CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Tip Keselamatan Tunggangan

12-9-2014 04:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4619| Komen: 0



Persiap diri dan motosikal menjelang Aidilfitri untuk jamin keselamatan

Walaupun kebiasaannya menjelang musim perayaan Aidilfitri nanti lebih ramai yang akan memilih kenderaan empat roda untuk ke destinasi masing-masing memikirkan kapasiti barangan yang hendak dibawa dan ahli keluarga, masih ada golongan yang lebih selesa menunggang motosikal. Mungkin kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan atau bersesak-sesak di atas jalan raya, di sini, kami sediakan sedikit tip untuk mereka yang memilih motosikal sebagai pengangkutan utama.

1 – Pastikan motosikal dalam keadaan terbaik

Untuk mengelakkan sebarang masalah dalam perjalanan, setiap bahagian motosikal anda harus diperiksa keadaannya. Antara bahagian penting adalah lampu, sprocket, rantai, brek, tayar, pelincir dan bendalir- bendalir lain. Sekiranya ada bahagian yang perlu ditukar, lakukan lebih awal dan uji terlebih dahulu. Jangan pula baru ditukar, terus berjalan jauh. Mekanik juga pernah melakukan kesilapan.

2 – Ketahui had dan rancang perjalanan

Ini merujuk kepada kedua-dua penunggang dan motosikal itu sendiri. Rancang hentian yang perlu dilakukan mengikut jarak kemampuan motosikal (bergantung kepada bahan api dan keadaan tertentu) dan juga ketahanan diri anda. Bawa minuman di tempat yang mudah dicapai untuk mengelakkan dehidrasi terus segar.

3 – Bawa peralatan kecemasan

Bila sesuatu yang tidak dijangka berlaku, anda sepatutnya bersedia. Sebaiknya, anda faham motosikal yang digunakan dan membawa bersama peralatan penting seperti spanar, penampal tayar dan pam angin mudah alih. Anda boleh mendapati peralatan ini dalam pelbagai bentuk dan saiz kompak yang bersesuaian.

4 – Kemas barangan dengan teratur

Bawa barangan yang perlu sahaja. Sekiranya anda menunggang tanpa penumpang, beg tersebut boleh diletakkan di tempat duduk belakang dan diikat dengan baik. Selain tali getah yang biasa digunakan, terdapat juga beg yang boleh diikat terus pada motosikal dan kalis air. Memakai beg sandang selalunya boleh menyebabkan keletihan pada bahagian bahu. Beg tangki bermagnet juga boleh membantu.

5 – Lupakan kelajuan tinggi, ikut peraturan

Walaupun anda ingin bergerak jauh dan mengatasi kesesakan, fokus utama tetap adalah keselamatan. Lagipun, perjalanan yang teratur adalah lebih berkesan. Sekiranya kereta di semua lorong tidak bergerak dan anda menggunakan laluan paling kiri, beri lebih tumpuan kerana mungkin ada kenderaan rosak atau kerja pembinaan.

6 – Bergerak dalam kumpulan

Seeloknya, anda melakukan perjalanan bersama sekurang-kurangnya seorang lagi penunggang. Jika mengalami sebarang kesusahan, anda boleh membantu sesama sendiri.








Gambar disini : http://www.bhauto.my/tip-keselamatan-tunggangan/


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.036178 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top