CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan Lebat Di Jangka Seminggu

13-8-2014 10:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6539| Komen: 36

Hujan Lebat Di Jangka Seminggu


Kuala Lumpur: Hujan lebat yang dialami beberapa kawasan di negara ini sejak beberapa hari lalu terjadi berikutan berlaku pembentukan atmosfera yang sesuai serta tiupan angin yang lemah dari pelbagai hala.

Pegawai Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Bahagian Pusat Cuaca Nasional Ambun Dindang berkata faktor itu memudahkan pembentukan awan secara semula jadi, sekali gus meningkatkan aktiviti hujan.

“Ia adalah kejadian semula jadi bagi pembentukan hujan yang dialami sekarang. Kita ramalkan negara akan menerima hujan dalam kuantiti yang banyak selama seminggu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berdasarkan pencerapan taburan hujan harian oleh JMM, tiga lokasi menerima hujan lebat melebihi 80 milimeter (mm) iaitu Batu Embun, Batu Pahat dan Subang.

“Hujan di beberapa negeri semalam (kelmarin) berjaya meningkatkan kualiti udara di kawasan dilanda jerebu manakala tiupan angin turut membantu mengurangkan jerebu,” katanya.
Ambun berkata keadaan cuaca juga adalah lembap dengan purata suhu maksimum tidak melebihi 35 darjah Celsius.

Bagaimanapun, selepas tempoh itu perubahan cuaca akan beransur kering kerana negara sedang mengalami angin barat daya yang akan menjadikan atmosfera kering.

6

Bagus
7

Marah
1

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 13-8-2014 08:02 AM
Check in

Ptg semalam hampir waktu maghrib hujan selebat lebatnya di daerah kuantan..Alhamdulillah
Sekian laporan
Quote nurul_akmar 13-8-2014 08:03 AM
kat labuan ni pepagi dah hujan. mlm tadi pon hujan.  sekian berita.
Quote yusryimran 13-8-2014 08:05 AM
Alhamdulilah sejuk bumi Malaysia
Quote AbukRokok 13-8-2014 08:28 AM
katanya ada buat pembenihan hujan
Quote enncy 13-8-2014 08:49 AM
hujan yg turun bagaikan mutiara...
Quote kentel 13-8-2014 08:52 AM
papepun alhamdulillah...hujan ni kurangkan krisis air kat selangor...cuma krisis politik langkah TSKI tak abes...
Quote jaja4 13-8-2014 10:01 AM
Alhamdulillah.. hujan turun di jb setiap ari..
Quote kikuri 13-8-2014 10:47 AM
semalam petang hujan turun lebat kat kuantan....sejuk skit...
Quote noell 13-8-2014 10:49 AM
bukan depa cakap el-nino sampai bulan 12 ka??? apa sudah jadi??
Quote deanswify 13-8-2014 10:52 AM
hujan sana sini. best!
Quote aechae 13-8-2014 10:54 AM
noell posted on 13-8-2014 10:49 AM
bukan depa cakap el-nino sampai bulan 12 ka??? apa sudah jadi??

ALLAH maha berkuasa kan... Kite bleh ramal je
Quote mikasa 13-8-2014 10:55 AM
Berhati kepada penunggang motorsikal .waktu hujan cam ni memang cabaran sikit nak gi kerja pagi2
Quote fatehana 13-8-2014 11:04 AM
Alhamdulillah hujan lebat sejak hr ahad hr tu
pastu senin dan selasa pun hujan
segar sikit pokok2 kat laman dan juga tempat lain
cuma utk penunggang motosikal sila berhati2 yea, jgn lupa bawa baju hujan
Quote honeybee1802 13-8-2014 11:05 AM
Sedang elok khalid sack all pkr n dap excos hujan turn mencurah2 di negeri selamgor....hehhe....
Quote enchikfitz 13-8-2014 11:08 AM
Cabaran utk penunggang motorsikal spt aku. Jalan licin, lopak air dan sikap pemandu yg nokharom kurang ajarnya time2 hujan. Apa2 hal syukur hujan balik. Sejuk tido mlm2 ni
Quote lipsofanangel 13-8-2014 11:14 AM
sini pun hujan....




Quote azrain98 13-8-2014 11:31 AM
sini baru mendung...
Quote opie5662 13-8-2014 11:33 AM
noell posted on 13-8-2014 10:49 AM
bukan depa cakap el-nino sampai bulan 12 ka??? apa sudah jadi??

name pon ramalan cuaca...tak semestinya betul
Quote cowey 13-8-2014 11:35 AM
dah 3 malam area umh aku nmpk guruh ngn kilat..

hujan tak turun2..

tp tanda2 tu dah ade..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.073812 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top