CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mh370: Lokasi Pencarian Baru Diumum

14-10-2014 10:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10266| Komen: 40

Mh370: 58 Objek Keras Dikesan Di Lautan Hindi

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Sebanyak 58 objek keras dikesan di selatan Lautan Hindi dan usaha akan dibuat untuk mengenal pasti sama ada objek-objek berkenaan mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hilang daripada radar ketika terbang merentasi Laut China Selatan, pada 8 Mac lepas.




MH370: Lokasi pencarian baru diumum

KUALA LUMPUR: Kawasan pencarian dasar laut bagi pesawat Penerbangan Malaysia MH370 akan dipindahkan lebih jauh ke selatan di Selatan Lautan Hindi, menurut Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss.

Menurut beliau, pihak pakar satelit telah membuat penilaian ke atas kesemua maklumat yang diperolehi bagi menentukan kawasan pencarian seluas 60,000 kilometer persegi itu.

Katanya, pencarian di lokasi terbaru itu melibatkan usaha serta pakar dari serata dunia.

"Pihak pakar telah menganalisis maklumat komunikasi satelit... maklumat yang pada mulanya tidak bertujuan untuk mempunyai kebolehan bagi mengesan pesawat dan membuat pengiraan kompleks," kata Truss pada satu sidang media pada Khamis.



Katanya kawasan pencarian baharu masih tertumpu kepada garisan lengkung ketujuh di mana pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu dikatakan membuat komunikasi terakhirnya.

Tambah Truss, pencarian dasar laut itu akan bermula pada Ogos ini dan dijangka akan mengambil masa selama 12 bulan untuk selesai.

Jelasnya, kawasan pencarian dasar laut itu bertujuan untuk mengesan pesawat serta sebarang bukti yang membantu penyiasatan Malaysia berkenaan kehilangan pesawat tersebut.

Sementara itu, Truss tidak menolak kemungkinan pesawat itu telah terbang dalam keadaan 'autopilot' semasa penerbangannya di kawasan Selatan Lautan Hindi.

Katanya kemungkinan untuk pesawat Boeing 777-200 itu terbang dalam keadaan 'autopilot' adalah amat besar.

Pada 8 Mac lalu, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing ada 12.41 tengah malam.
  
Usaha mencari pesawat kemudiannya dilakukan di selatan Lautan Hindi.

17

Bagus
16

Marah
16

Terkejut
25

Sedih
14

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 15-9-2014 08:30 AM
Baru dibuang ka
Quote BlueHand 15-9-2014 08:31 AM
harapnya cepat2 la jumpa
Quote batmana 15-9-2014 08:39 AM
The latest sonar evidence was collected in preparation for a renewed $50m search of a vast, 60,000 sq kilometre area by ships from Australia, Malaysia and China, which is due to start next week (22 September).

The new search, assisted by the Go Phoenix, an oil exploration ship contracted by Malaysia’s Petronas, will be looking in particular at 58 “hard spots” found by the advance survey, although most of them are likely to be rocks.

Among the geological features discovered in the search were volcanoes up to 2,000 metres high, said Australian Deputy Prime Minister Warren Truss, who described them as “quite remarkable”.

http://www.forbes.com/sites/paul ... crets-of-sea-floor/

batu sahaja..
Quote Decaffeinated 15-9-2014 08:53 AM
kucen_miang posted on 15-9-2014 08:30 AM
Baru dibuang ka

apa yg baru dibuang bang?...

Quote berusjamban 15-9-2014 09:23 AM
Decaffeinated posted on 15-9-2014 08:53 AM
apa yg baru dibuang bang?...

rasenye maksud dia, debris2 tu baru dibuang oleh pihak tertentu utk kita mempercayai yang mmg betul MH370 tu jatuh kt lautan hindi agaknye
Quote sahamboi 15-9-2014 09:51 AM
kes mh370 ni nampak something fishy... asal ade org kata konspirasi ke polis malaysia tau ke dandan tu la serpihan dikesan la sonar kesan something la...
Quote kucen_miang 15-9-2014 01:55 PM
Decaffeinated posted on 15-9-2014 08:53 AM
apa yg baru dibuang bang?...

Debris baru buang sana
Quote Changa 15-9-2014 02:21 PM
berusjamban posted on 15-9-2014 09:23 AM
rasenye maksud dia, debris2 tu baru dibuang oleh pihak tertentu utk kita mempercayai yang mmg betu ...

Akak hanya mampu senyum sinis dengan ummah melayu bimbo sebegini,
hakikatnya itu semua  survey surface dasar lautan laut sahaja, takde pun mereka cakap itu bangkai pesawat.
ummah melayu sunni caprut dah nak tuduh macam macam.

mereka kena buat survey dasar lautan laut dahulu supaya mereka tahu kedalaman dasar etc supaya tak rosak alatan sonar yg mereka akan turunkan nanti.
kalau main redah turunkan sonar,mtak pasal pasal sangkut.
Quote Changa 15-9-2014 02:23 PM
sahamboi posted on 15-9-2014 09:51 AM
kes mh370 ni nampak something fishy... asal ade org kata konspirasi ke polis malaysia tau ke dandan  ...

Siapa cakap serpihan pesawat, objek keras bukan bermaksud serpihan pesawat, ianya mungkin batu.
malah mereka tak start cari pun lagi, hanya buat survey dasar lautan sbelum pencarian sebenar di lakukan.
ummah kuat fitnah ini dah tak sabar sbaar nak sebar fitnah.

perkembangan tak nak ikut lepas itu asyik dok tabur fitnah macam bangsat.
Quote cenkudu 15-9-2014 03:57 PM
objek keras tak tau objek tu tumpul ke tak
Quote berusjamban 15-9-2014 04:04 PM
Changa posted on 15-9-2014 02:21 PM
Akak hanya mampu senyum sinis dengan ummah melayu bimbo sebegini,
hakikatnya itu semua  survey su ...

Senyum lah kak....senyum tu kan sedeqohhhh gitoh
Quote lipans 15-9-2014 04:21 PM
objek keras? bawah laut? haa... mambang laut.
Quote sahamboi 16-9-2014 12:14 AM
Changa posted on 15-9-2014 02:23 PM
Siapa cakap serpihan pesawat, objek keras bukan bermaksud serpihan pesawat, ianya mungkin batu.
m ...

ade ke cakap serpihan pesawat... bermacam serpihan ade dekat laut tu... kalau diri dah bodoh jangan ajak orang lain bodoh sama...
Quote raxief 16-9-2014 01:05 AM
harap2 jumpa la..
Quote PongKang 16-9-2014 01:12 AM
Logik ke? Mcm da lama
Quote kambeng_masam 18-9-2014 05:35 PM
objek keras kawan dalam seluar ni haa.
Quote ladyxez 18-9-2014 05:46 PM
Baru letak situ
Quote kelana36 12-10-2014 05:40 AM
http://mobile.news.com.au/travel ... zu68q-1227086741053



ramai dah rakyat malaysia mula melupakan MH370..
Quote mbhcsf 12-10-2014 05:55 AM
kelana36 posted on 12-10-2014 05:40 AM
http://mobile.news.com.au/travel/travel-updates/emirates-chief-tim-clark-reveals-suspicions-over-tru ...

Wow, this is interesting. Really.kan?

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.042947 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top