CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Makan Direstoran Tergantung

14-10-2014 02:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8396| Komen: 33

Makan di restoran tergantung 48 meter di udara


PELANGGAN restoran tergantung sedang menikmati makanan.- AGENSI

LONDON – Sebuah syarikat menawarkan pengalaman makan malam mewah sambil tergantung pada ketinggian 48 meter di beberapa lokasi menarik di seluruh dunia, lapor MailOnline kelmarin.

Syarikat Dining In The Sky itu mula diperkenalkan oleh seorang ahli perniagaan, David Ghysels pada tahun 2006 dan perkhidmatan tersebut kini ditawarkan di beberapa buah bandar raya terkenal di dunia termasuklah di London, Britain dan di Paris, Perancis.

Setiap tetamu perlu membayar kira-kira £200 (RM1,000) untuk menikmati hidangan makan malam di atas satu platform yang lengkap dengan sebuah meja makan tetapi tidak mempunyai dinding atau lantai.

Ghysels berkata, seramai 22 orang tetamu boleh duduk di meja makan berkenaan pada satu-satu masa dan mereka perlu memakai tali pinggang keselamatan di kerusi bagi mengelakkan terjatuh.

Katanya, setiap tetamu boleh memilih hidangan yang mereka mahukan dan seorang tukang masak profesional dan dua pelayan akan menyediakan makanan berkenaan di atas meja.

“Tetamu juga akan dihiburkan dengan satu persembahan piano yang digantung berhampiran meja makan.

“Bagaimanapun, jika ada tetamu mahu ke tandas kren ini terpaksa menurunkan meja makan ke tanah bagi membolehkan mereka ke tandas,” katanya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 9-10-2014 11:23 AM
mkn dengan hati yang berdebar2....

klu aku nak mkn pun tak lalu ni....
risau takut jatuh.....
Quote men_cari 9-10-2014 12:03 PM
uii mak aiii....tak lalu mkn  
Quote tagas 9-10-2014 12:14 PM
Konfem tangan n kaki berpeluh jer sambil menikmati hidanagn then konfem nak terkucil..
Quote chinta89 9-10-2014 12:14 PM
tengah makan walau sesedap mana sekalipunnn.. tetap kecut perut terfikir jatuh!
Quote siape_aku 9-10-2014 12:17 PM
kalao sudu jatuh n lupe tgh berada di udara???
Quote alieyrina 9-10-2014 12:23 PM
Ni kalau angin betiup camana ...
Quote intan_smsb 9-10-2014 12:40 PM
kalau iols mahu menanges je kat atas tu, kenyang ari mata je
Quote miss_qasehs 9-10-2014 01:21 PM
tak sanggup iols nak bersantap...kecut perut
Quote nourahfey 9-10-2014 03:52 PM
Gayat mak aaiii!terbang habis selera makan di udara,
Quote toyaq_03 9-10-2014 04:05 PM
ish....kental oo....kalo rasa nk terkencing mcm mna ni weh.....huhuhu..
Quote amyainsamad 9-10-2014 04:07 PM
pnah tgk...beratur nk mkn kt sini
Quote elmen 9-10-2014 04:13 PM
pisau terjatuh, kena org jalan2 kat bawah.. tembussssss ko.. gile..
Quote mdmvava 9-10-2014 04:35 PM
mcm2 la derg ni, hadoii
Quote mijaa 9-10-2014 05:00 PM
bagi free pun x mau le.
Quote idadzira 9-10-2014 05:04 PM
terlalu creative n outside the box la pulak
Quote ana_una 9-10-2014 05:21 PM
macam2 la mat saleh ni..

Quote mattzzx 9-10-2014 05:36 PM
toyaq_03 posted on 9-10-2014 04:05 PM
ish....kental oo....kalo rasa nk terkencing mcm mna ni weh.....huhuhu..

Kren akan menurunkan pelanggan.....

Quote hasniey 10-10-2014 05:46 AM
owh ai pernah tgok restoren ni kt tv
rncangan pe tah tu
yg psl restoren unik2 tu kot
kt astro 707
kalo angin dtg jek menggigil gak
tp kalo x de angin diorg cm rilek2 jek
mknn lak mewah2, yela bayo mhl kot
Quote faraway1 10-10-2014 07:07 AM
lama dah konsep ni.
kat tempat me camni juga tapi bawah dia waterfall..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.138412 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top