CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duda Di Serbu Sewaktu Tonton Filem Lucah

14-10-2014 04:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9520| Komen: 26

Duda Di Serbu Sewaktu Tonton Filem Lucah

Zul Haizal (tengah) dan Syahrul Nizam (kanan) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas bernilai RM44,874.50 serta wang tunai berjumlah RM13,800.



BANDAR BERA - Terkejut dengan kehadiran polis, seorang duda anak satu yang leka menonton video lucah di ruang tamu rumahnya sempat mencampak beg yang dipercayai mengandungi pelbagai jenis dadah ke dalam bilik sebelum melarikan diri ke arah dapur dalam serbuan Jumaat lalu di Kampung Bukit Serdang, Kuala Bera.

Bagaimanapun tindakan lelaki berusia 30 tahun itu gagal apabila polis berjaya menahannya yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas dadah disyaki heroin seberat 938.4 gram; syahbu (64.53 gram); ketamin (1.34 gram); dan pil Erimin 5 (54 biji) yang nilai keseluruhannya kira-kira RM44,874.50.

“Polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk membungkus dadah dan wang tunai berjumlah RM13,800 serta sebuah kereta dan sebuah motosikal milik suspek.

“Sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Jerantut Julai lalu yang dijumpai di rumah suspek turut dirampas,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan, IPD, semalam.

Ops Tapis Bersepadu itu diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Inspektor Mohd Syahrul Nizam Jamil bersama tujuh anggota.

Zul Haizal berkata, suspek yang mempunyai dua kes lampau berkaitan dadah dan jenayah direman sehingga 17 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, berdasarkan siasatan awal suspek yang positif dadah jenis morfin dipercayai menjalankan pengedaran dadah di sekitar daerah Bera sejak setahun lalu.
“Kita giat melakukan siasatan termasuk mengesan suspek lain yang mungkin terlibat,” katanya.

16

Bagus
17

Marah
5

Terkejut
29

Sedih
17

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 14-10-2014 11:16 AM
mati2 aku ingat gambo duda tu
Quote chinta89 14-10-2014 11:19 AM
tengah syok menonton tetiba...
Quote jazaa 14-10-2014 11:21 AM
xtahumenahu posted on 14-10-2014 11:16 AM
mati2 aku ingat gambo duda tu

MEMANG NAK MATI LE TU.....

takkan uniform polis ko tak kenal....


Quote xtahumenahu 14-10-2014 11:23 AM
jazaa posted on 14-10-2014 11:21 AM
MEMANG NAK MATI LE TU.....

takkan uniform polis ko tak kenal....

masa tgh loading tuh nampak muke je laaa
Quote bambimo 14-10-2014 11:31 AM
Hrp dia tgk sorang2 jgn ajak anak join sekali...:@
Quote prettyuglybabe 14-10-2014 11:33 AM
sepesen je senyum dua abam polis tu
Quote mattzzx 14-10-2014 11:34 AM
xtahumenahu posted on 14-10-2014 11:16 AM
mati2 aku ingat gambo duda tu

Ingatkan dia tunjuk filem lucah tu...

Quote MengkuduMasam 14-10-2014 11:39 AM
muda2 dah kene gantung mati...

sian anak2....
Quote melia_star 14-10-2014 11:39 AM
hmmm...baguslah kene tangkap.....syukurr
Quote Centurion 14-10-2014 11:47 AM
Tonton porn smbl tumbuk sambal?? Maklum la bil air dh lama x bayau duda katanya..
Quote batmana 14-10-2014 11:58 AM
ni lar melayu.. nk jadi jahat pun kedekut..

bisnes puluh ribu, nk labur beli cctv rm100 seketul pn kedekut..

tu yg snang kene tngkp..
Quote xtahumenahu 14-10-2014 11:58 AM
mattzzx posted on 14-10-2014 11:34 AM
Ingatkan dia tunjuk filem lucah tu...

ko lagi kelako
Quote bellaa 14-10-2014 12:02 PM
potong stim jaa abam polis

Quote mattzzx 14-10-2014 12:02 PM
xtahumenahu posted on 14-10-2014 11:58 AM
ko lagi kelako

Nape plak klako??? Why why...

Quote clarizsa 14-10-2014 12:04 PM
harap anak tu dibela mak yg baik....

utk si duda, padan muka....
Quote rosasa 14-10-2014 01:43 PM
kesian anak tu
Quote Suchi 14-10-2014 01:44 PM
bini takde
mampu tgk video lucah je ker
kawen ler baru
Quote enchikfitz 14-10-2014 01:46 PM
Selayaknyalah.
Quote Suchi 14-10-2014 01:46 PM
jazaa posted on 14-10-2014 11:21 AM
MEMANG NAK MATI LE TU.....

takkan uniform polis ko tak kenal....

tapi jambu gak muke polis hat nama nizam tuuu

akhir2 nih asik nmpk polis kachak persis model je
petanda apakah ini
ujian apakah ini...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.092223 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top