Dikatakan ‘Downgrade’ Orang Melayu : Shila Amzah Teruk Dihentam!
Ha.. Ini memang berita panas. Sepanas kuih yang baru keluar daripada ketuhar gitu. Kami sebenarnya baru nak pergi lunch, tengok-tengok ada pula email daripada seorang individu yang tak puas hati dengan penyanyi berbakat besar, Shila Amzah.
So, kami pun batalkan hasrat untuk pergi lunch dan siasat dakwaan bahawa Shila dikatakan ‘downgrade’ orang Melayu dalam Instagramnya. Maka, terbukti foto yang kami terima itu sahih dan isu ini berpunca daripada salah seorang follower Shila memberi komen berkenaan konsertnya di Shanghai.
Foto yang dimuat naik oleh Shila Amzah 2 jam yang lalu
Tak dapat dinafikan teguran individu itu juga agak ‘harsh’ dan mungkin juga boleh memalukan Shila yang seperti diketahui umum sudah mempunyai kelompok peminatnya tersendiri di Shanghai.
Bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa tidak wajar Shila untuk meletakkan perkataan Me-Layu sebagai caption foto tersebut memandangkan ia merupakan isu yang amat sensitif.
Antara lambakan komen daripada followers Shila Amzah
Malah, ada juga followersnya yang dilihat amat marah dengan tindakan Shila dan sekaligus melabelkan penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur itu sebagai lupa daratan.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|