CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tubuh Wanita Hamil Berkecai Digilis Kereta Api

29-9-2014 09:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17022| Komen: 102

Tubuh wanita hamil berkecai digilis kereta api

Ku Nurul Shuhada

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Seorang wanita hamil tujuh bulan sempat memohon maaf sebelum ditemui maut di lintasan kereta api berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi tadi.

Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila serpihan anggota badannya ditemui dan dipercayai dilanggar kereta api.

Wanita itu dipercayai diseret kereta api barang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Pulau Pinang sejauh 300 meter sebelum ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi.

Suami mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, isterinya keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 8 pagi namun masih tidak pulang sejam kemudian.

"Selalunya, isteri ke kedai dalam tempoh 10 minit sahaja, namun dia didapati tidak pulang ke kediaman seperti kebiasaannya meskipun sudah jam 9 pagi.

"Lalu, saya dan bapa mertua keluar mencarinya sekitar kampung, namun masih gagal sebelum pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini.

Namun, rakannya memaklumkan ada orang digilis kereta api sebaik mereka tiba di rumah sekitar jam 10 pagi menyebabkannya bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau terkejut apabila mengenal pasti mayat itu adalah isterinya melalui pakaian dan kunci miliknya.

Menurut suami mangsa lagi, mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun setengah dan sedang menunggu kelahiran anak kedua dijangka dua bulan lagi.

Beliau berkata, isterinya sempat memohon maaf kepadanya dan kedua ibu bapa Allahyarham pada malam sebelum kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Al-Fatihah.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dauswq 27-9-2014 11:44 PM
aku rase dia dpt tahu suami main kayu 3 kot...
Quote dita85 27-9-2014 11:47 PM
Uishh..yeke??
Quote CiliPadiSedap 27-9-2014 11:49 PM
dauswq posted on 27-9-2014 11:44 PM
aku rase dia dpt tahu suami main kayu 3 kot...

kau ni tak baiklah. nk gosip pg bog gosip sedekahkan alfatihah lg bagus
Quote tobby 27-9-2014 11:50 PM
rel keretapi ni, bahaya mcmn pun org lintas juga sebab nak shortcut & jimat masa. masa lintas, keretapi rasa jauh lagi, tapi rupanya tak sempat.
Quote Suchi 28-9-2014 12:10 AM
kt fb ade yg share artikel ade gambo cebisan ke kandungan bby x pastilah
xpatutlah share gambo gitu
kt page sinar harian ade gambo aruah cantik orgnya
kawan2 aruah pun ramai yg komen, sian
katanya terputus bdn, baby tu terpelanting
Allah ngeri nk nangis baca
sian..
Quote Ferr_Remy 28-9-2014 12:22 AM
tatotnyer.. sedih sgt....reminds me of.. nevermind ....ALFATIHAH
Quote asfaz 28-9-2014 01:01 AM
AL-FATIHAH..semoga rohnye d cucuri rahmat dan dtempat kan di antara org2 yg beriman..aamiin..
Quote solstice 28-9-2014 01:19 AM
Bunuh diri kerr
Org mengandung ni emosi mudah terganggu
Quote mommymonster82 28-9-2014 01:25 AM
Innalillah..kesiannya...
Quote FlowerGirl 28-9-2014 01:31 AM
aku x rs dia bunuh diri..btw...dh sarat ngandung apsal laki dia bg dia gi kedai sorang2??
Quote RatuDunia94 28-9-2014 01:42 AM
maaf soalan bodoh..
mcm mana org yg kena langgar kereta api ni masa dia melintas tu x nampak ada kereta api ke mcm mana?
Quote ice_sky92 28-9-2014 02:04 AM
Ngerinya. Al-Fatihah.
Quote melinda_kerr 28-9-2014 02:11 AM
Mcmna pula boleh dilanggar. Kan ada palang kan. Kecuali kawasan tu mmg senang2 org lintas secara haram tanpa pengawasan. Al Fatihah. Semoga keluarga mangsa tabah.
Quote crankshaft 28-9-2014 02:12 AM
Very the sesuatu.........

Nahas berkaku during broad daylight.......sempat meminta maaf sebelum menemui ajal...hmmmm...adakah menjadi kebiasaaan sebelum setiap kali melangkahkan kaki keluar rumah akan selalu meminta maaf dahulu pada suami atau ahli keluarga lain?

May not make any sense here kecuali the only reason dia minta maaf probably because dia tahu dia tidak mungkin sempat untuk meminta maaf kerana telah bertekad utk commit suicide?

Hmmmmmm..........anyway INNALILLAH......
Quote crankshaft 28-9-2014 02:15 AM
dauswq posted on 27-9-2014 11:44 PM
aku rase dia dpt tahu suami main kayu 3 kot...

Or, There is always that possibility that anak yang dikandungnya..............................?????

Quote Nham22 28-9-2014 07:26 AM
mcm2 hal..senang2 je kan..sesuatu sgt...
Quote hydrocloric 28-9-2014 07:48 AM
alangkah baiknya jikalau gambar arwah nih di delete dari thread.. pasal aurat dia nampak... al fatihah..
Quote mak_wa95 28-9-2014 07:57 AM
al fatihah.....
Quote TuntungReturn 28-9-2014 08:04 AM
RatuDunia94 posted on 28-9-2014 01:42 AM
maaf soalan bodoh..
mcm mana org yg kena langgar kereta api ni masa dia melintas tu x nampak ada ke ...

klo ajal dh sampai, xde sape leh halang

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.068151 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top