CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Hari Penentuan La Ode Ardi Rasila

14-8-2014 11:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14165| Komen: 67

Hari Penentuan La Ode Ardi Rasila


Shah Alam: Bebas atau gantung sampai mati? Nasib bekas pengawal keselamatan AmBank Subang Jaya, La Ode Ardi Rasila yang didakwa membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu  diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan pada akhir kes pembelaan itu selepas mendengar hujahan  pembelaan, kelmarin.

Sebelum ini, pendakwaan memanggil 24 saksi dalam prosiding perbicaraan kes itu yang bermula 23 Jun lalu manakala hanya tertuduh seorang tampil memberi keterangan bela diri dan memilih memberikan keterangan secara bersumpah.   

Mengikut pertuduhan, La Ode, 36, didakwa membunuh Norazita, 37, di dalam bangunan Am-Bank, nombor 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.   Dia turut didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api  pump gun dengan niat menyebabkan kematian kepada pegawai AmBank itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang turut membawa kepada hukuman mati.


Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Mohd Azari Harun dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asyraf Md Kamal manakala tertuduh diwakili peguam S Selvi.   

Dalam keterangan bela dirinya, warga Indonesia itu berkata, dia tidak mempunyai niat untuk membunuh Norazita dan mendakwa ada menarik pump gun itu hanya untuk memaklumkan dia mahu melakukan rompakan, namun menafikan menekan picu untuk melepaskan tembakan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dalam kejadian itu Norazita maut ditembak ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’.

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 14-8-2014 09:52 AM
ngk kat tv ari tu, dh kurus si La Ode nie
Quote PongKang 14-8-2014 09:54 AM
ape pulak dia x igt dia tarik picu? sah2 dia punye muka dlm whatsapp video yg tersebar kat hp tu. if dia bole bebas, nampaknya sistem kehakiman kita ni ada something wrong.
Quote zacrin 14-8-2014 10:02 AM
kalo dia bebas elok cari kat lua lepas tu bunuh je dah terang2 dia yg bunuh
Quote ashraf5587 14-8-2014 10:18 AM
Undang-undang manusia tak sehebat undang-undang Allah.Andaikata lepas,memang patutlah beralih ke undang-undang Allah.
Quote a_gen2 14-8-2014 10:27 AM
PongKang posted on 14-8-2014 09:54 AM
ape pulak dia x igt dia tarik picu? sah2 dia punye muka dlm whatsapp video yg tersebar kat hp tu. if ...

maksudnya dia tak sengaja tembak.  Boleh jadi jugak sebab dlm video tu tak nampak gerak badan dia.

Pun gitu, melihat dr segi selambanya dia ambil duit aku tak percaya.  Kalau tak sengaja, mungkin wujud keadaan panik spt cuba memeriksa mangsa etc.  Tak de nampak dia terkejut kerana tertembak mangsa.

Aku yakin hakim tak akan terima statement dia.
Quote pittjie 14-8-2014 10:29 AM
PongKang posted on 14-8-2014 09:54 AM
ape pulak dia x igt dia tarik picu? sah2 dia punye muka dlm whatsapp video yg tersebar kat hp tu. if ...

ingat ke tak ingat .. mmg dia dah buat. kalau lepas dari hukuman .. mmg laaaaa.

Quote GhostWalking 14-8-2014 10:49 AM


SHAH ALAM - Pengawal keselamatan warga Indonesia yang menghadapi pertuduhan membunuh kakitangan Ambank, Norazitta Abu Talib, 37, di USJ, dekat sini, dua tahun lalu dijatuhi hukuman mati sebenar tadi oleh Mahkamah tinggi selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Akhtar Tahir  terhadap La Ode Ardi Rasila, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

La Ode juga dijatuhi hukuman mati atas tuduhan melakukan rompakan dengan menggunakan senjata api.

Berdasarkan pertuduhan, La Ode Ardi Rasila, 37, dituduh membunuh Norazita antara jam 6.00 petang hingga  jam 6.30 petang di Bangunan Ambank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya pada 23 Oktober 2013.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Dia juga turut didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili oleh Ketua Pendakwa Negeri, Mohd Azari Haron bersama Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Md Kamal.

Seramai 24 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang prosiding itu berlangsung sejak 24 Jun lalu.


Read here: http://www.sinarharian.com.my/se ... hukum-mati-1.307644
Quote zorrro_03 14-8-2014 10:56 AM
mampus laa kau kena ikat tali nnt...  kalau bebas pula mampus sniper tunggu kau.
Quote fifie_olin 14-8-2014 11:00 AM
bila nk gantong ni...
biar mampos di situ...
nk merompak tp bodo
Quote a_gen2 14-8-2014 11:01 AM
FB dia still active ke?
Quote gede-bab 14-8-2014 11:04 AM
GhostWalking posted on 14-8-2014 10:49 AM
SHAH ALAM - Pengawal keselamatan warga Indonesia yang menghadapi pertuduhan membunuh kakitangan ...

rasain loe bajingan...mampus loe brengsek....
Quote tumpanglalu74 14-8-2014 11:08 AM
TAK SENGAJE???  Cam sial.

Mohon hukum bunoh cara yang sama dia bunoh pegawai bank tu.
Quote FanTasyCreaTioN 14-8-2014 11:10 AM
Pengawal keselamatan warga Indonesia yang menghadapi pertuduhan membunuh kakitangan Ambank, Norazitta Abu Talib, 37, di USJ, dekat sini, dua tahun lalu dijatuhi hukuman mati sebenar tadi oleh Mahkamah tinggi selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan.


Quote applemy 14-8-2014 11:13 AM
Kena Gantung kat Malaysia..
Quote kauado? 14-8-2014 11:16 AM
FanTasyCreaTioN posted on 14-8-2014 11:10 AM


Quote applemy 14-8-2014 11:21 AM
Tersalah post.. huhu Last edited by applemy on 14-8-2014 11:26 AM

Quote fatehana 14-8-2014 11:22 AM
akan ada appeal ke lps ni

Quote OmJualGas 14-8-2014 11:26 AM
itu la kau om, bagus-bagus kau kerja tanam sayur saja di sabah....
Quote estrelle 14-8-2014 11:26 AM
applemy posted on 14-8-2014 11:21 AM
Wau Dubai.. makin dahsyat!

Ai ingat lagi, Dubai hanya lah sebuah pekan masa pertengahan 90an.. ai ...

Salah thread ke??

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.154106 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top