CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pesawat MAS Kosong : Fitnah Media Barat

28-8-2014 04:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19538| Komen: 131

Pesawat MAS Kosong : Fitnah Media Barat !! 

Setelah dua tragedi besar melanda syarikat penerbangan Malaysia MAS baru-baru ini, pelbagai andaian dibuat terhadap reputasi syarikat penerbangan itu. Memang tidak dinafikan, reputasi MAS sedikit tergugat, tetapi tidaklah seteruk yang diwar-warkan oleh media, terutamanya media barat.

2 hari lepas admin ada melihat artikel berkenaan pesawat MAS Airlines yang ketiadaan penumpang dan menghadapi kerugian adalah amat mengejutkan dan menyedihkan. Lega hati ini apabila dua gambar yang menunjukkan gambar penerbangan MAS yang menunjukkan kabin kosong dijadikan sumber bagi media terutamanya dari barat untuk membuat cerita bahawa reputasi MAS telah tergugat adalah palsu

Berita dari mashable.com "MAS bakar $2Juta Sehari, sedangkan pesawat semakin kosong", menjadi popular dan viral di internet. (Carian semula di laman web tersebut, artikel telah tiada mungkin ditarik balik..


Pemilik asal dua gambar tersebut telah tampil menceritakan keadaan sebenar setelah terkejut gambarnya telah masuk di dalam media. Salah seorangnya ialah rakyat Malaysia kelahiran Ipoh yang baru-baru ini telah memenangi Master Chef UK. 


Petikan dari deskripsi gambar beliau berbunyi " Terkejut kerana gambar ini berada di dalam media!. Sesiapa yang pernah naik kapal terbang tahu, keluarga yang ada anak kecil dibenarkan naik dahulu. Kapal terbang itu tidak kosong, sebaliknya ia penuh. Ianya sedih apabila pujian atas layanan(gambar) yang saya berikan digunakan untuk menyerang syarikat penerbangan yang sedang menghadapi saat getir. Kita sepatutnya memberikan semangat."

Mengenai gambar kedua pula, seorang pengguna yang berada di dalam pesawat yang sama turut menceritakan keadaan sebenar.

Keadaan pesawat tidaklah sekosong yang disangkakan. Leanne Marotta, yang menggunakan nama twitter @lee0173 yang turut menceritakan keadaan sebenar. Beliau mengambil gambar lelaki diatas iaitu sepupunya yang menaiki pesawat yang sama.


Menurut Leanne, memang kurang penumpang pada waktu itu. Tetapi setelah dia menanyakan seorang lelaki kenapa tempat 'check-in' kosong. Lelaki itu menjawab, "kerana sekarang masih di awal pagi(5:30 pagi)", dan dia menganggarkan lebih kurang 60 orang menaiki kapal terbang yang sama.

Nampaknya, jelas dan nyata usaha pihak tidak bertanggung jawab yang membuat spekulasi hanya kerana dua gambar ini. Spekulasi tentang reputasi buruk MAS ini telah dilaporkan di beberapa laman berita barat seperti mashable.com, Yahoo Singapore News, New York Daily News, Metro UK dan juga beberapa laman berita tempatan.

Jelas sekali usaha mereka untuk menjatuhkan imej MAS dan Malaysia.

5

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 27-8-2014 09:42 PM
tahniah kepada pemenang ni!
Quote munchkin 27-8-2014 09:42 PM
comey baby dia!
..
Quote famri7 27-8-2014 09:42 PM
Hencap selagi boleh.selayaknya. Last edited by famri7 on 28-8-2014 03:09 PM

Quote ellekarma 27-8-2014 09:42 PM
hamek. thank you sbb post nie.

ramai kutuk mas pasal gmbr ni, cth cam satu twitter account @planesonearth

Quote CiliPadiSedap 27-8-2014 09:43 PM
saman aussy. saman aussy. saman aussy.  

urm. nk tanya kalau akak ternak kanggaru kat malaysia kos nya cmne ek? tak pun poala bear?
Quote atira 27-8-2014 09:46 PM
munchkin posted on 27-8-2014 09:42 PM
comey baby dia!
..

baby mix la katakan..
kejadahnye portal oz caprut ni buat berita pelesu

apa pon... mas buat la sales gila gila gila
Quote membesar 27-8-2014 10:02 PM
australia ni macam asyik cari pasal dengan MAS je. apesal tahh
Quote mbhcsf 27-8-2014 10:09 PM
Padan mukaaa sapa dok buat issue palsu !!!

Malu yang gigih sangat burukkan MAS
Quote Zamzari 27-8-2014 10:10 PM
hampir sepanjang masa flight MAS dari London ke Australia (via  KL) penuh dengan umah kokesyen, itu agaknya orang Ausie simpan perasaan cemburu....
Quote mbhcsf 27-8-2014 10:10 PM
It was in fact full!!!!

Ahem sapa gigih burukkan MAS di forum cari ni!
Quote azharariff 27-8-2014 10:13 PM
economy seats pun kosong pa crita?
Quote munchkin 27-8-2014 10:14 PM
atira posted on 27-8-2014 09:46 PM
baby mix la katakan..
kejadahnye portal oz caprut ni buat berita pelesu

rambut baby tu ala kokesen. features dia nampak banyak ke asian. babies are all cute

proud of her and the rest of masterchef winners! terror sangat. respect!
Quote azrain98 27-8-2014 10:18 PM
membesar posted on 27-8-2014 10:02 PM
australia ni macam asyik cari pasal dengan MAS je. apesal tahh

national courier airlines dorang kan pernah bankrup dulu..pernah dgr Ansett Australia? thun 2001 tutup operasi



lps tu buat Australian Airlines pulak...tu pun bankrup tahun 2006 and tutup company



then latest Qantas australia...tu pun hampir bankrup tahun 2012 tak silap den tapi dorang rebrand jadi qantas tpi livery sama gakla











Quote beta_carotene 27-8-2014 10:40 PM
kalau betina melayu yang hamil dia akan hencapkan balik syarikat penerbangan tu..
Quote ida88 27-8-2014 10:50 PM
Tu la die bahana suke2 amek gamba org
Then buat caption laen
Skrg sendiri malu semalunye sbb buat berita pelsu

So bole la mas saman balek reporter yg fitnah mas kan?
Quote ida88 27-8-2014 10:52 PM
azrain98 posted on 27-8-2014 10:18 PM
national courier airlines dorang kan pernah bankrup dulu..pernah dgr Ansett Australia? thun 2001 t ...

Banyak kali juga bankrup
rakyat tak support ke?



Quote spiderman80 27-8-2014 10:54 PM
Kenapa tarak cacai anti Cina masuk berikan sepatah dua? Calling Dzeck, AN, ikan kehing, magnagada...
Quote ulamalu 27-8-2014 10:55 PM
Ingat melayu je terkenal dgn phd nya, rupanya mat saleh serupa jah.
Quote Magika 27-8-2014 10:56 PM
azrain98 posted on 27-8-2014 10:18 PM
national courier airlines dorang kan pernah bankrup dulu..pernah dgr Ansett Australia? thun 2001 t ...

actually ansett n qantas tu berbeza entiti

qantas memang dah ada lama dah , bukan selepas ansett bankrupt

ansett is different airline

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.209750 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top