CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemalangan Membabitkan Keluarga Diraja Kelantan

20-8-2014 09:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15406| Komen: 49

Kemalangan Membabitkan Keluarga Diraja Kelantan

Gua Musang: “Saya melihat kereta dinaiki tiga beradik itu menuju ke arah saya di laluan bertentangan sebelum mengelak, namun bertembung dengan dua lagi kereta di belakang yang sama-sama menuju ke arah Kuala Krai,” kata Yusri Ismail, 31, yang terselamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, seorang maut dan lima parah, termasuk tiga beradik kerabat diraja Kelantan, selepas kereta dinaiki bertembung di Kilometer 25.9 Jalan Gua Musang-Krai berhampiran Gua Sejuk.

Mangsa yang maut dikenali Mohd Saiful Bahri Awang, 41, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap A manakala isterinya Siti Nor Fazlina Mohamad, 34, yang juga jururawat Klinik Kesihatan Jeram Tekoh, cedera parah.

Tiga beradik terbabit itu turut mengalami cedera parah iaitu Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissel, 38, adiknya Tengku Fatimah Ainura, 34, dan Tengku Farini Amelina, 26, selain penyelia Tanah Rancangan Felda Jengka 9, Mohd Faizal Mohd Sukri, 30, yang menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).




SEORANG kerabat Diraja Kelantan terlantar di tengah jalan dalam keadaan cedera parah dalam kejadian itu. Yusri dan isterinya Faradila Kadir, 30, terselamat kerana sempat mengelak.


12

Bagus
15

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 20-8-2014 06:23 AM
Malaikat Maut ..tak ambik pot..siapo hang....
Quote FanTasyCreaTioN 20-8-2014 06:41 AM

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang sedang
mengeluarkan mayat Mohd Saiful Bahri yang tersepit dalam kereta.

Kejadian itu berlaku dipercayai kereta dinaiki tiga beradik kerabat Diraja Kelantan itu yang dipandu, Tengku Farini Amelina dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan kereta Produa ALZA dipandu Yusri.

Selepas itu, kereta Proton Saga dipandu kerabat Diraja Kelantan itu pula bertembung dengan kenderaan dipandu Mohd Saiful Bahri yang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kota Bharu dan kenderaan Proton Persona dipandu Mohd Faizal.

Berikutan itu, seorang penumpang kerabat Diraja Kelantan itu tercampak keluar ke atas jalan  dalam keadaan cedera parah sebelum kenderaannya menjunam ke dalam cerun.

Yusri ketika ditemui di tempat kejadian berkata, dia sempat mengelak kenderaannya apabila melihat kereta dinaiki tiga beradik kerabat Diraja itu terbabas memasuki lalu bertentangan.

Katanya, sebaik berlaku kejadian itu, dia terus memberhentikan kenderaan untuk melihat kenderaannya yang rosak dan melihat dua lagi kenderaan terbabit dalam kemalangan berkenaan.

“Saya terus bergegas ke tempat kejadian kerana melihat kejadian kemalangan itu membabitkan banyak kenderaan hingga ada yang tercampak keluar dari kereta dinaikinya.

“Sayu saya mendengar suara meminta tolong termasuk dari kereta dinaiki mangsa dan kereta dinaiki tiga beradik kerabat Diraja Kelantan itu yang masing-masing berada dalam cerun di tempat berasingan,” katanya.

Ibu mangsa, Siti Zubaidah Yusoff, 63, berkata, anaknya itu dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menghantar menantu (isteri mangsa) yang ingin menyambung pelajaran dan perlu berada di bandar itu jam 9 pagi hari kejadian.

“Memang dia ada bagi tahu mak cik malam kelmarin yang dia akan ke Kota Bharu pagi esok (hari ini) untuk menghantar isterinya belajar dan mak cik terkejut menerima berita pagi ini (semalam) dia kemalangan.

“Rasa tidak percaya berlaku kemalangan meragut nyawa anak mak cik itu, tetapi apa pun mak cik terima takdir Tuhan dan tetap bersyukur menantu mak cik masih selamat,” katanya.

Adun Galas, Ab Aziz Yusof turut melawat tiga beradik kerabat Diraja Kelantan yang cedera dalam kemalangan itu di bilik rawatan kecemasan HGM.

kat link kat bawah ..
ada lagi gambar .. tapi rasa tak sesuai lak nak tepek kat sini

http://mountdweller.blogspot.com ... at-dalam-nahas.html




Quote FanTasyCreaTioN 20-8-2014 06:42 AM
Al-Fatihah untuk arwah ..
dan Takziah untuk keluarga mangsa

semoga semua nya d permudahkan ...
Quote sarajevo 20-8-2014 06:46 AM
bila punya berita nih?...
Quote fahima80 20-8-2014 07:10 AM
Kenapa aku macam pernah baca berita ni? Tahun lepas punya ke?
Quote nhuser 20-8-2014 07:25 AM
Cerita raya tahun lepas
Quote deanswify 20-8-2014 07:35 AM
cerita basi? betul ker?
Quote deanswify 20-8-2014 07:37 AM
LUNCH yahudi tlg confirm
Quote fifie_olin 20-8-2014 07:40 AM
tu le rs mcm pernh ku bc...
aku pantang btl citer kuar byk2 kali..
lenkali search dulu la deyyyy
Quote haryatie 20-8-2014 07:42 AM
Innalillah....
takziah...
Quote Simunggu 20-8-2014 07:43 AM
mcm cerita lama...
Quote MissNigga 20-8-2014 08:09 AM
tt ni sure main cedok jer...

kalo tny ankle google... dia akan list sekali berita yang masuk archieve ... kena klik berita tu dan tgk biler diposting... baru tau CI or citer basi
Quote zach2008 20-8-2014 08:10 AM
fahima80 posted on 20-8-2014 07:10 AM
Kenapa aku macam pernah baca berita ni? Tahun lepas punya ke?

Aku pun rasanya pernah terbaca berita ni dlm Cari...

Quote idadzira 20-8-2014 08:16 AM
tu la asyik sgt sokong yahudi sampai berita basi pun nak letak
Quote ultra78 20-8-2014 08:19 AM
Copy paste dari blog ke?

Yang aku perasan, di sesetengah blog tak display full date. Contohnya display 20-Aug sahaja. Tahun tak display. Memang mengelirukan
Quote sjnkishka 20-8-2014 08:35 AM
Berita lama daa selow
Quote abas8888 20-8-2014 08:38 AM
kat link tu display date 18/8/2013...
Quote PongKang 20-8-2014 08:48 AM
al fatihah dan salam takziah
Quote PongKang 20-8-2014 08:49 AM
lorr berita lama ke

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.059635 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top