|
Kepimpinan Bertenaga Perlu Untuk Maju - Dr Zeti Akhtar Aziz ![]() Dr Zeti Akhtar Aziz KUALA LUMPUR - Kepimpinan yang bertenaga tinggi dan berkekalan merupakan suatu keperluan yang sangat penting untuk masa hadapan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Beliau berkata syarat itu kini menjadi lebih penting dalam persekitaran semasa dan akan datang berikutan persekitaran ekonomi dan kewangan global yang telah berubah sejak dua dekad lepas yang menjadi saling berkaitan, kompleks dan kompetitif. Beliau berkata dunia juga menjadi semakin tidak stabil dan tidak boleh diramalkan, dengan kejutan dan krisis berterusan yang memerlukan pemimpin memiliki pengurusan yang berkesan. "Cabaran ini merentas perbadanan, negara dan industri, institusi dan bidang kuasa," katanya pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Tenaga Asia Pusat Antarabangsa bagi Kepimpinan dan Kewangan (ICLIF) 2014 di sini hari ini. Beliau berkata untuk kelangsungan hidup dan berjaya, cabaran ini menuntut generasi baharu kepimpinan yang berfikiran ke hadapan dan mampu merapatkan pasukan, organisasi dan negara ke kejayaan baharu, masa depan baharu dan berkeupayaan untuk mengekalkan prestasi walaupun dalam persekitaran yang sangat mencabar.
|
|
4
![]() Bagus |
2
![]() Marah |
3
![]() Terkejut |
5
![]() Sedih |
3
![]() Lawak |
8
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.688371 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.