CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kuala Lumpur, Bandaraya Paling Selesa Di Dunia

4-9-2014 10:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9293| Komen: 71

Bandar raya paling selesa di dunia

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur komited dalam usaha transformasi menjadikan ibu negara sebagai sebuah bandar raya pilihan masyarakat global.


MASJID Jamek Kuala Lumpur serta kawasan sekitarnya turut akan menjalani proses transformasi menerusi pelan Greater KL.

SEJAK Wawasan 2020 digagaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1991, rakyat telah menyaksikan pertumbuhan pesat di seluruh negara terutama di bandar raya Kuala Lumpur sehingga hari ini.

Pertumbuhan pesat tersebut turut menyaksikan terbinanya mercu tanda pencakar langit Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur yang mendorong imej ibu negara terus melonjak serta terkenal di seluruh dunia. 

Ia disusuli pula dengan pembinaan beberapa lagi bangunan moden milik syarikat-syarikat multinasional (MNC) yang berpangkalan di negara ini dan turut berfungsi mengangkat imej Kuala Lumpur di mata masyarakat global.


Perkembangan pantas yang mengambil masa kira-kira 20 tahun itu juga menjadikan wajah Kuala Lumpur jauh berbeza dan lebih maju berbanding beberapa bandar raya utama lain di rantau ini.

Pelan Greater KL yang diperkenalkan pada tahun 2010 menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) pula menyaksikan pembangunan ibu negara dijalankan secara lebih tersusun di kawasan-kawasan strategik seperti sekitar Jalan Ampang, Bukit Bintang dan Lebuh Pasar.

Pemodenan ini pastinya sesuatu yang positif oleh generasi muda seperti Ahmad Muzammil Taha, 33. Eksekutif di sebuah syarikat multimedia ini melihat perkara tersebut selari dengan status Kuala Lumpur sebagai bandar raya utama negara. Beliau pasti limpahan pembangunan itu akan dikongsi rakyat jelata.
"Saya percaya prasarana Kuala Lumpur yang berubah nanti memberi manfaat kepada semua termasuk pelancong asing apabila bandar ini menjadi destinasi pilihan mereka," ujarnya.
Isu mengenai kesesakan lalu lintas pula menjadi kebimbangan seorang lagi warga kota, Nurul Huda Ab. Karim, 28, berikutan pertambahan kenderaan yang masuk ke pusat bandar.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pelan Greater KL mengambil kira semua aspek yang berfungsi sebagai nadi utama dalam memastikan ibu negara menjadi sebuah bandar raya paling selesa di dunia.

"Melalui Greater KL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) komited dalam usaha menjadikan ibu negara sebagai bandar raya pilihan masyarakat antarabangsa.

"Persekitaran bersih, keindahan landskap dan keadaan jalan raya tidak sesak merupakan antara ciri-ciri keselesaan yang diimpikan oleh setiap warga kota," kata beliau semasa program DBKL Bersama Media baru-baru ini.

Tambah Ahmad Phesal, DBKL bersama MNC serta agensi-agensi kerajaan terlibat seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut mengadakan kerjasama dalam mengindahkan persekitaran bandar raya Kuala Lumpur.

"Selain itu, DBKL juga bekerjasama dengan JPSM untuk mengenal pasti spesies tumbuhan balak yang sesuai ditanam di kawasan bandar.

"Ia bertujuan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya dalam taman yang memberi keselesaan kepada penghuni warga kota," tambah beliau.

Ketika ditanya pelan DBKL mengatasi kesesakan jalan raya melibatkan 2.1 juta kenderaan sehingga mengganggu keselesaan warga kota, Ahmad Phesal memberitahu, pihaknya akan menyediakan lebih banyak laluan pejalan kaki yang menghubungkan kawasan strategik di ibu kota.

DBKL turut menaik taraf 38.7 kilometer laluan pejalan kaki di sekitar Lebuh Pasar, Bukit Bintang serta Jalan Ampang.

Hijau

BILANGAN taman dalam bandar sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang wajar diperbanyak untuk menjadikan ibu negara sebagai sebuah bandar raya yang selesa.

Ahmad Phesal menambah, DBKL juga merancang menanam 100,000 pokok dalam tempoh 10 tahun akan datang termasuk di laluan pejalan kaki bagi menggalakkan orang awam tidak menggunakan kenderaan di pusat bandar.

"Sebanyak 30,000 pokok telah ditanam. Untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pilihan masyarakat dunia, DBKL berusaha membina lebih banyak zon hijau," katanya.

Bermula pada tahun 2010, DBKL giat menjalankan program pemulihan Sungai Klang dan Sungai Gombak yang menghadapi masalah pencemaran dengan kerjasama JPS.

Mengulas lanjut, Ahmad Phesal memberitahu, para pemaju yang ingin membina bangunan berhampiran sungai disyarat menyediakan pelan penjagaan sungai.

Malah, syarat terbaharu itu juga tidak membenarkan pemaju membina bangunan pada jarak kurang daripada tiga meter dari tebing sungai.

Seni bina bangunan pula mesti mengambil kira keperluan untuk memastikan sungai terpelihara daripada risiko pencemaran seperti menyediakan persekitaran mesra alam berhampiran tebing sungai.

"Transformasi ini untuk memastikan program pemulihan sungai dan pembangunan hartanah berjalan seiring tanpa menjejaskan satu sama lain," katanya sambil memberitahu 10.7 kilometer Sungai Klang sedang menjalani pemulihan.

Kombinasi antara program penghijauan kawasan awam, pemulihan bangunan warisan serta pengindahan semula sungai juga memainkan peranan penting dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya sihat.

Bandar raya yang sihat dan bebas daripada pencemaran pula akan menarik lebih banyak pelabur asing serta MNC untuk beroperasi di negara ini.

"Sebagai jantung ekonomi Malaysia, kerajaan serius menyediakan fasiliti perniagaan bagi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya antarabangsa yang kompetitif," kata Ahmad Phesal.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Zainal Amanshah berkata, Greater KL juga berperanan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

InvestKL merupakan sebuah agensi korporat yang dilantik untuk menarik pelaburan asing bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi serta mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelan Greater KL.

Menerusi kemasukan pelaburan asing melalui InvestKL, ia dijangka menyediakan hampir 400,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor menjelang tahun 2020.

Sehingga kini sebanyak 100 buah MNC telah berpangkalan di Kuala Lumpur dan menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan sejak beberapa tahun lalu.

"Greater KL mempunyai pelan agresif untuk pembangunan ekonomi. Pelaburan besar oleh MNC berupaya meningkatkan kualiti dan taraf hidup penduduk ibu kota menerusi peluang pekerjaan," kata Zainal.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael Yam pula menegaskan pelan Greater KL yang melibatkan semua aspek amat penting untuk mengekalkan Kuala Lumpur dalam persaingan global.

Katanya, ia mengenai persaingan sengit antara semua bandar raya utama dunia dalam menarik pelaburan asing serta menyediakan keselesaan.

"Penting untuk kita memberi tumpuan penuh dalam usaha menaik taraf semua aspek bagi menjadikan Kuala Lumpur sebagai antara bandar raya terbaik dunia," katanya.


6

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Muntz 3-9-2014 10:26 PM
Bandar cantik tapi mentaliti rakyat masih di takuk lama, tak selesa jugak.
Quote LUNCH 3-9-2014 10:39 PM
Paling selesa di dunia? Ni confirm nak tipu melayu pprt macam cilipadisedap dan makjanda afrika tu!
Quote rospinki 3-9-2014 10:42 PM
selesa sehingga makin ramai gelandangan menyelesakan diri mereka beramai2.
Quote PE-DX03 3-9-2014 10:44 PM
wow. really? tuu gud tu be tru. dengan masalah komuniti ghetto di pantai dalam, sunway, cheras, wangsa maju, masalah mat afrika, nepal, bangladesh, masalah jenayah setiap hari, bhutan safe better than kl lar  
Quote melinda_kerr 3-9-2014 10:47 PM
Negara akan selesa without the arabs iranian and african. Bangsa ni dah mula bongkak dan biadap mcm negara ni diaorg yg punya.
Quote LUNCH 3-9-2014 10:56 PM
Masalah dengan pembanggunan di Malaysia tu kerajaan tak boleh tengok ada tanah kosong mesti nak buat banggunan. Tak vikir future gitew. Orang ramai nak open space, seperti taman taman hijau di tengah bandar. Itulah bila taraf pprt yang buat planing habis merosakan kawasan bandar. Lepas tu claim kl bandaraya paling selesa di dunia.
Quote spiderman80 3-9-2014 10:57 PM
......lagipun Malaysia ada Puan Botakchinpeng
Quote alieyrina 3-9-2014 11:04 PM
Good try..sila cuba lagi ...
Quote CiliPadiSedap 3-9-2014 11:26 PM
kalau yg tak pernah purgi luar negara mmg percaya artikel ni
Quote jfq 3-9-2014 11:37 PM
Selesa apa kalau pedestrian walk pun penuh moto parking tiles terbongkah nak jalan kena elak mcam2 obstruction
Quote kucen_miang 3-9-2014 11:41 PM
Mmg selesa.selesa utk pati
Quote ice_sky92 3-9-2014 11:42 PM
Quote finesse 3-9-2014 11:47 PM
Penuh dengan warga asing. Tak selesa.
Quote PongKang 4-9-2014 12:08 AM
sebenarnya nk bgtau area masjid jamek tu paling selesa nk jumpa warga asing, kene pow, kene ragut, makan celah bangunan, tikus mcm kucing, etc. kan? kan?
Quote axl_bach 4-9-2014 12:11 AM
LUNCH posted on 3-9-2014 10:56 PM
Masalah dengan pembanggunan di Malaysia tu kerajaan tak boleh tengok ada tanah kosong mesti nak buat ...

kat KL tu byk bangunan Kerajaan Persekutuan ker yg mencanak2 naik????yer ke Kerajaan pantang nampak tanah kosong terus nak bina bangunan Kerajaan??

Quote muo1202 4-9-2014 12:13 AM
Mudah-mudahan la dato bamdar kl...
Quote LUNCH 4-9-2014 12:18 AM
axl_bach posted on 4-9-2014 12:11 AM
kat KL tu byk bangunan Kerajaan Persekutuan ker yg mencanak2 naik????yer ke Kerajaan pantang nampa ...

Lorrr bile pulak aku cakap banggunan kerajaqn. Ayat yang lebih senang nak faham kerajaan tempatan tak boleh tengok tanah kosong je mesti nak luluskan plan untuk buat banggunan
Quote dani-rox 4-9-2014 12:56 AM



Selesa la sangaaaatttt...
Quote unhas 4-9-2014 01:08 AM
mane2 tempat pun kalau crowded memang takde nye nak jadi selesa.sama je seluruh dunia even new york pun sama.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.243982 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top