itu tadi.

keesokan harinya pula, aku lihat lipas itu masih hidup, lalu aku tekad untuk menamatkan riwayat lipas itu sambil menyeksanya. Aku simbah lipas itu lagi sehingga koma, kemudian aku tuangkan cecair syampoo ke SELURUH tubuh lipas itu. Aku lihat lipas itu mulai lemas, kemudian perlahan-lahan ia mati...

lalu aku ketawa berdekah-dekah kerana lucu akan peristiwa itu hinggalah kini...




Quote hanasensei 10-8-2014 02:38 PM
Kesian nasib baby ni..
Dah thu ada kesan lebam..knapa x stop hntar rumh pgasuh tu..
dh jdi kes berat bru nk btindak
bkn srmua pgasuh tu pnyayang..ada yg nk duit jer..
Quote FanTasyCreaTioN 10-8-2014 02:44 PM
adik tolong tepek gambar nya yer bang




Quote clarizsa 10-8-2014 02:45 PM
loqlaq laaa pengasuh tu.... huh
Quote jazaa 10-8-2014 02:51 PM
Siannya....moga cepat sembuh....
Klu aku jd ibu baby tu, pengasuh tu pun sahih koma aku kerjakan.....
Quote khaira01 10-8-2014 02:51 PM
Kesian baby tu.huuu..
Quote BotakChinPeng 10-8-2014 02:52 PM
Baguuss. Dah kena tangkap
Quote GhostWalking 10-8-2014 03:09 PM
FanTasyCreaTioN posted on 10-8-2014 06:44 AM
adik tolong tepek gambar nya yer bang

Thank you dear
Quote FanTasyCreaTioN 10-8-2014 04:06 PM
GhostWalking posted on 10-8-2014 03:09 PM
Thank you dear

sama2 bang

semoga baby tu cepat sedar dari koma tanpa sebarang kesan dalaman di sebab kan  dari jatuh tu



Quote aTiKah_aYuNi 10-8-2014 04:18 PM
kesian nyer.......
Quote cha22 10-8-2014 04:26 PM
Confirm ke kena dera pon. Especially kalo anak dah jenis melasak. Lebam2 kat kaki tu benda biase dok panjat sane sini. Aku yg jage anak sdiri pon kaki anak dok lebam sane sini hasil memanjat. Tu blm masuk lagi dah panjat, jatuh plak. Budak tgh melasak xkan ko nak ikat jgn bagi bergerak.

Anyway, semoga keadilan berpihak pada yg benar. Bila dah jage anak sdiri ni, baru paham ape yg pengasuh rase. Jgn cpt sgt judge pengasuh mendera budak. Kalau betul dia dera, semoga dia dpt balasan setimpal . And semoga adik cpt sihat semula.
Quote alieyrina 10-8-2014 07:32 PM
Anak aku pun buas...kalau antaq umah pngasuh mcm mana la agaknya..ni mak aku yg jaga so lega sikit..kalau kena antaq ke pengasuh, aku mesti kesiankan pgasuh tu...

Tp budak ni baru 14bln..aku rasa masa anak aku 14 bulan x reti panjat2 apa lg...baru betatih..kalau letak ats bangku pun mcm x stabil ja utk dibiaq kan...kan?

comel bb nii  
Quote faraway1 10-8-2014 07:37 PM
sian, dah ada kesan lebam still dihantar anak tu..
kalau diambil tindakan awal awal lepas kes lebam tu, sure budak
tu ok hari ini..

but hey, bak kata pengerusi kelab ''kami mengandung anda tidak'' forum cari,
ibu bapa beranak lebih mengetahui....
Quote alinone78 10-8-2014 07:41 PM
Innalillah
Semoga dipermudahkan
Quote poison_paradise 10-8-2014 07:42 PM
Kan.. Da tau anak lebam masih gigih anta anak ke pengasuh? Mg nk suruh anak tu Mati ke..

Quote xdielzx 10-8-2014 07:49 PM
Kesian bb tu.. comey ja..
Quote mystica 10-8-2014 08:05 PM
ibu bapa budak tu tak tanya ke pengasuh tu kenapa pipi n kaki anak tu lebam. kalau tak dera pun kot2 negligent ke.
Quote djflux2000 10-8-2014 08:09 PM
LEGENDARY posted on 10-8-2014 02:37 PM
sebut pasal koma ni aku ade kisah menyayat hati yang ingin aku kongsikan bersama .. sadis weh, meman ...

Ko.memang legend..skrg org tgh kena musibah ko.leh chnge topik.lipas ko...
Quote shernazz 10-8-2014 08:12 PM
LEGENDARY posted on 10-8-2014 02:37 PM
sebut pasal koma ni aku ade kisah menyayat hati yang ingin aku kongsikan bersama .. sadis weh, meman ...

Harini beliau masih koma ke..sedih btol

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.079483 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top