CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Sedia Tangani Kenaikan Harga

8-10-2014 12:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4989| Komen: 33

Kerajaan Sedia Tangani Kenaikan Harga


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia mengimport lebih banyak barang keperluan seperti ikan, sayur, dan daging dalam usaha menangani kenaikan harga berikutan langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah sama pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini dan ia ternyata berjaya menstabilkan semula harga barangan berkenaan. Beliau berkata hanya dengan lambakan barangan keperluan itu mampu memastikan kenaikan harga barang tidak berlaku sekali gus mengurangkan bebanan rakyat.

"Kementerian akan mengimport barangan keperluan tersebut jika berlaku kekurangan bekalan. Walaupun ia tidak digalakkan tetapi ini merupakan satu alternatif kementerian untuk mengatasi kenaikan harga barangan berikutan pengurangan subsidi minyak," katanya. 


Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan korban Perdana Parlimen Bera membabitkan 150 ekor lembu di perkarangan Masjid Daerah Bera di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya sebanyak 50 peratus nelayan akan menceburi penternakan ikan sangkar dalam laut, manakala selebihnya akan menyertai penternakan ikan sungai menjelang tahun 2020.


Ismail Sabri berkata setakat ini tidak sampai 10 peratus nelayan sama ada nelayan laut dan nelayan sungai yang terlibat dalam bidang berkenaan.

"Kita berharap dalam pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat ini, peruntukan kepada kementerian akan ditambah bagi membolehkan lebih banyak projek dapat dilaksanakan untuk golongan petani, penternak dan peladang di negara ini," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata lebih 1000 buah lagi pasar tani akan diwujudkan menjelang tahun 2020 di seluruh negara dan menurutnya ketika ini terdapat 500 pasar tani.

Katanya, ia dapat membantu golongan petani dan peladang memasarkan terus hasil ladang selain dapat mengurangkan cengkaman orang tengah, manakala penguna pula mendapat harga murah dan barangan segar.

1

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 7-10-2014 06:45 PM
kalau betul takpa lah.
Quote tungkai 7-10-2014 07:09 PM
Quote zorrro_03 7-10-2014 07:34 PM
Makin gemuk pacit ni aku tgk.  Byk makan sgt gamaknya.  
Quote nolya 7-10-2014 07:58 PM
Menteri tak pergi pasar boleh cakap ap ajelah tapi kita yg selalu pergi pasar ni, ke pasar tani pun, harga barang mahallah ooiii.  Sape kata barang kat pasar tani murah.  Pasar tani WangMaju pun mahal.  Aku pernah beli ikan pari sepotong kecil, takat boleh kerat dua (porsi seorang) = RM10.00! Tulang lembu sop 6 ketul sedang RM15.00.
Lebih baiklah pegi pasar biasa.  Skr ni, beli nasi bungkus dgn sayur sikit, daging 3-4 ketul = RM7.00.  Aduhai, ngadu kat pak menteri, mau ke mendengarnye..

Quote xy_daen 7-10-2014 08:02 PM
Ngencing mcm org lain xgi pasar je...
Quote akusukaq 7-10-2014 08:31 PM
Aku memang boikot pasar tani sebab harga mahal berganda dr pasar basah di mana mana tempat. Hampeh betul  melayu  songlap duit melayu.
Quote akusukaq 7-10-2014 08:38 PM
Aku memang boikot pasar tani sebab harga mahal berganda dr pasar basah di mana mana tempat. Hampeh betul  melayu  songlap duit melayu.
Quote marumaru 7-10-2014 08:43 PM
Kenape kita perlu mengimport?kita sebagai negara membangun patut buleh produce sumber makanan yang cukup untuk seluruh negara...tanah banyak, sumber banyak tapi semua tak sanggup nak usahakan sungguh2 bidang masing2...petani tanam sungguh2, hasilkan produk yang berkualiti, bukan untuk duit semata..insyaallah kalu usaha kalau tak dapat kat dunia dapat kat akhirat...dan satu lagi yang paling penting...kepuasan bila kita dapat hasilkan sesuatu yang bermutu...

macam peyno dan iriz nya...betapa dia sngt berpuas hati dengan hasil keja dia...its sumthing to be proud of...kan peyno

Dan lagi satu, kalau buleh anak2 petani dan nelayan harap buleh warisi kemahiran parents masing2...dan kembangkan lagi bakat tu...insyaallah rezeki tu akan datang...no need untuk cita2 tinggi nak jadi jutawan segera bagai..asal dapat kepuasan dan hidup terjamin...what more could we ask...
Quote apam 7-10-2014 08:57 PM
Menteri tengah menjalankan tugas2 burak a.k.a kencing rakyat.  Cukup bulan ambik gaji sesambil menketedarah sabsidi. Last edited by apam on 7-10-2014 08:59 PM

Quote edee_91 7-10-2014 09:14 PM
marumaru posted on 7-10-2014 08:43 PM
Kenape kita perlu mengimport?kita sebagai negara membangun patut buleh produce sumber makanan yang c ...

kau lupa nak tag @peYno lah. tak tag, belum tentu dia baca pujian kau.
Quote tekoyong 7-10-2014 09:18 PM
orang bodoh yang tak reti apa2 akan salahkan semuanya pada kerajaan

camtu le kaki kondem
Quote marumaru 7-10-2014 09:19 PM
apam posted on 7-10-2014 08:57 PM
Menteri tengah menjalankan tugas2 burak a.k.a kencing rakyat.  Cukup bulan ambik gaji sesambil menke ...

Semua org buat keja...and semua orang hujung bulan melantak gaji dan subsidi yang masih ade...tak kira la menteri ke rakyat marhein ke...yanv penting kita buat keja sungguh2...kepuasan tu yang penting..kalu nak dengki saje tak kemane...
Quote apam 7-10-2014 09:21 PM
marumaru posted on 7-10-2014 09:19 PM
Semua org buat keja...and semua orang hujung bulan melantak gaji dan subsidi yang masih ade...tak  ...

Sapa yg dengki? Kau ke? Selama ni kau keje main-main ek? Tak puas? Harap kau insap...
Quote marumaru 7-10-2014 09:23 PM
edee_91 posted on 7-10-2014 09:14 PM
kau lupa nak tag @peYno lah. tak tag, belum tentu dia baca pujian kau.

Takpelah kalu tak baca pun...takut tengok komen peyno kat umah sebelah..tapi buleh baca dia sngt puas hati dengan hasil titik peluh dia tu...jeles jugak...i wish i could have something i can be proud of...
Quote dino 7-10-2014 09:23 PM
rasa nak tongeng montot je...
Quote marumaru 7-10-2014 09:27 PM
apam posted on 7-10-2014 09:21 PM
Sapa yg dengki? Kau ke? Selama ni kau keje main-main ek? Tak puas? Harap kau insap...

Kalu sebut pasal puas, memang nafsu nak macam2 lagi..tapi memang kena usaha kuat la kut...which  i am not good at..takpelah...insyaallah ade jalannya...baguslah kalau apom happy with your life..cuma pelik kenape duk condemn org lain kalau dah puas dan gembira ngan hidup sendiri kan..
Quote sepaileman 7-10-2014 09:30 PM
skrip sama setiap kali...guna je la tape rekoder...kalau tol naik kerajaan pantau...kalau letrik naik kerajaan pantau...kalau air naik kerajaan pantau Last edited by sepaileman on 7-10-2014 09:35 PM

Quote apam 7-10-2014 09:51 PM
marumaru posted on 7-10-2014 09:27 PM
Kalu sebut pasal puas, memang nafsu nak macam2 lagi..tapi memang kena usaha kuat la kut...which  i ...

Aku kondem sapa? Yg kau sebut asalnya kau refer kat sapa? Menteri tu ke?
Quote AMDTurion 7-10-2014 10:18 PM
tgk apa jadi lepas nih hehe...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.059413 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top