Zaiwayah Jiwa, 46, berkata, masalah kucing liar ini sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) namun belum mendapat maklum balas setakat ini. “Anak saya cedera akibat dicakar kucing terbabit dan saya rasa pihak yang berkenaan sepatutnya mengambil tindakan tegas mengenai isu ini. “Rumah saya yang terletak berhampiran Pasar Awam Kepala Batas, seolah-olah menjadi tempat individu tidak bertanggungjawab membuang kucing dan hal itu memberi kesan kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Sinar Harian. Mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu, Zaiwayah berkata, ketika kejadian dia pergi menunaikan solat Aidiladha. “Waktu tu, abangnya balik, dia lihat Sarah Sofia menangis teresak-esak akibat dicakar kucing, nasib baik lukanya tidak terlalu dalam sebab risau kesan jangkitan kumannya nanti berbahaya kepada anak saya ini. “Anak sulung saya segera menghalau kucing yang mencakar adiknya itu, malangnya dua tiga hari saja kucing tersebut hilang, lepas itu datang semula," katanya. Menurutnya, kebanyakan kucing yang berkeliaran di situ berpenyakit, ibu mentua yang tinggal bersamanya turut batuk, didakwa kesan alahan dari haiwan itu. “Ada juga kucing yang mati, baunya teramat busuk sampai nak makan pun saya tak berselera,” katanya. Zaiwayah berharap, pihak PBT lihat sendiri keadaan yang berlaku ini seterusnya mengambil tindakan yang wajar.
|
alieyrina posted on 11-10-2014 10:33 PM
Anak jiran aku laki..kecik lg..ritu turun kereta ada kucing duk tepi tu tengokk ja dia..pastu dia ma ...
noor2 posted on 11-10-2014 10:08 PM
siapa bela kucing tentu jenuh kena cakor...dulu i pun sama..darah2.....main kasor depa...tak panda ...
saladin780 posted on 11-10-2014 11:20 PM
Yg perasannya klu kena ckr kucing kan..mesti area cakaran tu akan naik bengkak sekejap n gatal2.. ...
noor2 posted on 11-10-2014 11:24 PM
tak de pulak...garis merah ja...luka..lama2 ok la..
mommymonster82 posted on 11-10-2014 11:55 PM
Kucing kalu yang betul2 liar tu memang garang...
LAgi 1 kucing tengah gaduh jangan pegi dekat...
atekome posted on 12-10-2014 12:43 AM
Btui tuh kucing kalo gaduh jgn cbe nk leraikn.aku pnh kna sbb bising aku cbe nk leraikan..siap nk ...
ADVERTISEMENT