CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

90 Peratus Kes Rogol Dilakukan Teman Lelaki

29-9-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9699| Komen: 32

90 Peratus Kes Rogol Dilakukan Teman Lelaki

Gambar hiasan


GEORGE TOWN 27 Sept. - Hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan.

Beliau berkata, statistik kes rogol di negeri ini juga menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol.

Katanya, statistik menunjukkan hanya 10 hingga 14 peratus suspek yang terlibat dalam kes rogol tidak dikenali oleh mangsa.

"Maksudnya hampir 90 peratus suspek dikenali mangsa seperti ahli keluarga, teman lelaki dan kenalan mangsa. Kajian juga menunjukkan teman lelaki mangsa adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes ini," katanya semasa merasmikan 'Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat" di sini hari ini yang dihadiri anggota polis, guru, pelajar sekolah dan universiti dan penjawat awam.

Seminar sehari itu bertujuan memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang kesan pergaulan seks bebas, mendidik golongan remaja untuk menjauhkan diri daripada gejala seks bebas dan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan kemahiran mendekati dan mendidik golongan remaja. 

2

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 27-9-2014 06:54 PM
Jika ummah jaga kemaluan seperti yang disuruh isele,xkan jadi mcm nih.tapi apakan daya ummah lagi pentingkan boikot mcd,berdoa di facebook dan melarikan diri drpd anjing...selayaknya lah.
Quote nebulagazer 27-9-2014 06:54 PM
Bukam rogol
Suka sama suke mencelupan
Quote mizzmimi 27-9-2014 07:37 PM
Kalau bawah umur dah gini.. Atas umur dah camne ye.. Hmmm
Quote dani-rox 27-9-2014 07:50 PM
kes rogol2 nih, ramai 'pakar' di sini yg bole menjelaskan. Dan kesimpulannya, mereka akan mempertahankan teori ini semua berlaku salah mangsa/org pompuan itu sundirik. Sekian.



Quote AbukRokok 27-9-2014 08:02 PM
bukan rogol la mgkin mereka bermutah
Quote sekngucing 27-9-2014 08:14 PM
sapa suruh berkapel, dating
kan dah kena rogol
Quote mak_wa95 27-9-2014 08:19 PM
suka sama suka..dah kantoi kata kena rogol
Quote ice_sky92 27-9-2014 09:36 PM
Sapa suruh gatal bijik.
Quote tahanlasak 27-9-2014 09:41 PM
mula2 ringan2 kemudian ulat bulu dh naik satu badan mana boleh tahan bee.......
Quote solstice 27-9-2014 09:41 PM
Gigih sgt nk berBF kuar dating
Padan muka lah kena rogol
Islam dah jelas larang batas pergaulan jantan betina
Quote Zamzari 27-9-2014 10:21 PM
ramai pelaku seks bawah umur rupanya...dalam situasi sebegini...lelaki tetap salah!
Quote batmana 27-9-2014 10:25 PM
Kalau bawah umo tu. Mak pak la salah.. Baru darjah 6 dh bercouple.. Mak lak galakkan.. Bapak nya xkisah..

Patut mak pak cmni kene jail cm Sweden bagus.
Quote khaira01 27-9-2014 11:03 PM
akibat hidup bertuhankan nafsu...rosak..
Quote R2D2 27-9-2014 11:11 PM
mangsa bawah umur 16 tahun dikategori kes rogol
Quote tobby 27-9-2014 11:21 PM
batmana posted on 27-9-2014 10:25 PM
Kalau bawah umo tu. Mak pak la salah.. Baru darjah 6 dh bercouple.. Mak lak galakkan.. Bapak nya xki ...

sayang sgt anak bagi semua. bagi apa depa nak.



Sayang Sangat Anak ... Bagi Motorsikal Ke Sekolah.

Sayang anak biar anak keluar ke mana pun dengan motorsikal.
Sayang anak biar anak tengah malam keluar ronda-ronda
Sayang anak biar anak dara bergaul bebas dengan mat rempit.
Sayang anak bagi lagi duit anak nak upgrade motor
Sayang anak jangan bagi basikal ke sekolah, malu lah anak !
Sayang anak semua anak minta bagi.Bagi bagi bagi.
Sayang anak biar anak Tahun 5 dan 6 sekolah rendah pun bermotorsikal

Mak ayah sibukkan cari duit untuk anak nak beli motor
Mak ayah sibukkan cari duit untuk anak beli handphone
Mak ayah sibukkan cari duit untuk anak belanja girlfriend sana sini
Mak ayah sibukkan cari duit untuk anak dara boleh beli make up jadi lagi cun

Studi ... apa boleh buat dia tak minat. Mana boleh paksa
Buat homework ... cikgu pun satu bagi homework banyak sangat
Ulangkaji ... ahh exam lambat lagi.

Peperiksaan ... kami dulu tak lulus pun, boleh hidup senang juga
Masuk IPT ... bukan tentu boleh kerja baik-baik

Baca catatan seorang doktor mengenai kesan merempit:
"teringat masa saya medical student dulu, amik elective kat forensic 6 minggu. Setiap hari buat postmortem budak belasan tahun 'mati katak'. Memang la maut ditentukan Allah tapi mati cara merempit??? Ada sorang mak meraung2 kat mortuary bila tau anak dia mati merempit. Yang mati adik, si abang yang pun sekali merempit dan tengok cara adiknya mati, muka bersalah dok kat tepi. Rasa nak sepak je mamat tu. Rasa nak pegi je cakap kat makcik tu, tak guna dah nangis sebab dah jadik. Dia kene buat self reflection nape anak2 merempit. Makcik ni orang kampung, miskin pulak tu. Sedangkan anak2 dia patutnya jaga and tanggung dia bila dah besar. Ni menyusahkan orang".

Memang sayang anak. Kan kan kan !!! Sebab tu apa dia minta bagi semua.


Quote solstice 27-9-2014 11:23 PM
batmana posted on 27-9-2014 10:25 PM
Kalau bawah umo tu. Mak pak la salah.. Baru darjah 6 dh bercouple.. Mak lak galakkan.. Bapak nya xki ...

Btol sgt chuols
Gigihbuar anak bawah umor kuar ikut jantan
Dah kena jolok sebok dok meraung kunun anak kna rogol
Anak ko tu yg bohsia sundal
Nk cover sbb kantoi tak reti nk didik anak
Quote tobby 27-9-2014 11:26 PM
khaira01 posted on 27-9-2014 11:03 PM
akibat hidup bertuhankan nafsu...rosak..

mak pak moden 'takut' tegur anak.



Tegurlah anak2 kita semasa mereka menuju baligh agar mereka akan berada dijalan benar dan baik. Jangan sampai bila mereka sudah tersasar dari jalan elok, mereka pula yg menegur anda kerana tidak menegur masa mereka sedang membesar.

Apabila anak membesar mereka akan membuat kenyataan-kenyataan seperti berikut kepada ibubapa mereka:

"Kenapa Mak-Ayah tak paksa Abang Chik hafal Qur'an dulu .... ?"
"Kenapa Mak tak paksa adik belajar bersungguh-sungguh dulu ...?"
"Kenapa Ayah tak marah Abang selalu keluar malam dulu ...?"
"Kenapa Ayah tak tegur bila Akak bagi tahu Akak ada boyfriend dulu ...?"
"Kenapa Mak Ayah biarkan kami asyik tonton TV saja dulu ...?"

Itu bagi anak yang sekarang sudah besar.
Agak-agak apa pula rungutan anak-anak 10 tahun akan datang ?

"Kenapa Mak-Ayah bagi handphone walapun adik baru Tahun 5 dulu ...?"
"Kenapa Mak-Ayah biarkan adik menghabiskan masa di cyber cafe dulu ...?"
"Kenapa Mak-Ayah tidak halang adik main game sampai tengah malam...?"
"Kenapa Mak-Ayah biar adik buang masa dengan facebook saja ...?"
"Kenapa Mak-Ayah biar adik w/pun tahu adik suka buka laman lucah ...?"

Namun kita kena terima dengan hati terbuka.
Banyak mak-ayah lain pun begitu?

Sekarang memang mereka marah kita sekat mereka bermacam-macam perkara dan pelbagai aktiviti, tetapi percayalah mereka akan terima kasih apabila mereka besar kelak.

Mereka geram dengan Mak Ayah yang tegas, malah garang !
Namun apabila mereka besar mereka berterima kasih atas tindakan berkenaan.

Ingat lagi guru mana kita paling suka semasa bersekolah dulu ?
Guru yang garang dan tegas mendisiplinkan kita atau
Guru yang baik dan biar kita buat apa saja.
Anda sendiri tahu jawapannya.
Quote tobby 27-9-2014 11:27 PM
solstice posted on 27-9-2014 11:23 PM
Btol sgt chuols
Gigihbuar anak bawah umor kuar ikut jantan
Dah kena jolok sebok dok meraung kunu ...

Siapa Lagi, Siapa Lagi Nak Tegur Anak Kita ?

Tegur anak untuk kebaikan mereka.
Tegur anak kerana sayangkan mereka.
Tegur anak kerana ingin membetulkan mereka.
Tegur anak kerana mengelak mereka dari terjerumus ke lembah bahaya.
Tegur anak kerana kita ibubapa mereka.
Tegur anak kerana itu sebahagian dari tugas dan t/jawab kita.
Tegur anak kerana kita makan garam terlebih dahulu daripada mereka.

Kalau bukan kita siapa lagi ?
GURU SEKOLAHNYA ... sudah tentu, tetapi dalam hal tertentu dan pada masa tertentu sahaja dan itu pun ada had tertentu sahaja. Anak kita bukan anaknya, cuma anak muridnya. Dia tak berani mencubit, apatah lagi merotan kerana ada ibubapa yang akan samannya !!! Peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seolah-olah "tidak membenarkannya" menegur anak kita kecuali pada had-had tertentu sahaja.

KAWANNYA ... kalau kawannya macam dia juga, bukan ditegur, malah diajak memburukkan lagi keadaaan.

TIDAK ADA ORANG LAIN yang benar-benar boleh menegur anak kita seperti IBUBAPANYA. Ya tegur anak.
Ibubapa yang berkesan :
Tidak boleh jadi penakut.
Tidak boleh jadi pengecut
Tidak boleh bertangguh-tangguh
Tidak boleh menyerahkan tugas ini kepada orang lain
Tidak boleh buat sambil lewa

TEGUR ANAK, KERANA SAYANG ANAK.
Quote sekngucing 27-9-2014 11:32 PM
mana bleh tegur, marah
nanti ketuanan undang2 sweden berdemo depan kedutaan, mogok lapar, protes bogel dsbnya

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056527 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top