Ayam Naik 80 Sen! Shahrizal sedang memotong bahagian ayam yang akan dijual di Pasar Kedai Payang, semalam.
KUALA TERENGGANU - Harga ayam di negeri ini naik sebanyak 80 sen dari RM7.70 sekilogram kepada RM8.50 bagi ayam standard sementara RM9.30 sekilogram bagi ayam super sejak empat hari lalu. Peniaga ayam di Pasar Kedai Payang, Shahrizal Rosli, 34, berkata, walaupun jualan ayam tidak begitu laris, harganya kian naik dipercayai akibat kekurangan bekalan ayam selepas musim perayaan. “Harga ayam naik kebelakangan ini dipercayai akibat kekurangan stok ayam di Terengganu dan terpaksa ambil bekalan dari luar seperti dari Temerloh, Pahang. “Biasanya sehari kita jual dalam 200 kilogram ayam dan modal bagi ayam yang dijual ialah RM7.50, untung hanya RM1 sementara modal RM6.20 bagi ayam hidup,” katanya. Sementara itu, Pengurus TD Poultry Sdn Bhd, Rizal Kamarun mengakui bekalan ayam kini tidak mencukupi menyebabkan harga barang mentah itu meningkat kebelakangan ini. Menurutnya, dijangka harga ayam akan semakin naik kerana bekalan tidak cukup ditambah pula dengan musim cuti persekolahan. “Sekarang ramai peniaga ambil bekalan ayam dari luar kerana bekalan ayam tidak cukup di Terengganu. Kita hanya boleh keluarkan hingga 160,000 ekor hingga 200,000 ekor seminggu sedangkan keperluan ayam di sini sebanyak 60,000 sehari. “Harga ayam dijangka akan naik lagi disebabkan bekalan tidak mencukupi ditambah pula dengan bilangan anak ayam yang tidak mencukupi. Harga bagi anak ayam sahaja mencecah RM2.10 seekor berbanding RM1.90 atau RM1.80 sebelum ini,” katanya. Menurutnya, pada pertengahan Ogos lalu, harga ladang bagi seekor ayam ialah RM3.80 berbeza dengan peningkatan harga ladang sebanyak RM5.50 bagi seekor ayam hidup sekarang. Bagaimanapun, katanya, biasanya bekalan dan harga ayam akan stabil selepas Hari Raya Haji kerana kebanyakan masyarakat akan menggunakan daging lembu untuk menunaikan ibadah korban.
|
TuntungReturn posted on 12-9-2014 01:28 AM
di area kedah,perlis ade ayam goreng dijual rm1. seketul x besar tapi bleh la mkn.aku pun pelik mne ...
GhostWalking posted on 12-9-2014 09:09 AM
Pernah berbual dengan orang yang berkeluarga besar,anak2 pulak tengah naik jadi sekali makan memang ...
TuntungReturn posted on 12-9-2014 09:28 AM
di area kedah,perlis ade ayam goreng dijual rm1. seketul x besar tapi bleh la mkn.aku pun pelik mne ...
Anak_Nogori posted on 12-9-2014 02:05 AM
Ghost pernah berbual plak ngan penternak ayam tak?...CE dgr keluhan mereka dari kos harga Anak aya ...
GhostWalking posted on 12-9-2014 10:26 AM
Tapi ankel takkan naik sebegitu sekali
Anak_Nogori posted on 12-9-2014 11:12 AM
ITU yg ditanggung oleh penternak..bukan ayam sahaja..ternakan spt lembu..kambing...ikan...udang ga ...
ADVERTISEMENT