CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Perompak Berjaya Ditahan Polis Kerana Terkentut

15-9-2014 05:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10870| Komen: 60

Perompak Berjaya Ditahan Polis Kerana Terkentut

Segamat: Seorang perompak yang bersembunyi di sebalik susunan tong gas ketika memecah masuk sebuah gudang di Paya Pulai di sini, kelmarin, berjaya ditahan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, suspek berusia 21 tahun memecah masuk sebuah gudang milik syarikat pembinaan bersama seorang rakannya sebelum kehadiran mereka dikesan sepasukan polis yang menjalankan rondaan.

Ketika itu, seorang daripada perompak berkenaan terus melarikan di ke dalam semak manakala suspek bersembunyi di sebalik susunan tong gas di dalam gudang itu.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihaknya menerima laporan berlaku kejadian pecah masuk di gudang berkenaan dan bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal.


PELBAGAI barangan antaranya peralatan kimpalan dan beberapa unit tong gas  yang cuba dilarikan dua lelaki.


“Apabila tiba di lokasi, anggota kami dapat melihat dua lelaki memasuki gudang itu dan terus menghampiri kawasan berkenaan.

“Anggota kami memperkenalkan diri dan meminta mereka menyerah sebelum salah seorang daripada mereka melarikan diri ke kawasan gelap berhampiran semak dan gagal dikesan.

“Anggota yang menjalankan pemeriksaan di dalam gudang itu menggunakan lampu suluh sebelum terdengar bunyi kentut dan terhidu bau busuk,” katanya.

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 15-9-2014 07:44 AM
serius lawak
Quote PongKang 15-9-2014 07:47 AM
lol bole jd modal filem david teoh
Quote peYno 15-9-2014 07:48 AM
johor maharaja lawak
Quote Eric.n9 15-9-2014 07:48 AM
Nasib baik lah kentut dia dah boleh mengeluarkan letupan

klu tak, heheheh
Quote damian_lee 15-9-2014 07:57 AM
wa terima kasih sama kentut lu ... #respect kentut yang mencari kebenaran ... hahahaha
Quote vv2005 15-9-2014 07:59 AM
adakah kerana terlalu takut..sampai terkentut..
Quote mak_wa95 15-9-2014 08:00 AM
hahahahaha...
nasib perompak tu xde pistol,kalau tak,memang polis ni dah kena tembak, sbb dekat sangat pun xnampak.kentut pun boleh dengar n bau...



pengajaran: buat jahat,macamna pun akan kantoi juga,kes ni kentut je penyebabnya
Quote gaara_X 15-9-2014 08:13 AM
mana tahan beb tengok orang lain pakai kete besar....
Quote myvios 15-9-2014 08:28 AM
lawak tul...
Quote fiezameysekali 15-9-2014 08:47 AM
hhahahahahahaha kes jenayah paling kelako
Quote artcrime 15-9-2014 08:55 AM
ni mesti set2 darah gemuruh yg xleh kawal lubang dubur ni..
Quote AMDTurion 15-9-2014 08:55 AM
hehe...padan muka....x tahulah camne baunya kentut dari sumber yg haram.
Quote prettyuglybabe 15-9-2014 09:51 AM
hahahaha... lain kali nak buat jenayah gi berak dulu. kan dah terkentut busuk
Quote cHimo 15-9-2014 09:52 AM
Hahahahahaaa ! Lawak siot !
Quote jengkoil 15-9-2014 09:53 AM
Perompak xbelaja ilmu senaman kemut...selayaknya...
Quote shernazz 15-9-2014 09:54 AM
Sbb mkn nasi lemak wak kentut ke
Quote liyamariska 15-9-2014 09:55 AM
mesti polis yg bertugas time tu menahan ketawa masa tangkap penjenayah nih...
Quote rosasa 15-9-2014 09:56 AM
rasanya masa ditangkap tu polis tu dengan perompak tu sama2 ketawa
Quote supernaturalee 15-9-2014 10:16 AM
liyamariska posted on 15-9-2014 09:55 AM
mesti polis yg bertugas time tu menahan ketawa masa tangkap penjenayah nih...

xde nye nk thn2

gelak kaw2 sama dia

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.131674 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top