CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Awang Setan’ Dipenjara 2 Tahun

14-10-2014 12:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6708| Komen: 23

‘Awang Setan’ Dipenjara 2 Tahun

Awang Setan mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU- Seorang lelaki yang digelar ‘Awang Setan’ oleh masyarakat setempat dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dikenakan dua sebatan apabila mengaku salah merompak dengan melarikan wang tunai RM9,500 dan sebuah telefon bimbit, di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.


Hakim Murtazadi Amran membuat keputusan itu selepas Che Mohamad Pandi Hamzah, 38, dari Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Che Mohamad Pandi mengaku salah merompak harta milik Mohd Zainuddin Mohd Adzali, 29, iaitu dompet, wang tunai RM9,500 dan sebuah telefon bimbit jenama Sony.

Dia yang juga seorang duda mengaku salah melakukan kesalahan itu di tepi jalan, jalan besar, Felda Kerteh 2, Ketengah Jaya, Dungun, jam 8 malam pada 8 Februari lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala Che Mohamad Pandi Hamzah tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa membuat satu laporan polis kira-kira jam 12.52 malam pada 9 Februari lalu memaklumkan dia dirompak Che Mohamad Pandi.

Dalam laporan itu, mangsa memaklumkan motosikal dinaikinya bersama seorang rakan ditahan Che Mohamad Pandi di sebuah simpang di kawasan felda berkenaan kira-kira jam 8 malam pada 8 Februari lalu.

Che Mohamad Pandi yang turut menaiki sebuah motosikal berhenti di sebelah mangsa sebelum bertindak mengambil kunci motosikal mangsa.

Mangsa yang bimbang kejadian tidak diingini melarikan diri dan tindakan itu menyebabkan Che Mohamad Pandi bertindak mengejarnya.

Sebaik berjaya menahan mangsa, dia mengambil barangan berharga milik mangsa sebelum melarikan diri.

6

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 13-10-2014 04:18 PM
merompak kena dua sebatan je? ish tak patut.
Quote batmana 13-10-2014 04:19 PM
     Mengikut fakta kes, mangsa membuat satu laporan polis kira-kira jam 12.52 malam pada 9 Februari lalu memaklumkan dia dirompak Che Mohamad Pandi.


apa punye perompak rompak org yg kenal dia daa..

Quote GhostWalking 13-10-2014 04:22 PM
batmana posted on 13-10-2014 08:19 AM
apa punye perompak rompak org yg kenal dia daa..

rasanya memang dia jenis buat hal dalam kampung dia jugak sebab tu orang kampung siap bagi nama awang setan
Quote chinta89 13-10-2014 04:27 PM
org mcm ni harap insaf.. tolonglah jgn menyusahkan org!
Quote PICes_Boy 13-10-2014 04:33 PM
aku berminat nak komen pasal ni..pasai ni area kampung aku..byk tul duit mangsa bawak cash 9k tengah malam erk.. aku kenal area ni..kwsn aku membesar.. lain mcm plk baca citer ni.. apa pon aku tak kenal pon awang setan ni...
Quote mak_wa95 13-10-2014 04:40 PM
bodo piang
Quote Jagendas 13-10-2014 05:18 PM
dia rompak ni geng2 dia jugak
mesti ade kes barang ni.
kalo tak.. dia tak rompak "pig blind" mcm tu
Quote Munnalicious 13-10-2014 05:30 PM
Nama pandi. Dalam bahasa india pandi tu babi ke anjing tah. Isk isk isk.
Quote lizaliza 13-10-2014 05:36 PM
PICes_Boy posted on 13-10-2014 04:33 PM
aku berminat nak komen pasal ni..pasai ni area kampung aku..byk tul duit mangsa bawak cash 9k tengah ...

dapat duit kutu kot

Quote mattzzx 13-10-2014 05:52 PM
edee_91 posted on 13-10-2014 04:18 PM
merompak kena dua sebatan je? ish tak patut.

Agaknya berapa sebatan yg sepatut?

Quote edee_91 13-10-2014 05:56 PM
mattzzx posted on 13-10-2014 05:52 PM
Agaknya berapa sebatan yg sepatut?

dipotong sebelah tangan dan sebelah kaki secara bersilang.
Quote mattzzx 13-10-2014 06:09 PM
edee_91 posted on 13-10-2014 05:56 PM
dipotong sebelah tangan dan sebelah kaki secara bersilang.

Berat sangat tu... baru rompak Rm9,500 dan henpon sajeee...

Quote edee_91 13-10-2014 06:16 PM
mattzzx posted on 13-10-2014 06:09 PM
Berat sangat tu... baru rompak Rm9,500 dan henpon sajeee...

ok lah, potong 5 jari tangan dan 5 jari kaki secara bersilang.
Quote mattzzx 13-10-2014 06:17 PM
edee_91 posted on 13-10-2014 06:16 PM
ok lah, potong 5 jari tangan dan 5 jari kaki secara bersilang.

Boleh di pertimbangkan.....tapi masih berat jugaa...

Quote PICes_Boy 13-10-2014 06:20 PM
lizaliza posted on 13-10-2014 05:36 PM
dapat duit kutu kot

byk duit kutu tu..tunggu kat area jalan tepi ladang kelapa sawit utk pengagihan duit kutu tu..
Quote edee_91 13-10-2014 06:23 PM
mattzzx posted on 13-10-2014 06:17 PM
Boleh di pertimbangkan.....tapi masih berat jugaa...

tapi sampai ke tahap penduduk setempat dah gelar dia awang setan, mesti sebab tahap kejahatan dia pun dah berat tahap maksima tu...
Quote mattzzx 13-10-2014 06:25 PM
edee_91 posted on 13-10-2014 06:23 PM
tapi sampai ke tahap penduduk setempat dah gelar dia awang setan, mesti sebab tahap kejahatan dia  ...

Betul jugaa......
Jatuh lah hukuman yg berat kat diaa....satu pengajaran juga buat org lain..

Quote sapp73 13-10-2014 06:27 PM
mesti selalu buat hal kat kampung...lega orang kampung dia kena penjara
Quote edee_91 13-10-2014 06:31 PM
sapp73 posted on 13-10-2014 06:27 PM
mesti selalu buat hal kat kampung...lega orang kampung dia kena penjara

lega untuk 2 tahun je buat apa?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.116143 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top